Teringat peristiwa banjir besar di kelantan satu ketika dulu. Banjir yang sangat beri kesan pada ramai penduduk, terutamanya di kawasan kuala krai.
Kehilangan nyawa, harta benda, bahkan rumah tempat menginap pon habis disapu bah besar. Video, gambar keadaan di sana tersebar merata di social media, fuhh sangat sangat meruntun perasaan.
Teringat lagi wajah wajah mangsa yang terdesak mencarik tempat perlindungan, yang sugul termenung perhatikan kediaman musnah, yang menangis berpelukan mengenang nasib. Lagi sayu bila ahli keluarga ada yang terkorban.
Allahuakbar, besar sungguh ujian. Tak tercapai dek akal, memikirkan “macam mana lah aku, kalau aku berada dalam situasi tu”. Sebak….
Misi bantuan
Abam berkesempatan untuk join “konvoi” kumpulan sukarelawan yang dianjurkan oleh syarikat abam turun ke kuala krai. (Abam bekerja di Cyberjaya ketika itu) Allahu, melangkah ke kawasan yang terjejas, nak menitik air mata. Tengok anak anak kecik kesejukan, menanti makanan, sehelai sepinggang, ya Allah…lemah lutut tahan sebak.
Ketika tu, usaha usaha bantuan bertali arus. Organisasi, individu, antara entiti yang gigih sangat mengerakkan bantuan, bersama sama pihak berwajib. Sekali lagi sebak, dan anak anak kelantan di perantauan, termasuk lah abam, tak senang duduk. Rasa tak sedap sangat dengan hanya berdiam diri. Walaupon jauh dari kampung sendiri, tapi taktaulah kenapa, tersentuh sangat dengan peristiwa tu. Mungkin kerana terlalu “follow” perkembangan kot. Ntahlah.
Alhamdulillah, dengan beberapa sahabat, kami pon nak turut serta bantu. Kumpul lah kami, sebanyak mungkin duit, hasil dari sumbangan kawan kawan melalui “whatsapp group” dan dengan hasil tu, kami dapat beli barang barang keperluan sikit. Makanan, pampers, air, dan barang barang asas, harapnya dapat lah membantu.
Terasa diri ini kecil
Masa tu, rasa best dah, sebab berjaya gerakkan usaha beri bantuan. InsyaAllah, ok dah ni. Yerlah, bajet yg “adhoc”, tau tau jerlah. Hanya mampu sekadar beli sikit jerlah. Tapi tu pon dah suka sangat.
Bila sampai di sana, selain sedih, ada satu benda yang buat abam sangat kagum! Haaa, abam kagum dengan jenis jenis bantuan, yang orang lain berikan. Allahu, ada group yang bagi bantuan khemah, bagi bantuan tilam dan macam macam lagi yang bagi abam, “teaching me something”!
Kerdil abam rasa bila tengok bentuk bantuan mereka. Jika dibandingkan dengan hanya barang barang keperluan asas yang kami sempat sediakan, memang ada yang jauh lebih tinggi harga dan nilainya pada mangsa mangsa.
Masa tu, terlintas satu benda di kepala. “Bestnyaa, kalau ada duit lebih, boleh sedekah lebih, boleh bagi yang best best, boleh bagi lebih cukupkan keperluan mangsa”. Yaaa, satu lagi kejadian yang sangat sangat beri kesan pada abam. Termenung gak abam, sambil sambil perhati satu persatu lori bantuan sampai dari segenap ceruk. Fuhhh!
3 perkara yang dipelajari:
- Benarlah, kita kena ada duit lebih. Ada simpanan lebih. Islam sendiri pon sarankan supaya kita kerja keras, bagi “banyak duit” supaya kita boleh buat kebaikan & bagi manfaat pada orang lain.
- Hasil yang kita dapat, kerja keras yang kita buat, duit yang kita kumpul, sebenarnya, bukan sebab kejar harta dunia. Tapi bagi aku, apa yang kita ada, sebenarnya juga milik mereka yang memerlukan. “Life kita, bukan hanya sekadar untuk diri sendiri”
- Duit bukan segalanya, tapi dengan duit, kau mampu buat banyak benda. Zaman sekarang, kita perlukan duit untuk buat kebaikan.
3 benda ni, sangat memotivasikan abam. Yer betul, aku dah bergaji, takder la sesak sampai takleh makan atau takleh hidup. Tapi, setakat diri abam sahaja. Benda tu buat abam terpikir, rupanya abam belom cukup kerja keras, untuk bagi manfaat pada orang lain.
Motivasi diri
Abam tak boleh hidup sesorang dalam dunia ni dan soalan paling kerap berlegar dalam kepala abam ialah “Meso, berapa gigih kau, apa yang dah kau buat, yang dah kau usaha untuk bagi manfaat pada orang lain?”. Fuhhhh benda tu abam pegang. Walaupun sesekali terasa penat, walaupon letih, ada kalanya “down” , sampailah ke hari ini.
Abam bangga dengan kerja abam sekarang. Sebab sekarang, abam boleh praktikkan apa yang abam faham & motivasi abam hanya 1, terus menerus beri manfaat, tak kire dalam bentuk apa pon, pada seramai mungkin yang abam boleh. Yang lain, abam serahkan saja pada Dia. Syukur, banyak benda abam belajar sejak terjun ke bidang “bisnes” ni. Indah!
Fuhhh, sedikit coretan pengalaman, sambil sambil terus motivasikan diri sendiri! Jom terus kerja keras kawan kawan! Masih ramai di luar sana yang perlukan sesuatu dari kita!
“What we do now, is not only about ourself & ultimate success is when you can give more to others!”
SayaMeso Inspire To success
Leave a Reply