• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / Suka apa yang kita buat

Suka apa yang kita buat

9 May 2019 by meso Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Pernah dengar dengan ungkapan “Do what you love and love what you do” kan? Ini antara kata kata motivasi yang sering kita dengar. Dalam apa jua bidang atau apa jua yang kita lakukan, usahakan, sangat sangat penting untuk kita suka, barulah kita akan enjoy dan boleh maju ke depan. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan suka dengan apa yang kita buat ni? Aha, jom abam kongsikan sikit ok.

Buat tak semestinya suka

Tak semua orang yang betul betul suka dengan apa yang mereka buat. Memang betul, kerja tetap kerja, tapi ada sesetengah orang, kerja itu hanyalah sebagai asbab untuk mendapatkan gaji dan menyara hidup. Kadang, ada juga yang kerja sebab terpaksa.

Sebenarnya tak salah, kerja memang kerja, disebabkan ini, ramai yang tak mampu untuk mendapatkan hasil yang sepadan dan ramai yang tidak meningkat prestasinya. Boleh dikatakan, tahun demi tahun, mereka berada di tempat yang sama tanpa peningkatan. Inilah sebenarnya impak buruk dari tidak betul betul suka dengan apa yang kita lakukan.

Sebaliknya, mereka yang betul betul suka dengan apa yang mereka lakukan, kebiasaanya akan terus meningkat dari segi keputusan dan hasil mereka. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan betul betul suka? Jom kita teruskan pembacaan di bawah.

Sikap terhadap kerja

Sebenarnya, orang yang betul betul sukakan kerjaya mereka, dapat dilihat dari sikap nya terhadap kerjaya mereka. Ya, sikap penentu segalanya. Dengan sikap yang betul, kita sebenarnya mampu untuk terus berjaya dalam apa yang kita buat.

Bekerja dengan seronok, membantu dalam hasil yang baik

Antara sikap yang boleh kita nampak ialah:

  • Betul betul cuba memahami selok belok kerjaya yang sedang mereka lakukan, termasuklah peluang peluang yang boleh mereka capai hinggalah ke peringkat seterusnya dalam kerjaya mereka. Mereka juga bukan saja mengetahui, tapi menguasai segala ilmu ilmu asas berkenaan kerjaya mereka.
  • Disiplin dengan tugas, dengan apa yang mereka harus lakukan dan disiplin dengan segala yang dituntut dalam kerjaya mereka. Ini termasuklah disiplin dengan jadual dalam kerjaya mereka sendiri.
  • Menunjukkan sikap komited dengan garis panduan yang ditetapkan, komited dengan cabaran cabaran yang ada dalam kerjaya mereka.
  • Memahami tugas dan kerjaya mereka sendiri. Memahami dan mampu untuk nampak jauh, disebalik apa yang mereka lakukan sehari hari itu.
  • Sentiasa cuba untuk bersedia dari segi kelengkapan kerja, selalu memikirkan cara yang terbaik memudahkan urusan mereka dan ada sikap inovatif dan kreatif dalam meningkatkan prestasi kerja mereka.

Diri sendiri adalah penentu

Jika diperhatikan, semua sikap sikap di atas adalah subjektif. Semuanya adalah sikap yang harus lahir dari diri sendiri. Tanpa dipaksa, tanpa disuruh sebenarnya. Dan sikap sebegini yang lahir dari keinginan sendiri, adalah lebih genuine dan sikap ini harus bermula dengan keinginan diri sendiri. Ianya takkan efektif jika dipaksa atau disuruh.

Serius dengan kerjaya demi hasil yang baik

Ada banyak faktor kenapa seseorang itu boleh pupuk sikap sebegini. Orang orang yang mempunyai why factor yang kuat, mereka yang mempunyai impian dan mereka yang selalu bergaul dengan orang orang positif, kebanyakan nya ada sikap sebegini dan secara tidak lansung, sikap sebegini, membawa mereka ke peringkat sukakan kerjaya mereka dan ianya membantu mereka untuk lebih berjaya dalam bidang mereka.

Mereka yang terpaksa melakukan sesuatu kerja, biasanya tidak akan kreatif dan bersungguh sungguh dalam kerjaya mereka. Ini kerana, boleh dikatakan, mereka sendiri tidak begitu yakin dengan apa yang mereka buat. Hal beginilah yang akan menyebabkan, mereka akan terasa penat, mudah gagal dan seringkali mudah berputus asa dalam apa yang mereka lakukan.

Kita boleh nampak, beza antara mereka yang betul betul suka ataupun mereka yang lakukan kerja kerana terpaksa. Sikap dan keinginan tadi sebenarnya jadi penentu dalam kerjaya kita.

Tidak mudah, mulalah sekarang

Ya, bukan mudah untuk kita memupuk sikap dan perasaan suka dengan apa yang kita buat. Namun begitu, tak mustahil jika kita bermula dari sekarang. Ramai yang betul betul serius dalam kerjaya mereka, dan mereka sememangnya sedang sibuk untu memperkasakan hasil mereka sendiri. Jadi, cuba kita lihat balik diri kita. Adakah kita betul betul serius, adalah kita betul betul inginkan dan adakah kita bersedia untuk suka dengan apa yang kita buat sekarang?

sikap yang baik, penentu kejayaan kita

Marilah kita bermuhasabah, dan lihat kembali. Sebenarnya, apa yang sedang kita peroleh ini, adalah peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT pada kita. Kadang kala, tak semua orang dapat merasa peluang seperti yang kita terima ini. Sayang sekali jika kita tak melihat betul betul, tak melihat jauh dengan apa yang kita sedang lakukan ini. Sikap acuh tak acuh, dan tidak serius, hanya akan memenatkan kita dan hanya merugikan potensi diri kita sendiri.

Lihatlah kembali tanggungjawab kita, segala keperluan yang harus kita tunaikan, keadaan semasa keluarga kita, dan cubalah renungkan, adakah kita betul betul suka dengan apa yang kita lakukan, dan adakah segala usaha kita sejajar atau sudah mencukupi dengan apa yang kita inginkan tadi. Masih belum terlambat, ubah sikap dan mulalah bersyukur dengan peluang yang ada ini. InsyaAllah, kita akan melihat kerjaya kita dari sudut yang berbeza dan mula akan timbul perasaan suka tadi.

Apapun, marilah kita terus menerus berusaha demi impian kita. Suka dan sukalah dengan apa yang kita buat, insyaAllah, hasilnya pasti berbeza. Moga bermanfaat dan semoga maju jaya!

SayaMeso
Suka dengan kejaya sekarang!

Artikel menarik untuk anda:

Kolam Baru

Kolam Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat!Kolam baru, adalah istilah yang selalu orang orang sales gunakan dalam kerjaya…... Baca selanjutnya »

Cita – cita dan impian. Hati hati, ia mampu beri kesan yang buruk pada kita.

Cita – cita dan impian. Hati hati, ia mampu beri kesan yang buruk pada kita.

Why Factor. Kita selalu dengar istilah ini. Apa sahaja dalam kehidupan, sebut sahaja pasal usaha, pastinya dikaitkan dengan why factor….... Baca selanjutnya »

Kisah “suatu permulaan yang baik”

Kisah “suatu permulaan yang baik”

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Semalam, abam ada sedikit diskusi dengan rakan rakan sekerja abam. Biasala, berdiskusi…... Baca selanjutnya »

3 sikap jurujual yang patut dielakkan

3 sikap jurujual yang patut dielakkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Menjadi jurujual, bukan lah cita cita yang popular oleh kebanyakan orang. Tapi di zaman…... Baca selanjutnya »

4 perkara penting untuk karier anda

4 perkara penting untuk karier anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Teringat abam ketika masih baru baru sertai pasukan jualan pada 2013 dulu. Ketika tu,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi, Perihal kerja, Umum Tagged With: love what you do, motivasi kerja, perihal kerja, sikap penentu kejayaan, sukakan kerjaya, tips kerjaya

Previous Post: « Risiko gosok gigi selepas makan
Next Post: 3 sikap jurujual yang patut dielakkan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme