• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya

Saya bukan sapa sapa, saya meso jer!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam persahabatan dari Meso!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog abam. Nama diberi, Syamsul Bahari Bin Shuib dan lebih selesa dipanggil Meso. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Abam anak ke-4 dari 6 adik beradik dan bapa kepada 3 orang cahaya mata.

Nama saya Syamsul Bahari Bin Shuib
Hi, saya meso!
Keluarga kecil saya.
Keluarga kecil abam.

Abam melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di University Of Yamanashi, Japan dalam bidang kejuruteraan Elektrikal dan Sistem. Pada 2008, abam memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera sistem di salah sebuah syarikat jepun yang bertapak di Kuala Lumpur.

5 tahun pengalaman sebagai seorang jurutera, abam beralih arah ke satu bidang yang tak pernah abam sangka, iaitu bidang kejurujualan.

Bidang yang tak pernah abam impikan, tak menghalang abam untuk nekad beralih arah. Betul lah kata orang, yang kita tak suka tu, tak mustahil akan menjadi paling rapat dalam hidup kita.

Hari graduasi abam pada tahun 2008.

Kini, abam memegang jawatan sebagai seorang Senior Sales Manager di Coway (M) Sdn Bhd, menguruskan 6 orang pengurus pasukan dan hampir 300 agen jualan di bawah pasukan abam. Pasukan abam adalah salah satu pasukan di bawah naungan team no.1 di Malaysia selama 3 tahun berturut-turut, CSTEAM. Berpengalaman selama 6 tahun menguruskan jualan dan pasukan sehingga hari ini.

Sebahagian dari asukan abam di coway.
Sebahagian dari pasukan abam
Pasukan CSTeam
Kenangan di atas cruise bersama kawan kawan CSTeam

Seorang yang simple, mudah didekati, suka berkawan dan berkenalan dengan ramai orang. Sukan, Gshock, mendengar muzik adalah antara hobi dan minat abam.

Hobi abam ialah mengumpul Gshock.
Koleksi abam
Abam di ofis.
Abam bersama dengan Coway!

Abam menggunakan blog untuk berkongsi minat abam, berkongsi pengalaman pengalaman sendiri, tips tips kejurujualan dan lain lain. Moga perkongsian abam dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.

Akhir kata, sahabat selamanya! Saya bukan sapa sapa, sayemeso.com jer 😀

semoga blog ini bermanfaat.
Selamat berkenalan semua.

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme