Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!
Dalam kehidupan kita, pastinya semua bermula dengan proses tersendiri. Bermula dari kita dilahirkan, kita melalui proses sikit demi sedikit sebagai seorang bayi, meniarap, merangkak, berdiri dan akhirnya berjalan dan mampu berlari. Proses ini adalah proses normal, yang semua orang akan melaluinya.
Ada kala, sesebuah proses itu sudah ditetapkan dari azali lagi, dan ada juga proses yang baru dicipta demi untuk melancarkan sesuatu perjalanan. Nak taknak, semua dari kita harus melalui proses proses ini untuk melangkah ke depan.
Proses adalah panduan
Dalam kerjaya kita seharian, terdapat banyak proses proses yang harus kita lalui sebelum mencapai sesebuah kejayaan. Dalam bisnes contohhya, proses itu sendiri adalah sebuah panduan untuk kita terus mencipta kejayaan dan menempa tempat dalam bisnes itu sendiri.
Proses atau panduan inilah, yang sebenarnya membantu sesorang, malah yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bisnes, untuk mampu mencuba dan mampu mulakan. Proses dalam berniaga atau berbisnes, memang banyak. Ada yang dah dicipta sejak lama dulu dan ada juga yang direka atau dicipta khas mengikut peredaran zaman masing masing. Proses ini harus dilalui sebenarnya, untuk memberi panduan pada kita dalam perjalanan yang stabil.
Proses juga merangkumi semua aspek. Bukan sahaja teknikal, tapi proses perjalanan seorang orang bisnes, lebih kepada pengalaman. Jika ditanya orang orang lama dalam bisnes, memang banyak yang menjadi panduan mereka dari awal dulu. Pengalaman yang banyak, dicampur dengan panduan kerja inilah yang membantu mereka berjaya sehingga hari ini.
Proses bermula
Untuk mereka yang baru baru bermula dalam apa jua bidang sekalipun, fahamilah dan ikutilah segala proses yang dah disediakan, asalkan tidak melanggar syarat atau yang tidak menyimpang.
Dalam berniaga, proses bermula dengan pembelajaran. Pembelajaran tentang selok belok perniagaan, pembelajaran tentang memulakan bisnes dan lain lain. Selepas itu, sesorang itu wajib memulakan tugas, praktikkan ilmu yang diperoleh dan sepanjang itulah, kita akan alami susah senang berniaga. Ini adalah proses. Proses yang kita hadap ini, adalah untuk membantu kita mengenal pasti, yang mana betul, dan yang mana silapnya yang kita buat. Dan yang paling penting, inilah proses untuk kita uji kekuatan mental dan emosi kita dalam menguruskan perniagaan.
Selepas itu, proses akan terus berkembang. Kita melalui pula proses untuk mengenal pasti apa langkah seterusnya demi mengekalkan rentak atau mengembangkan perniagaan kita. Jatuh bangun, suka duka dalam proses ini, pasti kita akan tempuhi dan alaminya. Ini lah proses sebenar. Hanya yang kental sahaja akan terus peroleh pengalaman dan dapat belajar sesuatu.
Tempuhi untuk kejayaan
Kita takkan boleh pergi jauh, sekiranya kita cuba untuk skip proses proses ini. Mahu tak mahu, inilah proses yang dah dilalui dan ditempuhi oleh orang orang sebelum kita. Betul, zaman berubah, tapi tak semestinya proses yang harus dilalui juga turut berubah.
Proses proses inilah yang sebenarnya mematangkan kita, mengajar kita dan memberi panduan untuk kita dalam menjalani kehidupan kita seharian. Ada kalanya, kita cuba untuk melangkaui proses, tapi kebiasaaanya, peratus kita akan tersekat adalah tinggi.
Segala jenis proses, adalah perjalanan yang wajib kita jalani. Tanpa melalui proses tertentu, belum tentu kita cukup bersedia untuk menjalani apa jua cabaran yang akan datang. Jadi, lihatlah dan terimalah proses ini sebagai pelengkap perjalanan menuju kejayaan kita.
SayaMeso
Leave a Reply