Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!
Pagi ni, sambil sambil abam memandu ke ofis, abam layan radio era. Sambil sambil driving, ada satu slot sharing tentang tips penjagaan gigi. Tak ingat nama siapa doktor gigi yang berkongsi tips tadi, tapi abam rasa tak salah kalau abam kongsikan apa yang abam dengar tadi. Moga bermanfaat.
Jangan gosok gigi selepas makan
Dalam perkongsian itu, doktor gigi menasihatkan supaya kita tidak menggosok gigi selepas makan. Ahaa, pelik kan? Selalunya kita dengar yang kita kena gosok atau berus gigi selepas makan kan? Pada mulanya, abam ingatkan hanya sketsa pagi, biasala, dj dj radio akan buat lawak. Jadi abam teruskan mendengar.
Yang sebenarnya, doktor gigi tu pesan untuk tidak memberus gigi sejurus selepas makan. Contohnya, lepas jer makan, terus nak sibuk sibuk berus gigi, konon taknak makanan melekat lama di gigi. Faham sangat, memang ada orang macam tu, concern sangat tentang kebersihan gigi, tapi sebenarnya tak berapa betul sebenarnya.
Agak agak kenapa ya? OK, ni penerangannya.
Proses Demineralisasi
Menurut doktor gigi tadi, ada sebab kenapa tak boleh terus berus gigi selepas makan. Ini kerana, ketika kita makan, mulut kita akan merembeskan enzim untuk mula memproses makanan. Walaupun sedikit, tapi enzim enzim ini bersifat asid.
Asid asid ini, akan berkumpul di kawasan mulut dan pastinya akan melekat di kawasan gigi. Asid asid ini, akan menyebabkan berlakunya proses “Demineralisasi” iaitu ketika ini, gigi akan berada dalam keadaan rapuh akibat kesan tindak balas asid tadi terhadap gigi.
Pada ketika ini, jika kita memberus gigi, gosokkan berus tadi akan menyebabkan gigi kita mudah terhakis dan haus. Lama kelamaan, gigi akan menjadi nipis dan ini tidak bagus kerana gigi akan menjadi sensitif dan tidak kuat.
Proses remineralisasi
Menurut doktor gigi tadi, waktu yang elok untuk memberus gigi adalah sekurang kurangnya 30 minit selepas makan. Ini kerana, air liur yang dirembeskan mempunyai mineral mineral yang boleh meneutralkan asid asid yang melekat di gigi. JIni dipanggil sebagai proses “demineralisasi”
Proses demineralisasi ini akan mengelakkan gigi dari mejadi rapuh dan pada ketika ini, tidak jadi masalah untuk kita memberus gigi. Sebab itulah, kita harus biarkan dulu sekurang kurangnya 30 minit untuk asid neutral dan barulah kita berus gigi kita ok.
Sekarang, barulah faham kan, kenapa kita tidak digalakkan untuk terus berus gigi selepas makan. Ingat, tunggu sekurang kurangnya 30 minit sebelum berus gigi ok. Betul, berus gigi adalah bagus, tapi kadang kala boleh beri kesan tanpa sedar. Apapun, lepas ni boleh la kita hati hati ya. Syukur dapat dengar perkongsian secara tak sengaja pagi tadi. Moga bermanfaat ya.
SayaMeso
Kongsi info
Leave a Reply