Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!
Pagi ini, seperti biasa, abam hantar anak ke sekolah. Yang nom 1, tak sihat, jadi abam berdua dengan anak perempuan abam sahaja.
Pagi ni terawal sikit, jadi tak perlulah bawa laju laju. Santai santai sambil dengar celoteh anak dara abam. Celoteh nya hari ini, tentang permainan di sekolah. Macam macam diceritanya, ntah apa permainan pun abam tak pasti, tapi biasala, main dengan kawan kawan lepas sekolah katanya. Seronok dia bercerita.
Permainan zaman sekolah
Sambil sambil bercerita, anak abam tanya, “papa dulu main apa?”. Terus abam tersenyum sambil mengenangkan zaman zaman sekolah rendah dulu.Hurmm, apa mainan popular zaman kita dulu ya? Jom imbau bersama sama jom!
1) Laga biji getah
Permainan ini memang popular waktu zaman abam sekolah rendah dulu. 2 biji getah di letak atas bawah atau kiri kanan tangan, dan diketuk atau dikepitkan. Biji getah yang pecah, dikira kalah.
Teringat lagi, punya lah gigih, sampai sempat la meredah ladang getah dulu, semata mata nak cari biji getah. Sempat la dulu merasa jadi “King”, sebab biji getah abam kuat. Yang menariknya, dulu siap hafal nama nama jenis biji getah. Macam macam ada. Yang guna taktik letak lilin dalam biji getah pun ada, untuk buat susah pecah. Hahaha kecik kecik dah ada taktik!
2) Laga Guli
Ok, main laga guli ni pun popular juga waktu sekolah dulu. Ada berjenis jenis juga guli ni dan “game” dia pun ada macam macam. Tak ingat dah abam nama nama “game” dia. Tapi dulu, sempat la gila kumpul guli. Dalam beg sekolah, wajib ada plastik simpan guli. Yang buat bisnes jual guli pun ramai dulu. Waktu rehat, lepas sekolah, pakat kumpul ramai ramai, “open game”. Hahaha.
Sapa menang, makin banyak la guli lawan dibolotnya. Main guli ni kena focus, kena pandai aim. Jadi ia memerlukan skill. Yang baru baru berjinak, memang kena titik la jawabnya. Yang gaduh pun ramai, ada sahaja tak puas hati. Rules salah la, lawan main tipu la, macam macam hahahaha.
Cuma part sadisnya, ialah part guli kena rampas cikgu, atau part guli kena buang dengan mak. Aduhh, bleh nangis woo. Part paling mencabar pula, part mintak abah belikan guli. Jadi kalau nak selamat, kena lah pastikan menang “game” di sekolah. Baru lah banyak guli tanpa kena beli. Hahaha!
3) Lompat getah
Lompat getah. Permainan ini, agak popular dulu dan uniknya, berbeza dengan biji getah dan guli tadi, permainan ini popular di kalangan budak perempuan dan lelaki.
Permainan ini boleh dimain secara solo atau berkumpulan. Siapa yang tinggi, memang jadi rebutan la. 2 orang akan pegang hujung getah yang disambung panjang, dah seorang demi seorang akan lompat menyeberangi. Ala ala macam lompat tinggi, cuma tak boleh sentuh getah. Pemegang getah akan naikkan ketinggian sikit demi sikit ikut bahagian tubuh badan. Dari buku lali, lutut, pinggang, bahu, telinga sampai la ke kepala.
Haa, waktu inilah, macam macam gaya, macam macam skill akan keluar. Yang rendah rendah tu, seksa la sikit bila getah makin tinggi. Tapi ramai juga yang ada skill lompat. Masa tu masih ringan agaknya. Hahaha. Siapa yang sentuh atau tak lepas getah, dikira mati.
Kenangan
3 permainan ini, pernah la abam main dulu dulu. Waktu tu zaman sekolah rendah. Trend waktu tu di mana mana pun. Bila meningkat umur, permainan berubah. Macam macam lagi permainan dulu, cuma abam kongsikan 3 sahaja dulu ok.
Yang penting, tersenyum sorang diri bila teringat zaman dulu. Seronok waktu tu kan? Ini lah antara motivasi kita dulu untuk ke sekolah. Baju tak perlu cakap lah, dah macam belacan bila balik. Bersedia kena rotan sahaja la dengan mak nanti. Hahahaha
Zaman sekarang, mungkin permainan dah berubah. Permainan permainan baru muncul. Kanak kanak sekarang pun dah pandai inovasi. Tak mengapa, bila dengar mereka bercerita, dalam masa yang sama, kita tahu, anak anak kita berkawan, bergembira di sekolah. Alhamdulillah, itu sahaja yang penting.
SayaMeso Rindu zaman sekolah!
Leave a Reply