• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Umum / pengalaman / Pengalaman ramadhan di negara orang

Pengalaman ramadhan di negara orang

5 May 2019 by meso Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Bila masuk ramadhan, pastinya abam akan teringat pengalaman abam berpuasa di negara orang. 5 tahun juga lah, abam merasa berpuasa di negara orang. Raya pun sama, cuma sempatlah sekali beraya di malaysia kalau tak silap, sebab kebetulan raya jatuh waktu cuti panjang.

Teringat kenangan tiap kali ramadhan
Teringat kenangan tiap kali ramadhan

Suasana Ramadhan

Sewaktu di jepun dulu, bulan ramadhan sama sahaja macam bulan bulan yang lain. Tiada suasana pergi terawikh, tiada kemeriahan bazar ramadhan, tiada kalut kalut beli juadah berbuka, pendek kata, macam bulan bulan yang lain, biasa sahaja. Silap silap boleh terlupa tau. Hahaha

Kelas berjalan seperti biasa. Tiada keistimewaan untuk kami yang beragama islam ni. Rakan rakan jepun, mulanya tak faham kenapa kami tak makan. Jenuh juga lah untuk terangkan. Lama kelamaan, mereka boleh faham, dan tiada lagi dah gurau gurau makan depan kami. Sabar jerlah! Hahaha!

Rakan rakan se batch ketika di jepun
Rakan rakan se batch ketika di jepun

Sesekala, syahdu jugak rasa. Yer lah, berjauhan dari keluarga, tiada kemeriahan, riuh rendah berbuka beramai ramai, rindu pada keluarga, tiba tiba jadi menebal tiap kali masuk ramadhan. Biasanya, pada bulan ramadhan, kami akan telefon mak ayah dekat dekat waktu berbuka. Waktu itulah, tanya mak ayah berbuka lauk apa, masak lauk apa, dan dengar kecoh adik beradik di belakang, alahai, syahdu sangat. Tapi mak ayah pandai jaga hati, tiap kali telefon, tiap kali itulah mereka cakap lauk biasa biasa jer. Takut anak dia sedih di negara orang la tu. Hahaha

Menu berbuka, sama sahaja macam hari hari yang lain. Tiada yang istimewa, dan asal boleh makan, itulah jadi menu kami. Kadang berbuka hanya makan roti atau makan lauk yang dimasak sehari dua sebelum ini. Sahur pun sama, tiada yang istimewa. Selalunya, memang tak bangun pun. Siapalah yang rajin nak bangun masak pagi pagi kan? Selalunya makan lewat malam, terus dikira bersahur dah.

Waktu puasa yang berbeza

Satu yang abam suka berpuasa di negara orang ni, ialah waktu berpuasa di sana awal. Ada sekali, bulan puasa jatuh pada musim sejuk, aha, memang berapa jam sahajalah waktu siang. Kadang, matahari pun tak nampak, sejuk dan tidak letih pun. Tau tau dah masuk waktu berbuka. Sebulan puasa, rasa sekejap jer. Kalaulah tiap tiap tahun macam tu, kan seronok.

Tapi yang perit. bila bulan ramadhan jatuh pada musim panas. Aduh, panasnya disini adalah jenis panas kering. Waktu siang nya panjang berbanding malaysia. Memang mencabar, nak ke kuliah pun kadang tak larat. Jadi musim musim macam ni, memang kadar ponteng kuliah memang tinggi lah. Adoi, rosak rekod kedatangan. Hahaha.

Keluarga kecil

Sesekala, di hujung minggu, kami yang tak berapa ramai ni, akan berkumpul di rumah senior untuk berbuka bersama. Biasanya, geng perempuan lah yang akan masak. Kami lelaki ni, hanya selesaikan urusan beli barang dan datang untuk makan sahaja. Walaupun kami tak ramai, tapi bila berbuka beramai ramai ni, dapat lah juga ubat kerinduan merasai suasana ramadhan di kampung.

Selepas berbuka, kami akan sambung dengan terawikh bersama dan selepas itu pergi keluar minum atau hanya berborak borak sepanjang malam. Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Nak moreh pun, tak banyak tempat yang boleh kami lepak dan makan. Nasib lah badan.

Sekali sekala berkumpul beramai ramai ubat rindu keriuhan berbuka di kampung
Sekali sekala berkumpul beramai ramai ubat rindu keriuhan berbuka di kampung

Tapi itu hanya di hujung minggu sahajalah. Hari hari biasa, kami hanya lepak di rumah masing masing. Kadang kadang waktu larat, kami akan habiskan petang kami bermain bola, pergi jalan jalan bersama dan banyaknya, kami hanya tidur atau main game dirumah. Pergerakan terbatas la sikit, semua tak tahan godaan kalau keluar kot. Yer lah, jepun di sana bukannya puasa kan? Jadi jalan selamat, duduk sahaja di rumah, menunggu waktu berbuka.

Apapun, bersyukurlah ada kawan kawan dan keluarga kecil kami ni. Sekurang kurangnya, dapatlah juga mengubat syahdu berpuasa keseorangan. Terima kasih sahabat, kenangan ini pasti dikenang sampai bila bila.

Pengalaman yang best

Memang jika diingat balik, agak sedih hidup di negara orang ni. Lagi lagi bila bulan ramadhan dan syawal. Tapi apakan daya, kita di negara orang, kenalah bertahan. Tapi bila dikenang kenang balik, pengalaman ini lah yang mengajar kami kuat dan cekal. Iktiar hidup bersendirian di negara orang, memaksa kami untuk matang menguruskan kehidupan kami. Memang betul, jika anda ingin berkelana di negara orang, kenalah bersedia mental dan emosi ok. Jangan pergi sana, nangis sorang sorang tau. Susah nanti. Hehehe

Rakan rakan jadi keluarga ketika di sana
Rakan rakan jadi keluarga ketika di sana

Pengalaman lebih 10 tahun lepas, masih segar dalam ingatan, dan tiap kali ramadahan, pasti akan tersenyum keseorangan teringatkan pengalaman hidup di negara orang.

SayaMeso Pengalaman mematangkan!

Artikel menarik untuk anda:

3 tips kekal cergas di bulan ramadhan

3 tips kekal cergas di bulan ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Bulan ramadhan, adalah bulan yang dinanti nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia….... Baca selanjutnya »

3 perkara best jadi orang sales

3 perkara best jadi orang sales

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!2019, cukup 6 tahun sejak abam mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjaya abam sebagai…... Baca selanjutnya »

Pengalaman di tahan polis Jepun

Pengalaman di tahan polis Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat.Mungkin ramai sahabat abam yang ada pengalaman di tahan polis kan? Tak kiralah kesalahan…... Baca selanjutnya »

Pengalaman berkunjung ke perkuburan Ma’la

Pengalaman berkunjung ke perkuburan Ma’la

Assalamualaikum & Salam sejahtera sahabat!Hi semua, berjumpa lagi kita di blog abam meso ni. Terima kasih sudi singgah. ... Baca selanjutnya »

Pengalaman anak bedah apendiks

Pengalaman anak bedah apendiks

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Sakit apendiks, satu jenis sakit yang biasa kita dengar, tapi tak semua pernah merasainya….... Baca selanjutnya »

Filed Under: pengalaman, Umum Tagged With: blog meso, kenangan bermakna, kenangan ramadhan di negara orang, menjelang ramadhan, pengalaman hidup, ramadhan di negara orang

Previous Post: « 3 tips kekal cergas di bulan ramadhan
Next Post: Proses kunci kejayaan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme