• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Hobi / Tips penjagaan GShock

Tips penjagaan GShock

18 March 2019 by meso 6 Comments

Sebut sahaja jam getah, pastinya peminat peminat jam akan teringatkan GShock. Terutamana di negara kita ni, gelaran jam getah ini, umpama panggilan khas untuk jam kelahiran dari Jepun ini.
Siapa tak kenal dengan GShock ini. Dari golongan muda hinggalah golongan professional, GShock dah sinonim untuk bukan sahaja lelaki, tapi juga kaum wanita.

Kebanyakan jam GShock adalah diperbuat daripada resin atau getah.
Salah satu model GShock di pasaran.

GShock manja

Minat minat juga, tapi tak ramai yang betul betul ambil berat dalam hal penjagaan. Ahaa, jam G-Shock memang terkenal dengan kelasakannya. Tapi, jangan lupa, G-Shock bukan kalis calar atau kalis rosak ok!

G-Shock manja! terutamanya dari segi penjagaan.

Jam getah perlu dijaga

Ada beberapa sebab kenapa GShock ini manja dan perlukan belaian. Antaranya ialah:

  1. Material Resin – hampir 80%-90% sarung luar GShock adalah diperbuat dari Resin, atau mudahnya kita sebut plastik/getah. Tak hairan lah kalau GShock ini popular dengan panggilan ‘Jam Getah” kan? Jadi, material ini masih boleh calar, masih boleh terhakis ataupon kusam.
  2. Nilai boleh jatuh – GShock memang ada nilai tersendiri, terutamanya di kalangan peminat peminat tegarnya. Jam getah ini boleh dijual semula, malah ada yang mampu mencecah harga ribuan ringgit, dan salah satu kriteria terpenting adalah keadaan jam itu sendiri, luaran dan dalaman. Lagi elok terjaga, makin tak jatuh la harga nya.
antara koleksi GShock milik sendiri
Penjagaan yang baik, membantu GShock untuk kekal kelihatan menarik dan melonjakkan nilainya.

Tips penjagaan

  • Rajin rajin mandikan jam GShock kerana ia mudah berhabuk dan disebabkan ianya dari material resin, sebarang geseran pada permukaan resin ini akan sebabkan kotoran mudah melekat.
  • Jangan gunakan bahan menghakis untuk mandikan GShock kesayangan anda. Anda boleh gunakan sabun cuci pinggan atau sabun mandi biasa. Rendamkan jam dalam air sabun selama mana yang anda mahu keluarkan untuk dicuci. Tak perlu menggunakan sabun yang banyak pon ok.
  • Gunakan kain lembut untuk mencuci GShock anda. Kain mikrofiber adalah yang terbaik kerana jika kain terlalu kasar, ia boleh mencalarkan jam. Anda sudah pasti tak mahu jam kesayangan anda bercalar kan? Selain itu, anda juga boleh gunakan berus gigi lembut untuk menggosok kotoran degil yang melekat, terutamanya di bahagian sukar dicapai.
  • Jangan jemur GShock anda di bawah matahari, kerana ini boleh menyebabkan warna jam anda pudar dan kemungkinan getah jam anda boleh cair. Cukup sekadar menggunakan kain atau putik kapas untuk mengeringkan jam anda.
  • Sediakan tempat penyimpanan untuk jam kesayangan anda. Jangan biarkan terdedah di luar, kerana habuk mudah melekat. Jika terlalu dibiarkan, kemungkinan boleh menyebabkan warna jam anda tidak menyerlah lagi.

Ok, cukuplah dulu 5 tips penjagaan jam, terutamanya GShock atau jam getah dari abam kali ini. InsyaAllah abam akan kongsikan lagi tips tips penjagaan di entry berikutnya ok.

Apapon, alang alang kita kumpul, eloklah kalau kita jaga betul betul koleksi kesayangan kita ni. Penjagaan yang teratur, akan memastikan GShock anda sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik dan yang lebih penting, GShock anda nampak sentiasa wow! Moga bermanfaat semua

Antara kelebihan gshock adalah warna nya yang menarik.
Cantik kan GShock!

Artikel menarik untuk anda:

3 perkara asas bezakan GShock Original dan Palsu

3 perkara asas bezakan GShock Original dan Palsu

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Hi semua. Lama abam rasa tak menulis tentang GShock. Jadi kali ini, abam rasa…... Baca selanjutnya »

Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat!Khas untuk peminat peminat Gshock, khususnya yang masih baru, anda pasti tertanya tanya tentang…... Baca selanjutnya »

Terma terma yang anda perlu tahu sebelum membeli jam GShock.

Terma terma yang anda perlu tahu sebelum membeli jam GShock.

GShock, jenama jam yang popular di negara kita, malah dikenali di serata dunia. Gshock sudah mula bertapak di dalam pasaran…... Baca selanjutnya »

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Hi geng Gshock! Dah basuh jam kesayangan anda? Aha, kena rajin rajin basuh ok,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Hobi Tagged With: gshock, hobi, jamgetah, tips cuci gshock, tips penjagaan jam

Previous Post: « Apa ada dengan blogku
Next Post: Fantastic 4 & memilih kerja »

Reader Interactions

Comments

  1. Mysutori

    18 March 2019 at 11:03 pm

    Memang nampak ramai yang gemarkan jam getah ni. Cuma buat masa ni belum terdetik untuk dapatkan satu.

    Mungkin tunggu sayameso.com buat G-shock giveaway lah kan.
    Mysutori recently posted…Sardin sebagai penawar pantas ketika keracunanMy Profile

    Reply
  2. Amirul Hayyad Hussain

    19 March 2019 at 6:58 am

    boleh share jenis-jenis jam dan mana nak dapt ke bro?

    Reply
  3. Alpetito

    19 March 2019 at 8:01 am

    Apa beza Gshock, Rangeman, Frogman, macam sama je semua?
    Alpetito recently posted…4 Perisian Voice-To-Text PERCUMA Yang Boleh Membantu Korang Kerja Lebih PantasMy Profile

    Reply
  4. nurul ain idres

    31 October 2019 at 10:31 am

    Izinkn saya untuk share ye. Time kasih

    Reply
    • meso

      3 January 2020 at 2:24 pm

      Hi Ain, sure sure asalkan bermanfaat. Silakan & thanks

      Reply

Trackbacks

  1. 5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda. | SayaMeso says:
    16 April 2019 at 3:55 pm

    […] tips tips ringkas, bagaimana hendak menjaga jam Gshock anda. Salah satu darinya ialah dari segi pembersihan jam atau cuci jam […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme