• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / Tukar jawapan, tukar mindset

Tukar jawapan, tukar mindset

15 May 2019 by meso 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Kadang kala, untuk berubah atau untuk berjaya, kita hanya perlu ubah sedikit jer mindset dan dari mindset yang baru itulah, akan lahirnya jawapan atau keputusan yang baru. Tak perlu besar dan tak semestinya rumit pun, bak kata orang, “Small change, Big Impact”!

Kali ni, abam nak kongsikan sikit tentang “tukar”, terutamanya dalam bisnes atau perniagaan. Jom layan!

TUKAR JAWAPAN

● Asal: Aku takde duit nak berniaga

Ubah: Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga

● Asal : Aku mana ada bakat berniaga

Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga

● Asal : Keluarga aku mana ada berniaga

Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga

● Asal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk

Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa

● Asal : Aku takut gagal, tak laku dan malu

Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je

Masa untuk berubah menjadi lebih baik
Masa untuk berubah menjadi lebih baik

● Asal : Aku takut sombong bila kaya

Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan

● Asal :Aku banyak hutang

Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat

● Asal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde

Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga

● Asal: Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua,tiga atau empat

Ubah : Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes

● Asal : Bila masa sesuai untuk berniaga?

Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok

Semua tentang diri sendiri

Jika dilihat, perubahan yang kecil itu semuanya harus bermula dari diri kita sendiri. Memang agak sukar, tapi tak mustahil pun. Kadang, bila di tengok tengok, sebenarnya perkara tu bukan kita tak boleh, cuma kita jer yang tak mahu mulakan. Macam macam sebab mungkin, berbeza beza ikut keadaan diri masing masing.

Apapun, kita tak banyak pilihan. Hanya kita sahaja yang harus mulakan dan hanya kita sahaja yang mampu ubah. Hanya diri kita yang boleh buat keputusan. Terpulanglah, cuma harus kita ingat, nak berjaya, wajib ubah ok! Selamat maju jaya semua!

Perubahan yang baik, pasti ada hasil yang baik
Perubahan yang baik, pasti ada hasil yang baik

SayaMeso
Cabaran terbesar adalah diri sendiri!

Artikel menarik untuk anda:

5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan

5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan

Perniagaan, sememangnya punya banyak halangan. Jarang sekali kita dengar orang yang boleh berjaya tanpa tempuh halangan atau cabaran. Semuanya bermula…... Baca selanjutnya »

Kolam Baru

Kolam Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat!Kolam baru, adalah istilah yang selalu orang orang sales gunakan dalam kerjaya…... Baca selanjutnya »

Waktu kerja fleksible

Waktu kerja fleksible

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Flexible time. Istilah popular yang sering digunakan dalam bidang kerjaya. Selalu kita dengar…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi, Umum Tagged With: mindset, motivasi diri, perihal kerja, tukar cara berfikir, winning attitude

Previous Post: « 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
Next Post: Tips marketing waktu cuti »

Reader Interactions

Comments

  1. ASH Green

    18 February 2020 at 5:48 pm

    Wow 🙂
    This is an incredible collection of ideas!
    Waiting for more helpful pieces.
    You would amazing to read a similar one here-
    besttoolsbrand

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme