• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Hobi / Terma terma yang anda perlu tahu sebelum membeli jam GShock.

Terma terma yang anda perlu tahu sebelum membeli jam GShock.

31 March 2019 by meso 1 Comment

GShock, jenama jam yang popular di negara kita, malah dikenali di serata dunia. Gshock sudah mula bertapak di dalam pasaran sejak 1983, dan sehingga hari ini, GShock masih lagi mengeluarkan berbagai model baru di pasaran.

Maka tidak hairan lah, jam GShock mempunyai ramai peminat dan disebabkan permintaan yang tidak putus, maka ramai peniaga peniaga muncul menjual jam jenama ini.

Pelbagai jenis dan kondisi jam

GShock, mempunyai peminatnya yang tersendiri. Disebabkan itu, pelbagai model, daripada yang terbaru hinggalah model model lama, masih mempunyai peminat dan pembelinya yang tersendiri.

Pelbagai model GShock di pasaran.

Oleh kerana itu, jika dilihat di pasaran sekarang, model model baru dan lama, masih lagi dijual dan yang uniknya jam GShock ini, harga harga, terutama model lama, dijual dengan berbagai tahap harga. Ini bergantung kepada kondisi jam, tahun bila ianya dikeluarkan, jenis model samada biasa atau “limited edition”, jam basic atau kolaborasi dan macam macam lagi.

Panduan pada yang baru

Dalam artikel kali ini, abam akan kongsikan, terma terma yang sering digunakan oleh pembeli, penjual dan pengumpul tegar jam GShock ini.

Terma terma ini penting, terutama untuk yang baru menjinakkan diri dalam arena GShock ini. Ini untuk membantu anda membuat penilaian, membuat runding harga atau membantu anda untuk berbelanja dengan berbaloi.

Jom baca, terma terma yang sempat abam senaraikan untuk panduan anda.

Terma terma GShock.

  • NIB – bermaksud “New In Box” dan merujuk kepada kondisi jam yang masih baru atau yang baru dikeluarkan. Ini juga merujuk kepada jam yang masih belum digunakan. NIB ini, bermakna jam tersebut masih baru dan berkeadaan paling baik.
  • NOS – bermaksud “New Old Stock”. NOS ini merujuk kepada jam model lama atau keluaran lama, tetapi masih dalam keadaan baru. NOS ini berkondisi baru, cumanya ia lebih kepada jam model model lama atau yang sudah dihentikan keluarannya.
  • ULN – bermaksud “Used Like New”. Ini merujuk kepada jam terpakai atau yang sudah digunakan dan dijual semula. Kondisi ULN ini merujuk kepads kondisi jam yang seakan akan masih baru, tanpa kesan calar walaupon sudah digunakan. Untuk model model lama, jika anda terjumpa jam yang berkondisi ULN dengan harga rendah, anda boleh dikira bertuah
Contoh set lengkap Gshock terdiri daripada kotak, buku panduan dan tag harga/band
  • Complete / Not Complete Set – Terma ini merujuk kepada lengkap atau tidak lengkap jam tersebut semasa dijual. “Complete” bermaksud, jam yang dijual lengkap dengan buku panduan, tag harga, tag band, kotak luar dan dalam dan sesetengahnya lengkap dengan lain lain aksesori tambahan. “Not complete” pula ada sebaliknya. Harga “Complete set” jauh lebih tinggi berbanding “Not Complete set”. Jika anda berniat untuk menjual semula, pastikan anda beli “Complete set”. Jika tidak, harga pastinya akan jatuh.
  • BNB – selain dari jam itu sendiri, GShock juga mempunyai “spare part” nya tersendiri. Yang paling biasa, adalah BNB. BNB ini merujuk kepada “Band and Bezel”. Band adalah tali jam dan Bezel adalah cover depan jam itu. Banyak tempat yang menjual BNB original, makanya anda tidak ada masalah untuk mendapatkan BNB baru jika jam anda tercalar atau rosak.
  • Assemble set – terma ini merujuk kepada jam yang dipasang semula. Contohnya, bermula dari enjin hinggalah ke BNB, dipasang semula dan dijual. Assemble ini ada yang menggunakan parts tulen, dan juga “Second Hand”. Jadi hati hati, pastikan periksa betul betul jika terjumpa “assemble set” dari peniaga.
Contoh model siri kolaborasi bersama “Justice League”
  • Custom set – bermaksud jam yang ditukar corak dari asal. Ramai juga yang meminati jam custom ini, kerana terpikat dengan design yang cantik. Jam Custom ada yang dari barang original dan yang tidak original. Jadi hati hati ya.
  • Collab – atau collaboration (kolaborasi). GShock memang terkenal dengan usahasama dengan jenama jenama popular di seluruh dunia. Jam Collab, direka khas berdasarkan moto, corak atau warna jenama itu tadi. Jam Kolaborasi, biasanya mahal, kerana pengeluaran adalah terhad. Tetapi bagi pengumpul jam collab ini, tetap membelinya. Jam collab boleh dianggap sebagai “Collectors Item” oleh peminat peminat GShock.

Pesanan

Pesanan abam, sebelum membeli terutamanya, anda fahamkan terma terma tersebut. Harga adalah berbeza ikut kategori kondisi jam. Jika ada kawan kawan yang lebih berpengalaman, janganlah segan untuk bertanya.

Alang alang mencari, cubalah buat sedikit survey dan rundingan, terutama nya jika jam itu bukan yang baru (NIB). Periksa betul betul kondisi jam, sebelum anda membuat pembayaran. Ini untuk membantu anda membuat belian yang berbaloi, dan kena dengan harga yang dibayar itu.

Alah membeli, menang memakai.

Sekian dulu perkongsian abam kali ini. Moga sedikit sebanyak dapat membantu memberi panduan kepada anda sebelum membeli, terutamanya yang masih baru. Moga bermanfaat dan jumpa lagi!

Kepuasan membeli dan mengumpul GShock adalah sesuatu yang unik.

Abam Meso, peminat GShock❤️

Artikel menarik untuk anda:

Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.

Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.

Januari 2018, casio co. ltd telah mengumumkan pelancaran gshock terbaru dalam siri rangeman, iaitu model Rangeman GPR-B1000. Model ini adalah kesinambungan kepada…... Baca selanjutnya »

Tips penjagaan GShock

Tips penjagaan GShock

Sebut sahaja jam getah, pastinya peminat peminat jam akan teringatkan GShock. Terutamana di negara kita ni, gelaran jam getah ini,…... Baca selanjutnya »

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Hi geng Gshock! Dah basuh jam kesayangan anda? Aha, kena rajin rajin basuh ok,…... Baca selanjutnya »

3 perkara asas bezakan GShock Original dan Palsu

3 perkara asas bezakan GShock Original dan Palsu

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Hi semua. Lama abam rasa tak menulis tentang GShock. Jadi kali ini, abam rasa…... Baca selanjutnya »

Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat!Khas untuk peminat peminat Gshock, khususnya yang masih baru, anda pasti tertanya tanya tentang…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Hobi, Umum Tagged With: gshock, panduan membeli gshock, terma gshock, tips gshock

Previous Post: « App Store sedut duit? Ikuti langkah ini untuk hentikannya.
Next Post: Restoran Nasi Kerabu sedap di Kuantan »

Reader Interactions

Comments

  1. Iqbal

    21 May 2019 at 4:44 am

    Terima ksih atas perkongsian yg berguna bg yg bru nk berjinak2 dgn jam gshock mcm sy..buat permulaan sy bru mmiliki gshock model gx-56slg-1dr sbb bntuk die yg agk bsar sesuai dgn tgn sy yg agk bsar selain tu fungsinya tak begitu bnyk mcm yg lain2 sesuailah mcm sy yg newbie nie huhu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme