• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Hobi / Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.

Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.

22 March 2019 by meso 3 Comments

Januari 2018, casio co. ltd telah mengumumkan pelancaran gshock terbaru dalam siri rangeman, iaitu model Rangeman GPR-B1000. Model ini adalah kesinambungan kepada siri rangeman terdahulu, iaitu model siri GW-9400.

Rangeman 2018. GPR-B1000
Rangeman 2018. GPR-B1000

Sejak dikeluarkan pada january 2018, model ini terus melonjak namanya di kalangan peminat peminat gshock, lebih lebih lagi pada pengumpul tegar jam Gshock. Tak hairan lah, sehingga kini, harga jualan untuk Gshock siri ini tidak jatuh, malah semakin menaik sehingga menjangkau RM5000 sehingga RM6000 seutas. Bergantung pada jenis jenis jam tangan ini sendiri, samada “basic model” atau “collaboration model”.

Dicipta eksklusif dalam kelasnya

Rangeman 2018, direka khas untuk keadaan yang mencabar bagi pemiliknya. Sesuai dengan kecanggihan ciptaan jam ini, ia adalah sangat sesuai untuk menghadapi keadaan yang lasat dan saat saat genting dalam aktiviti yang ekstrem.

Bermula dari bahan bahan pembuatan yang tahan lasak, rekabentuk yang sesuai, sehinggalah kepada fungsi fungsi yang ada dalam model ini, sememangnya model ini layak untuk dikategori kan sebagai salah satu model yang terbaik pernah dikeluarkan oleh GShock. Tidak hairanlah, ia tetap mendapat permintaan yang tinggi, biarpun harga nya yang agak tinggi.

Alah membeli, menang memakai

Ungkapan ini sesuai digunakan untuk Rangeman GPR-B1000 ini. Jom, abam kongsikan 5 sebab kenapa model ini patut dimiliki. Layan…

1) Fungsi yang lengkap

Selain dari berfungsi sebagai penunjuk masa, hari dan tarikh seperti jam jam lain, model GPR-B1000 ini juga mempunyai berbagai fungsi fungsi canggih yang esktrem, sesuai dengan konsep “Ketahanan Ikhtiar Hidup”. Fungsi fungsi lain yang terdapat dalam GShock model ini ialah:

  • 3 sensor dalam 1 jam – Menggunakan konsep “ikhtiar hidup”, Gshock GPR-B1000 ini mempunyai 3 sensor yang mampu mengukur barometer, tekanan/altimeter, termometer dan juga juga memiliki kompas.
  • Fungsi GPS – Pertama seadanya, GShock GPR-B1000 ini dilengkap dengan GPS. Jam ini mengumpul data dari satelit untuk memaparkan lokasi terkini, mengukur dan merekod jarak perjalanan antara dua tempat dan juga mampu menyimpan rekod perjalanan, serta data data seperti longitud, altitud, latitud dan merekod suhu.
  • Cas tanpa wayar dan sistem solar – Rangeman 2018 dilengkapi dengan fungsi cas tanpa wayar dengan menggunakan teknologi solar. Dengan mengecas menggunakan sinaran matahari selama 5 jam, GPS boleh berfungsi lebih kurang 33 jam. Jadi anda tidak perlu risau tentang bateri lagi.
Pelbagai fungsi yang ada di dalam model ini, menjadikan ianya sebuah jam yang lengkap.
Pelbagai fungsi yang ada di dalam model ini, menjadikan ianya sebuah jam yang lengkap.

Banyak lagi sebenarnya fungsi fungsi yang terdapat di dalam GShock model ini. Yang pasti, jika anda seorang yang mementingkan fungsi, ini pilihan jam tangan yang tepat untuk anda.

2) Kemampuan merekod data

GShock GPR-B1000, mempunyai fungsi untuk disambungkan kepada telefon pintar anda. Fungsi ini membolehkan pengguna untuk menyambung data terkini seperti jarak perjalanan, dah rekod rekod perjalanan. Dengan adanya kemudahan sambungan menggunakan “Bluetooth”, ini akan memudahkan pemakai untuk mendapatkan paparan lebih jelas dan mudah diurus menggunakan telefon pintar.

Fungsi ini, adalah sangat sesuai untuk mereka yang bekerja di bidang yang memerlukan pengembaraan dan yang berkait dengan aktiviti lasak. Contohnya, penulis atau pengembara untuk dokumentari, fungsi ini adalah sangat berguna untuk mereka merujuk kembali satu satu data untuk dijadikan bahan tulisan apabila balik nanti.

Paparan log perjalanan dalam bentuk 2D dan 3D.
Paparan log perjalanan dalam bentuk 2D dan 3D.

3) Rekabentuk dan material terbaik

Sesuai dengan konsep ketahanan dan lasak, sarung belakang Rangeman GPR-B1000, diperbuat daripada cseramik, pertama kalinya digunakan untuk jam GShock. Seramik ini digunakan untuk menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar dan juga untuk membantu melancarkan penerimaan signal GPS.

Selain itu, Rangeman 2018, direka dengan ketahanan daripada lumpur, habuk dan suhu yang rendah. Tali nya pula direka dengan menggunakan bahan gentian karbon, menjadikan nya lebih fleksibel, tahan lasak dan kukuh. Ianya juga dilengkapi dengan fungsi tahan tekanan dan kalis air, malah boleh digunakan di dalam air sehingga 200 meter.

Untuk yang ingin bergaya, Rangeman 2018 ini boleh digunakan untuk majlis formal dan juga tidak formal. Reka bentuknya yang eksklusif pastinya menjadi tarikan pencinta jam tangan. Cuma, ianya tidak begitu sesuai untuk yang mempunyai tangan yang kecil kerana rekabentuk jam itu sendiri agak besar.

Rekabentuk eksklusif dan bergaya.
Rekabentuk eksklusif dan bergaya.

4) Nilai yang tinggi

Pada awal awal keluaran Rangeman GPR-B1000 ini, harga jualan adalah sekitar RM3000 – RM3500. Kini, harga nya telah mencecah sekitar RM4500 ke RM5500. Malah, model kolaborasi jenis ini, boleh mencecah sehingga RM6000 ke RM7000, kerana ianya terhad. Jangan terkejut, ia masih disapu licin oleh peminat peminat tegar GShock.

Seperti mana model model yang lain, Rangeman ini mempunya peminat nya tersendiri. Lihat sahaja di facebook, di instagram, permintaan untuk Rangeman GPR-B1000 ini masih tinggi.

Jadi model ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Jadi ini antara kelebihan model ini. Jenis jenis nya yang tidak begitu banyak, membuatkan model ini menjadi rebutan. Disebabkan itu juga, harga nya boleh melonjak tinggi dan tiada masalah untuk mencari pembeli. Untung bukan?

Jadi, pada sesiapa yang berniat untuk mendapatkan untung, model ini boleh dijadikan pelaburan.

5) Kepuasan maksima

Rangeman GPR-B1000 ini, sudah tentu menjanjikan kepuasan. Tak kira apa tujuan, samada untuk dijadikan koleksi, untuk bergaya di pelbagai majlis formal atau tidak formal, ataupun untuk yang sukakan aktiviti lasak. Jam ini sesuai untuk anda.

Jangan risau, asalkan anda pandai menjaganya, anda tidak akan bermasalah untuk mencari pembeli, dan semakin lama, pastinya nilainya semakin meningkat.

Maka, Rangeman GPR-B1000 ini, sesuailah untuk dikatakan sebuah jam yang lengkap. Dari yang sukakan gaya, atau yang lebih mementingkan fungsi yang banyak dalam sebuah jam, Rangeman 2018 GPR-B1000 ini adalah pilihan yang terbaik.

Walaupun harganya mungkin agak tinggi, tetapi dengan semua ciri ciri yang ada, pastinya Rangeman GPR-B1000 ini pastinya akan menjadi pilihan yang berbaloi. Gerenti puas hati.

Apa lagi, jom kerja keras! Rangeman 2018 pasti dalam genggaman!

Rangeman 2018, sebuah jam yang lengkap dari semua segi. Anda harus memilikinya.
Rangeman 2018, sebuah jam yang lengkap dari semua segi. Anda harus memilikinya.

Artikel menarik untuk anda:

Terma terma yang anda perlu tahu sebelum membeli jam GShock.

Terma terma yang anda perlu tahu sebelum membeli jam GShock.

GShock, jenama jam yang popular di negara kita, malah dikenali di serata dunia. Gshock sudah mula bertapak di dalam pasaran…... Baca selanjutnya »

Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat!Khas untuk peminat peminat Gshock, khususnya yang masih baru, anda pasti tertanya tanya tentang…... Baca selanjutnya »

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Hi geng Gshock! Dah basuh jam kesayangan anda? Aha, kena rajin rajin basuh ok,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Hobi, Umum Tagged With: GPR-B1000, hobi, Model Gshock terbaik, Rangeman, rangeman2018

Previous Post: « Cita – cita dan impian. Hati hati, ia mampu beri kesan yang buruk pada kita.
Next Post: 7 Denda popular di zaman sekolah dulu. Budak budak sekarang mungkin dah tak merasa. »

Reader Interactions

Comments

  1. Amirul Hayyad Hussain

    23 March 2019 at 10:32 am

    Tuan ada senarai harga jam adik beradik gshock ni tak? manalah tahu boleh membantu saya membeli.

    Reply
  2. Helmi jefry

    5 January 2020 at 3:15 pm

    Tuan…. Cuma utk pengetahuan saya…. Gshock rangeman GPR-B1000 nie… Adakah keluarannya dari kilang THAILAND… Sehingga sekarang saya masih tidak dpat memastikan dari kilang negara mana pengeluaran gprb1000 ini… Boleh kah tuan membantu saya… Terima kasih…

    Reply
    • meso

      7 August 2020 at 12:27 pm

      Hi Helmi, kalau tgk dr backcase, GPRB ni i think dari kilang Japan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme