Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat.
Mungkin ramai sahabat abam yang ada pengalaman di tahan polis kan? Tak kiralah kesalahan besar atau kecil. Pengalaman hidup tu. Hehehe
Entry kali ini, abam nak berkongsi satu pengalaman abam sendiri ketika belajar di jepun. Satu pengalaman yang abam akan ingat sampai bila bila. Cuak pun ada, nak tergelak pun ada. Haha!
Kerja sambilan
Semasa di jepun, waktu tu abam berada dalam tahun ke-5 di sana, ada hampir 6 bulan lagi sebelum abam tamat pengajian, abam bekerja sambilan sebagai penghantar surat khabar. Biasalah, nak carik duit lebih bawa balik nanti. Hehehe
Penghantar surat khabar di jepun, berbeza sikit dengan yang pernah kita tengok di negara orang putih. Di jepun ni, tak boleh baling baling dari jauh sesuka hati. Ada peraturan dan semua bergantung pada permintaan pelanggan.
Ada yang kena letak di dalam peti surat, ada yang kena letak depan pintu, ada yang kena selit di pemegang pintu, ada yang kena letak dalam kotak, dan macam macam lagi. Awalnya abam pon stress, mana nak hafal rumah lagi, mana nak hafal tempat letak lagi. Adoii, ikut rules sangat orang jepun ni.
Bayangkan, sehari, bermula jam 3 pagi abam kena habiskan sebanyak 300 rumah sebelum jam 5 pagi. Ada rumah yang dekat dekat, ada yang jauh. Setiap hari tau, tak kiralah hujan ke, salji ke, wajib hantar setiap hari. Hahaha mencabar kan? Penat, tapi berbaloi gajinya. Jadi abam layan sahaja la.
Kena tahan polis
Abam gunakan motor sendiri untuk hantar surat khabar. Malas nak guna motor syarikat, takut rosak ke apa, susah pula. Lagipon motor sendiri, sedap la nak lenjan.
Satu pagi, abam hantar surat khabar macam biasa. Dah nak hampir habis dah pagi tu. Rumah ni, agak terpesorok di celah celah banggunan. Abam masuklah di celah celah banggunan tu dan hantar macam biasa. Takder apa masalah.
Elok habis hantar, abam dengan pantas nya memecut motor nak keluar ke jalan besar. Baru jer keluar dari celah celah banggunan itu, tiba tiba, abam nampak lampu siren merah biru, diselangi suara dari pembesar suara.
“Gensha wo, tomete kudasai!” – sila hentikan motor anda. Terkejut abam! “Ahhh sudah, polis!” kata abam. Rupanya, ada sebuah kereta peronda polis, dah standby di tepi jalan. Ntah macam mana, pagi tu boleh ada pula polis pukul 3 pagi. Tak pernah ada sebelum ni. Malang betul pagi tu!
Abam terus berhentikan motor di tepi jalan. Surat khabar ada sikit lagi belum di hantar. Encik encik polis pon turun dari kereta dan menghampiri abam. “Unten menkyou wo, misete kudasai” – tolong tunjukkan lesen memandu anda. Kata salah seorang polis tadi.
Abam dengan konfiden nya, bukalah tempat simpan barang nak cari lesen. Memang selalunya, abam akan bawa “international license” bersama. Abam cari cari, tak jumpa. Abam lupa bawa lesen! Adoii, tepuk dahi abam pagi tu!
Naik kereta polis
Selepas berbual, encik polis tu terangkan kesalahan abam. Rupanya, abam salah sebab melintas tempat pejalan kali dengan motor. Huh, jam 3 pagi, orang pon takde, huwaaa! Tapi apa nak buat, jepun memang terkenal dengan disiplin nya. Tak boleh, memang tak boleh!
Encik polis terangkan lagi, sebenarnya abam boleh sekadar diberi “warning” sahaja, tapi disebabkan lesen tiada, dah jadi kesalahan lain pula. Mereka kata ini yang berat. Jadi abam tak boleh di warning sahaja.
Dalam kepala abam, dah mula pikir pasal saman. Risau bukan kepalang, sebab abam tau, saman di jepun memang mahal. Mati nak membayar nya.
Abam cuba merayu, dan terangkan yang abam terlupa bawa lesen. Encik polis bagi can, dan setuju untuk bawa abang balik ke rumah untuk ambil lesen.
Jadi untuk pertama kalinya, abam dapatlah naik kereta polis jepun. Dari risau, jadi excited pula. Hahaha. Abam di bawa ke rumah dan abam masuk ke rumah bersama encik encik polis. Fuhh, pertama kali polis siap masuk rumah. Polis jepun pula tu! Hahaha.
Malang tak berbau. Lesen tak dijumpai. Adoi, waktu macam ni lah, cari lesen tak jumpa. Abam lupa terus mana abam letak. Cari punya cari, memang tak jumpa. Sekali lagi abam gelabah! Adoiii betul malang kali ni!
Dibawa ke balai polis
Disebabkan tak jumpa lesen, maka abam terpaksa di bawa ke balai polis. Pertama kali abam masuk balai polis jepun. Balai polis malaysia memang dah selalu masuk, sebab abam anak polis. Jadi excited lah, bila masuk balai polis oversea! Hahahah
Abam dibawa masuk ke bilik menunggu. Ada satu meja, ada satu lampu meja, dan yang lain hanya dinding. Dah macam buat jenayah berat dah gayanya, sampai kena masuk bilik soal siasat. Hadoii.
Abam duk terbayang abam kena belasah dah waktu tu. Pengaruh filem hollywood la tu! Tapi memang cuak, tapi dalam hati abam, abam duk tertanya tanya, dah takder kerja ke polis jepun ni? Kes lesen pon dah macam ni. Hahaha
Lama jugak abam dalam bilik tu. Encik polis datang soal siasat sikit, tapi takderlah sampai kena pukul apa semua tu. Terlampau imaginasi plak abam ni. Elok jer mereka tanya, siap bagi minum apa semua dan sepanjang pagi tu, abam banyak menunggu sahaja. Sempat la jugak tertido. Huwa, mengantuk, dari jam 3 pagi tak tido kan.
Akhirnya dapat balik
Hampir jam 11 pagi, barulah semuanya selesai. Fuh, 8 jam juga dari mula ditahan sampai selesai. Memang lemau abam hari tu. Terpaksa la ponteng kuliah hari tu. Huhuhu.
Abam diberitahu, yang abam akan dikenakan saman dan akan dipanggil di mahkamah. Jumlah saman, bernilai RM10 ribu! Tapi abam boleh buat rayuan di mahkamah nanti. Yang paling sadis, kalau abam tak bayar, mungkin tindakan lagi berat akan dikenakan dan paling perit, abam akan dihantar pulang tanpa tamat belajar. Sekarang, abam kena tunggu surat sahaja untuk dipanggil.
Tuhan sahaja yang tau perasaan abam waktu itu. Risau, takut dan macam macam. Mula keesokan harinya, setiap hari abam akan periksa peti surat abam, takut takut dapat surat. Kepala ni risau jer, takut sampai diberhentikan. Duk pikir mak ayah yang kecewa, mak ayah sedih. Huwaa risau setiap hari.
Syukur alhamdulillah
6 bulan berlalu, sampailah masa abam untuk balik ke Malaysia. Abam dah berjaya tamatkan pengajian. Alhamdulillah. Tapi yang paling abam bersyukur, surat dari mahkamah tak sampai sampai.
Mereka terlupa nak post ke atau mereka bagi pengampunan ke atau mereka saja nak gertak ke, itu abam tak pastilah. Yang penting, surat tak sampai. Dapatlah abam bawa balik duit simpanan balik. Yeayy!!
Pengalaman yang tak dapat dilupakan
Pengalaman ini banyak beri erti pada abam. Erti syukur terlepas dari denda dan yang paling penting, ajar abam untuk menjaga peraturan. Lagi lagi di tempat orang, disiplin harus dijaga.
Mujurlah segalanya selesai. Cuma pesan abam, pastikan anda jangan cuba untuk langgar peraturan ok. Pening kepala nak uruskan nanti.
Apa pon, inilah salah satu pengalaman abam di jepun yang takkan abam lupakan. Insyaallah abam akan kongsikan lagi pengalaman pengalaman lain di lain entry ok.
Bye dan jumpa lagi!
Wahhh. Pengalaman yg mmg medebarkan. Syukur alhamdulillah surat tak smpi 😅
heheheh alhamdulillah. Itula tuh, kalau polis kita, bleh la nak kautim. 😀
Fuhhh suspen. Jangan pulak pak polis jepun hantar alamat cheras lah yaa😂😂😂
Nice sharing, seronok baca
Kena jadi follower tegar ni
Sarena recently posted…Aktiviti Snorkelling di Pulau Perhentian