Bertukar kerjaya adalah perkara lumrah bagi kita. Keadaan ekonomi, peluang kerjaya dan ata sebab sebab tersendiri seseorang itu, menyebabkan ramai yang bertukar kerjaya.
Bertukar kerjaya ini boleh jadi dalam bidang yang sama, ataupun dalam bidang yang berbeza. Contohnya, bidang kerja yang sama, cuma bertukar majikan atau dari satu bidang lain, ke bidang yang sangat berlainan. Dari jurutera ke jurujual misalnya.
Kenapa perlu bertukar?
Ada pelbagai sebab kenapa seseorang itu bertukar kerjaya. Alasan yang paling popular adalah kerana gaji. Desakan atau impian untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, memaksa seseorang itu bertukar kerjaya atau kerja.
Selain itu, faktor mencari masa yang lebih untuk keluarga, faktor kesihatan atau faktor kekangan terhadap sesuatu perkara, juga antara sebab kenapa sesorang itu bertukar kerjaya.
Tak kira apa jua sebab dan alasan, asalkan ada persediaan yang secukupnya, pastinya kerjaya bary itu akan lebih menguntungkan atau memberi pulangan yang lebih baik.
Perlu persediaan yang betul
Sebelum bertindak menukar kerjaya, persediaan yang betul haruslah diambil berat. Ini soal masa depan, jadi ianya harus di ambil serius.
Antara persediaan yang harus dibuat sebelum bertukar kerjaya adalah seperti:
Soal Gaji – Tiada yang ingin bertukar kerja atau kerjaya jika gaji tidak meningkat. Tetapi berapa banyak yang perlu di target? Jawapanya ialah, sekurang kurangnya, yang dapat memberi 20-30% lebih dari gaji anda sekarang.
Lokasi dan jenis pekerjaan– Faktor lokasi dan jenis pekerjaan, juga memainkan peranan penting. Lokasi yang menyukarkan dan pekerjaan yang kita tidak pasti mahir akan menyulitkan kita. Buat pilihan yang betul dan carilah masa untuk buat sedikit selidikan tentang berapa jauh, masa yang diambil untuk ke pejabat baru dan fikir masak masak sebelum buat keputusan untuk menceburi bidang yang anda tidak mahir.
Sebab yang utama. Sebab yang kuat dan jelas akan membantu kita untuk kuat dari segi mental. Terpulang pada sebab masing masing, cuma pastikan sebab anda itu kuat dan anda betul betul yakin sebelum membuat sebarang keputusan.
Sebab yang kuat dan target yang jelas, dapat membantu anda untuk bekerja dengan bersungguh sungguh dan bersedia untuk menerima sebarang cabaran di tempat baru nanti.
Simpanan. Simpanan kewangan adalah sangat penting untuk sesorang sebelum bertindak bertukar kerjaya. Simpanan ini adalah jaminan sekiranya kita menghadapi masalah di tempat baru. Misalnya, jika kita bertukar bidang kerjaya, biasanya kita akan mengambil masa sebelum betul betul mahir. Kemungkinan, pendapatan kita akan sedikit menurun, dan ketika inilah, simpanan tadi penting. Sekurang kurangnya ada persediaan sekiranya apa apa terjadi.
Mental dah fizikal. Ada sesetengah pekerjaan, sememangnya mencabar dari segi fizikal ataupun mental. Jadi sebelum bertindak menukar kerjaya atau menukar kerja, pastikan anda bersedia dari kedua segi ini. Anda haruslah faham dengan cabaran bidang yang baru, risiko dan fahami peluang dalam kerjaya baru anda. Buatlah sedikit kajian, atau dapatkan nasihat dari yang berpengalaman untuk bantu anda memahami dan bersedia untuk menempuh bidang atau kerja baru anda.
Sikap dan disiplin.
5 kriteria di atas adalah contoh contoh perkara yang kita perlu ambil berat sebelum membuat apa apa keputusan bertukar kerja atau kerjaya. Ini adalah untuk memastikan, keputusan kita tadi betul dan supaya kita terus kekal berusaha dalam kerjaya atau tempat kerja kita yang baru nanti.
Apapun, sikap dan disiplin memainkan peranan penting. Tak kiralah apa jua yang kita kerjakan, sikap kita dalam bekerjaya , cara kita berfikir dan dengan disiplin yang betul sahajalah yang menjadi tulang belakang kejayaan kita di satu satu tempat.
Sekian sudah sedikit perkongsian kepada anda yang mungkin ada pelan untuk menukar kerjaya atau menukar kerja. InsyaAllah, lebih banyak lagi tips tips atau panduan akan dikongsikan. Moga bermanfaat dan akhir kata,
Alang alang bertukar, pastikan ianya berbaloi!
Selamat maju jaya!
Leave a Reply