Kehidupan, adalah berbeza pada setiap orang. Tak semua nya indah, dan tak pula semuanya pahit. Ada juga yang pahit, bertukar manis dan ada juga yang indah, bertukar sengsara. Itulah hakikat kehidupan.
Lumrah kehidupan manusia, pahit dan manis dah memang menjadi sebahagian dalam hidup kita. Mustahil, ada orang yang tak pernah alami penderitaan, mustahil juga ada orang yang semuanya indah. Itulah kehidupan.
Rezeki dalam pelbagai bentuk
Ada orang, yang dikurniakan dengan kekayaan, ada orang dikurniakan dengan anak yang ramai, ada orang yang dikurniakan dengan kesihatan yang baik, dan ada orang dikurniakan dengan kemudahan dalam hidup. Semua ini adalah contoh rezeki yang hadir dalam pelbagai bentuk.
Tiada seorang pon di antara kita yang mampu menilik atau mampu mengagak bagaimana rezeki yang kita nikmati dalam kehidupan seharian kita. Ada kala, kita terlupa yang rezeki hadir dalam pelbagai bentuk.
Dan rezeki yang paling bermakna, adalah kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.
Ujian itu pelajaran
Tiada siapa yang tak pernah alami ujian. Seperti juga rezeki, ujian hadir dalam pelbagai bentuk. Tiada siapa yang sukakan ujian, tetapi tiada siapa yang mampu menghalang atau menjangkakannya.
Walau apa jua bentuk ujian, ia adalah pengajaran. Banyak yang boleh dipelajari dari satu satu ujian yang menimpa. Terpulang pada diri kita, samada untuk menerima dan belajar atau menganggap ianya tidak bermakna. Bagaimana kita melihat, bagaimana kita memahami hikmahnya, akan menentukan sebanyak mana yang kita akan belajar.
Bersediakah kita?
Walau rezeki atau ujian, yang menjadi persoalan adalah, cukup bersediakah kita? Semua itu bergantung pada kita sendiri. Sejauh mana kita bersedia, ianya berbeza pada setiap orang.
Bagaimana untuk bersedia? Ada beberapa perkara yang diperlukan untuk membantu kita bersedia, iaitu:
lmu pengetahuan – untuk kita menghadapi ujian atau dalam kita hendak menguruskan rezeki, kita memerlukan ilmu. Ilmu ini pelbagai, dan ianya penting untuk kita tahu, apa yang patut dilakukan.
Ilmu ini boleh diperoleh dari pelbagai sumber, dan tak kisahlah dari mana, asalkan ianya boleh digunakan dan beri kesan yang baik untuk kita.
Ibu bapa – Ibu bapa adalah tempat terbaik untuk kita berkongsi segalanya. Jangan segan untuk berkongsi cerita, sekiranya kita menghadapi masalah. Nasihat nasihat dari orang tua, adalah yang terbaik kerana merekalah yang paling mengenali kita.
Pada yang sudah kehilangan, rakan rakan baik ataupun pasangan anda juga adalah mereka yang boleh membantu anda.
Hobi atau aktiviti berfaedah – Hobi atau minat boleh membantu kita bersedia, sekiranya kita menghadapi masalah ataupon boleh membantu kita menguruskan rezeki yang diperolehi dengan cara yang betul.
Hobi boleh membantu mengurangkan perasaan sedih ketika menghadapi masalah atau hobi yang baik dan menguntungkan, boleh mendisiplinkan kita daripada melakukan perkara yang sia sia.
Konklusi
Rezeki dan ujian, adalah perkara yang wajib ada dalam kehidupan kita. Ada kala kita sedar dan ada kala kita tak menyedarinya dan semua dari kita pasti akan menghadapinya.
Apa yang penting, adakah kita sudah cukup bersedia menghadapinya dan menerimanya? Selagi kita cukup matang untuk berfikir, insyaAllah, kita dapat menguruskannya dengan baik. Apapon, keduanya adalah pelajaran dalam kehidupan kita.
Diharapkan dan sama sama lah kita berdoa agar kita semua sentiasa bersedia. Moga dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan moga jumpa lagi semua.
SayaMeso
Inspire To Success
Saya le tu rezeki anak ramai.
ahaa betul tu. Rezeki tak semua orang dapat tu.