• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Umum / pengalaman / Pengalaman “Dry Socket Management”

Pengalaman “Dry Socket Management”

11 May 2019 by meso 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Sapa pernah cabut gigi geraham? Pasti ramai dah pernah merasa kan? Macam macam versi ada, cabut geraham bongsu, cabut geraham utama, ada yang buat pembedahan dan ada yang cabut manual jer.

Entry kali ni, abam nak kongsikan pengalaman abam pasal cabut geraham utama dan yang penting, pengalaman buat dry socket management selepas cabut. Kali pertama abam dengar istilah tu, pengalaman baru juga la untuk abam.

Gigi berlubang dan proses cabut

Gigi geraham abam, mulanya dah pernah tampal, lama dulu. Tak ingat tahun bila. Tapi sejak akhir akhir ni, kembali sakit. Tiap kali lepas makan, memang akan mencucuk cucuk. Abam dah suspek dah, mesti tampalan rosak atau ada crack.

Lepas beberapa hari asyik sakit jer, abam buat keputusan pergi klinik untuk periksa. Memang betul, rupanya tampalan lama tu dah crack. Jadi, makanan akan masuk ke lubang tiap kali makan, dan itulah yang sebabkan sakit.

Rawatan gigi

Doktor bertindak dengan mencabut tampalan lama dan menurutnya, lubang pada gigi abam dah terlalu dalam, dah hampir dengan akar. Patutlah abam sakit sangat. Doktor syorkan samada buat rawatan akar atau cabut sahaja gigi geraham itu, jika tak, abam akan terus akan alami sakit walaupon ditampal balik.
Setelah berbincang, abam ambil keputusan untuk cabut.

Dalam 1/2 jam lebih juga doktor ambil masa untuk cabut gigi geraham abam. Bermula dengan 2 suntikan bius, dan yang lamanya ialah proses cabut tu sendiri. Yerla, gigi tengah kuat, dan menurut doktor, gigi geraham utama ni ada 3 akar, dan itu yang buatkan ia susah dicabut. Akhirnya, tercabut juga gigi tu. Fuhh, terasa tekanan bila doktor cuba goyangkan gigi dan cabut tu. Kepala abam terpaksa di pegang, takut takut bergerak akibat tekanan. Cuak juga waktu tu, dalam hati, doa jer agar cepat selesai.

Sengsara selepas cabut

Selepas selesai cabut, abam duk harapkan ubat bius bertahan lama. Tapi meleset sama sekali, keluar jer bilik doktor, abam mula rasa sakit sangat. Sakitnya sampai menangkap ke kepala. Nak bergerak pun terasa bengang kepala. Tiada pilihan lain, abam hanya mampu bertahan dengan ubat tahan sakit sahaja.

Sakit gigi memang sengsara

Balik rumah, abam tak mampu buat apa. Nak tidur pun tak boleh. Berdiri salah, duduk salah, baring salah, pendek kata semua tak kena. Sakit sangat. Ada kala, abam telan sampai 2 biji ubat tahan sakit, ada kala abam tuam dengan ais, kadang lega, dan kadang sakit balik. Sepanjang hari, abam berada dalam keadaan sakit. Hanya minum air sejuk sahaja yang bantu legakan sikit sakit. Fuh, menitik air mata jantan abam. Hahaha

Sakit masih terasa keesokan harinya. Abam dah rasa pelik, sebab menurut rakan rakan, patutnya lepas cabut, dah tak sakit sangat dah. Ada tak kena ni fikir abam. Sambil sambil menahan sakit, abam buat keputusan untuk pergi ke klinik lain. Saja, nak dengar pendapat dari doktor lain pula. Tak tahan sangat dah sakit ni.

Dry Socket Management

Selepas 2 hari menanggung sakit, abam akhirnya pergi ke klinik lain. Abam mengadu apa sakit abam dan doktor terus mulakan periksa. Rupanya, menurut doktor, masih ada lagi sisa makanan lama dan bakteria bakteria dah mula berkumpul pada lubang bekas cabutan geraham abam. Patutlah sakit sangat. Menurutnya lagi, memang di kawasan itu, susah nak nampak, jadi kena check betul betul. Biasanya, kalau sakit selepas cabut, pasti disebabkan bakteria.

Dry Socket Management

Jadi doktor syorkan untuk buat rawatan “Dry Socket Management”. Dry socket management ini, sebenarnya ialah proses cuci balik bahagian dalam lubang gusi yang sakit tadi. Doktor akan bius balik gusi abam, korek lubang tadi untuk buang sisa makanan dan bakteria yang ada dan akhirnya cuci dengan ubat. Selepas itu, barulah doktor akan masukkan ubat di bahagian tadi.

Fuh, pertama kali abam dengar proses itu. Dengar macam gerun dan aduhai, kea bius lagi. Sakit! Tapi abam tiada pilihan dah. Lepas tandatangan surat kebenaran, doktor pon mulakan rawatan. Dah la tengah sakit, kena pula jarum bius, aduhh, sakit sangat. Demi nak baik, abam relakan sahaja lah.

Doktor pun mulakan proses cuci, dan waktu dibuang benda benda dalam gusi abam, bau busuk sangat. Menurut doktor, itu tandanya bakteria memang banyak. Bakteria inilah yang buat bau busuk tu. Selepas 1/2 jam lebih kurang, proses pun selesai. Macam biasa, abam diberikan ubat tahan sakit dan doktor suruh bersedia untuk tahan sakit selepas ubat bius hilang. Aduhai, sengsara lagi la nanti fikir abam.

Sakit berkurang

Alhamdulillah, selepas proses tadi, sakit abam semakin surut. Dah tak sakit macam mula mula dah. Memang pakar la doktor gigi tu. Syukur abam buat keputusan untuk periksa semula. Kalau tak, mungkin abam akan duk berterusan sakit. Dry socket management, pengalaman pertama abam dalam hidup dan alhamdulillah, sangat membantu.

Apapun, nasihat abam, jagalah kebersihan gigi betul betul. Jujur abam katakan, yang sebelum ni, abam tak berapa kisah sangat. Sekadar berus gigi sahaja tak cukup. Doktor nasihatkan untuk guna flos dan listerine untuk pastikan gigi betul betul bersih selepas makan. Sisa makanan yang melekat itulah, punca segala sakit pada gigi kita. Nasihat abam, tak perlu la kot, saja saja nak rasa sakit gigi macam abam ni, sengsara sangat. Jagalah kesihatan dan kebersihan gigi ok, kalau taknak sengsara!

SayaMeso
Taknak dah sakit gigi!

Artikel menarik untuk anda:

Risiko gosok gigi selepas makan

Risiko gosok gigi selepas makan

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Pagi ni, sambil sambil abam memandu ke ofis, abam layan radio era. Sambil sambil…... Baca selanjutnya »

Pengalaman berkunjung ke perkuburan Ma’la

Pengalaman berkunjung ke perkuburan Ma’la

Assalamualaikum & Salam sejahtera sahabat!Hi semua, berjumpa lagi kita di blog abam meso ni. Terima kasih sudi singgah. ... Baca selanjutnya »

Pengalaman di tahan polis Jepun

Pengalaman di tahan polis Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat.Mungkin ramai sahabat abam yang ada pengalaman di tahan polis kan? Tak kiralah kesalahan…... Baca selanjutnya »

Pengalaman anak bedah apendiks

Pengalaman anak bedah apendiks

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Sakit apendiks, satu jenis sakit yang biasa kita dengar, tapi tak semua pernah merasainya….... Baca selanjutnya »

Pengalaman ramadhan di negara orang

Pengalaman ramadhan di negara orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Bila masuk ramadhan, pastinya abam akan teringat pengalaman abam berpuasa di negara orang. 5…... Baca selanjutnya »

Filed Under: pengalaman, Umum Tagged With: blog meso, cabut geraham, dry socket mangement, gigi berlubang, pengalaman pertama, rawatan gigi

Previous Post: « 3 sikap jurujual yang patut dielakkan
Next Post: 3 jenis tulisan jepun »

Reader Interactions

Comments

  1. Zh Han

    18 November 2019 at 8:10 am

    Salam encik meso, saya nak tanya pengalaman encik meso cabut gigi geraham boleh kan?
    Semalam saya baru lepas buat surgery yang sama, cabut geraham bungsu sbb gusi saya dah bengkak. Alhamdullilah cabut tu ok, cuma gusi saya ditinggalkan berlubang tak berjahit mcm gusi encik meso. Soalan saya :-
    1. Selepas cabut, bila encik meso boleh start gosok gigi?
    2. Berapa lama pendarahan encik meso?
    3. Macam mana dengan proses penyembuhan gusi? Lama tak nak tunggu lubang tertutup?
    4. Dari segi pemakanan pulak, mcm mana? Saya takut nak makan sbb takut makanan masuk dalam lubang gusi

    Terima kasih encik meso. Harapnya dapat lah encik meso menjawab pengalaman encik meso utk rujukan saya. Semlm lepas cabut gigi tu saya terlampau menggigil sampai tak terdaya nak tanya soalan pada doctor. Looking forward to hear from u soon..

    Reply
    • meso

      3 January 2020 at 2:27 pm

      Hi Wanie, sorry for late reply. Hoping that ur sakit gigi is ok now.
      nak jawab pon takut u dah ok. hahaha. Unless, if still need it, i can answer.
      But seriusly hope u dah ok. Perit kenang bab sakit gigi ni 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme