• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Umum / Selamat Hari Polis Abah!

Selamat Hari Polis Abah!

27 March 2019 by meso Leave a Comment

Semalam, tanggal 26 mac 2019, merupakan sambutan hari polis yang ke-212 dan disambut oleh semua warga polis di seluruh negara.

Hari Polis, adalah hari istimewa untuk meraikan semua anggota polis bagi menghargai jasa dan perkhidmatan anggota keselamatan ini, samada yang masih hidup ataupun yang sudah tiada.

Anak Polis.

Setiap kali sambutan hari polis, pasti abam teringat zaman zaman abah masih bekerja dulu. Ya, abah seorang anggota polis, berpangkat ASP sebelum abah pencen.

Abah bermula dari konstabel, abah naik pangkat satu tangga ke satu tangga, hinggalah ke jawatan ASP. Abah ada peluang naik ke DSP, tapi ditolaknya, malas nak masuk periksa dan dah tak larat nak pindah katanya.

Abam sempat la merasa jadi anak polis, dan banyak kenangan jadi anak polis ni. Jadi sempena hari polis ni, abam nak coretkan lah kenangan kenangan sebagai anak seorang anggota polis ni.

Pegawai cawangan khas

Abah adalah pegawai dalam unit cawangan khas, atau biasa orang panggil SB (special branch). Jadi abah biasanya akan berpakaian biasa sahaja. Dengan kemeja, seluar slack nya, kalau orang tak tahu, pasti orang ingat abah kerja pejabat.

Sebagai seorang SB, kerja abah tak tentu masa. Masih ingat lagi waktu abam kecil dulu, abah selalu tiada di rumah waktu malam. Abah banyak operasi, dan ada juga abah jaga giliran meronda.

Tinggallah kami sekeluarga dengan mak, dan peristiwa paling kami ingat ialah, ada cubaan pecah masuk ke rumah waktu abah tiada. Berani pula dia nak pecah rumah polis. Hahaha. Tapi mujurlah mak sedar, kami adik beradik bangun buat bising dan terus penyamun tu cabut.

Sebagai seorang isteri anggota polis, mak dah faham tugas dan jadual kerja abah. Jadi mak dah biasa tinggal dengan anak anak di rumah. Beruntung abah dapat isteri yang memahami. Hehe.

Abah seorang yang cool.

Abah tak banyak cakap. Abah cool , tak bising tapi abah seorang yang tegas. Bab bising pada anak anak, mak dah ambil alih, mungkin sebab tu abah tenang tenang jer agaknya.

“Korang nak buat apa, buat lah. Tapi kalau sekali korang masuk dalam, jangan mimpi abah nak pergi tolong”. Ini pesan abah untuk kami adik beradik yang paling melekat. Tak perlu panjang lebar, tapi pesan abah ni cukup buat kami berhati hati.

Kami 6 adik beradik. 5 lelaki dan seorang perempuan. Jadi di zaman lelaki ni tengah membesar, memang sesuai lah pesan abah tu buat kami. Dalam pesanan, kami tau abah tegas.

Lain dari itu, abah seorang yang sangat tenang. Dia banyak senyum sahaja, tapi pernah juga la kami ni merasa lempangan abah. Hahaha.

Satu benda sahaja yang jangan main main dengan abah. Bab selidik, abah memang hebat. Abah SB, memang kerja dia merisik. Jadi kalau abam adik beradik cuba nak sorok apa apa, selalunya akan kantoi. Jangan main main dengan SB ok.

Kenangan anak polis

Antara kenangan paling melekat ialah bab pergi sekolah. Abam selalu lambat, sebab pergi sekolah abah hantar. Dia gerak ikut waktu dia, puas bagitau, tapi abah rileks jer. Makanya, abam la pengawas yang paling kerap kena tulis nama.

Ada kala, abah akan bawa balik pistol nya balik ke rumah. Memang disoroknya takut anak anak main. Ntah macam mana, satu hari, abam dan adik, terjumpa pistol abah di atas almari. Apa lagi, kami masuk dalam selimut ala ala khemah, kami main acu acu. Abah perasan, melekat penampar di muka kami. Sejak dari itu, dah tak nampak dah mana pistol abah.

Bab pindah pula, best. Dulu, setiap kali pindah, abah tak pening nak cari lori. Akan datang 1-2 biji lori polis, semua di bawah oleh anak anak buah abah. Percuma je. Ingat lagi, kami berpindah dari negeri sembilan ke kelantan, abah bagi duduk belakang lori. Seronok, tapi lama lama menyesal, sebab susah nak tidur.

Satu lagi yang wajib di hari polis ni, mana mana balai polis akan adakan majlis menyambutnya. Ada jamuan, ada persembahan dan macam macam acara untuk kanak kanak. Kami selalu ikut waktu itu. Yang best, disebabkan abah pegawai, jadi dapat layanan istimewa lah sikit. Hehe

Bila meningkat remaja sikit, dah mula naik motor. Kadang tu keluar ke bandar tanpa lesen. Pernah sekali di tahan polis, tapi bila sebut sahaja nama abah, polis bagi lepas. Cuma tak tahan, bila kena tegur. “Ayah kau orang kenal, orang berpangkat. Jangan malukan ayah. Next time kalau kena, abang tak lepas dah” pesan pakcik polis traffic tu masih melekat. Insaf kejap lepas tu.

Macam macam lagi lah kenangan yang ada. Tak habis kalau nak dicerita. Nantilah, ada kesempatan, abam sambung lagi di lain entry ok.

Abah seorang insan hebat

Abah seorang yang penyabar. Walaupun gaji tak seberapa dengan menjadi anggota polis dari awalnya, abah gigih membesarkan kami 6 beradik. Nampak abah penat, tapi tak sekali pon di merungut. Contoh itu lah yang kami semua cuba untuk ikuti sekarang. Benarlah, kita sebagai ibu bapa, apa yang kita buat itulah yang akan jadi ikutan anak anak nanti.

Selain dari keluarga, abah memang setia dengan kerjanya. Jika ada kecemasan atau jika abah diperlukan dalam apa apa kes, tak pernah abah tak hadir. Abah komited dengan tugas, dan seperti mana juga anggota anggota polis yang lain, abah memang sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi masyarakat dan negara. Ini sikap terpuji anggota polis.

13 tahun dah berlalu

Sekarang, dah 13 tahun abah pencen. Terakhir, abah bertugas di IPD Tumpat. Abah dah beli tanah, dah buat rumah, maka abah terus menetap di kelantan. Tapi sampai sekarang, kalau abah cakap kelantan, masih lagi kuat pelat kedahnya. Dah macam orang siam kelantan bunyinya. Hahaha.

Abah jaga cucu jer sekarang. Hantar sekolah, ambil dari sekolah. Sambil sambil layan hobinya menanam bunga, abah sekarang dah lebih rileks. Baguslah, abah rehatlah. Dah lama abah kerja kuat untuk kami.

Gambar gambar ketika bertugas, seragam polisnya jadi kenangan. Sesekala, ada lagi anggota anggota abah yang datang melawat. Masih ingat lagi anggota anggota nya dengan abah. Abah dulu mesti bos yang baik.

Abah, SELAMAT HARI POLIS! Bangga jadi anak seorang anggota polis!

Artikel menarik untuk anda:

Pengalaman di tahan polis Jepun

Pengalaman di tahan polis Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat.Mungkin ramai sahabat abam yang ada pengalaman di tahan polis kan? Tak kiralah kesalahan…... Baca selanjutnya »

Hari raya untuk mereka

Hari raya untuk mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Tak lama lagi, puasa dah nak tiba. Bermakna, jika dipanjangkan umur, nanti…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: abah, anak polis, selamat hari polis

Previous Post: « Rezeki dan ujian, perihal kehidupan.
Next Post: 5 panduan asas untuk bermula sebagai seorang jurujual »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme