• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Umum / pengalaman / Pengalaman anak bedah apendiks

Pengalaman anak bedah apendiks

3 May 2019 by meso Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Sakit apendiks, satu jenis sakit yang biasa kita dengar, tapi tak semua pernah merasainya. Apendiks ini adalah satu bahagian di bahagian paling hujung usus dan ia adalah antara bahagian dalam tubuh manusia yang tidak mempunyai fungsi khusus untuk kita. Sakit apendiks ini ada kalanya tidak memerlukan pembedahan, tapi jika boleh membahayakan, pembedahan adalah perlu.

Pengalaman

Bulan april 2018 yang lepas, abam sendiri merasai pengalaman yang agak mendebarkan. Anak sulung abam sendiri, telah mengalami sakit apendiks yang agak serius sehingga memerlukan pembedahan buang apendiks. Pengalaman ini adalah pengalaman pertama abam sendiri. Sebelum ni, pernah dengar kawan kawan alami sakit yang sama, tapi tak sangka, pengalaman ini abam rasai sendiri. Yang lebih mendebarkan ialah, anak abam sendiri yang sakit. Risau juga, tak pernah alami kan.

Keadaan sebelum buat pembedahan
Keadaan sebelum buat pembedahan

Abam ingat lagi, simptom awal yang ditunjukkan ialah dia mengadu sakit sakit perut, senak dan lebih ketara adalah di waktu pagi, ketika hendak bangun dari tido. Pada mulanya, kami tak ragu apa apa, mungkin sakit perut biasa atau mungkin kesan biasa dari latihan bola sepaknya.

Hinggalah pada suatu petang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas sekolah, anak abam tiba tiba mengadu sakit yang kuat di bahagian kanan perut. Ketika itu, maknya yang jemput dari sekolah. Agak panik juga, dan mereka terus pulang ke rumah untuk siap siap ke klinik.

Didiagnos apendiks

Sampai di klinik. doktor buat sedikit test fizikal, dan tekan tekan bahagian perut. Sah, doktor sahkan yang dia ada masalah apendiks. Jadi, tanpa periksa lama, doktor sediakan kami surat khas untuk rujuk anak abam ke hospital. Keadaan dia agak dah teruk dan terpaksa dibawa ke hospital segera.

Abam dah risau. Apapun, wajib ke hospital untuk mengesahkan dan terus ambil tindakan segera tentang kes dia. Abam hanya ikut nasihat doktor, dan tanpa pikir panjang, kami terus ke Hospital Glen Eagle Cheras dan berjumpa doktor pakar. Di bahagian emergency, doktor yang bertugas periksa dan mereka cadangkan untuk lakukan pembedahan membuang apendiks itu. Abam hanya setuju, dan yakin dengan keputusan doktor. Memang sah, anak abam sedang alami sakit yang teruk, dan memerlukan pembedahan.

Pembedahan buang apendiks

Selepas sehari, pembedahan harus dilakukan. Antibiotik dah tak boleh tampung kesakitan. Jadi pembedahan buang adalah yang terbaik. Abam ingat lagi, waktu tu awal malam tak silap, dalam jam 8 malam, anak abam dimasukkan ke dewan pembedahan. Sempatlah abam teman, bagi kata kata semangat. Dari riak mukanya, memang takut bila tahu akan dibedah, tapi mungkin akibat sakit, dia pun semacam pasrah. Kesian tengok dia waktu tu, menahan sakit.

Sempat teman untuk bagi semangat
Sempat teman untuk bagi semangat

Pembedahan ambil masa selama 3 jam lebih, walaupun biasanya menurut doktor, hanya 1 jam sahaja masa yang diperlukan. Jadi, jujurnya kami dah risau menunggu. Takut takut ada benda tak sedap pula terjadi. Siapa lah yang tak ada perasaan kan bila tengok anak sediri yang sakit. Setelah selesai, dia ditolak dari bilik pembedahan dan abam berjumpa dengan doktor. Menurut doktor, mereka terpaksa ambil masa yang sedikit lama, disebabkan apendiks anak abam dah mula bernanah dan pecah. Malah, dia terpaksa di bedah di bahagian depan perut, bukannya di tempat biasa iaitu dibahagian tepi perut. Doktor tunjukkan bahagian yang dipotong. Boleh tahan besar apendiks yang dipotong. Mungkin banyak yang sudah rosak akibat kuman dari apendiks itu sendiri.

Diletakkan di wad ICU

Disebabkan apendiks dia pecah, dan berisiko dengan jangkitan kuman di dalam usus, maka anak abam ditempatkan di wad icu untuk pemerhatian lengkap. Keadaan dia amat lemah. Mungkin juga kesan dari bius pembedahan. Melihat dia tido, kelemahan, buat abam sedih. Tapi ada sedikit kelegaan kerana masalah utama dah dibuang.

Ditempatkan di wad icu selama 4-5 hari
Ditempatkan di wad icu selama 4-5 hari

Lebih kurang 4-5 hari juga, dia diletakkan di ICU. Disebabkan ICU tak boleh dilawati sesuka hati, maka malam abam teman dia, abam hanya tidur di bilik menunggu sahaja. Alhamdulillah, sikit demi sikit, sakitnya berkurangan dan dia dah mula boleh makan dan minum. Syukur sangat pembedahan buang apendiks itu berjaya dan anak abam pon semakin cergas. Selepas hampir seminggu di ICU, akhirnya anak abam dibenarkan pulang.

Jaga makan

Sewaktu di hospital, sempat jugalah berborak dengan doktor, berkenaan sakit apendiks ini. Menurut doktor pakar, apendiks ini berkait dengan pemakanan kita. Biasanya, saki baki makanan, akan berkumpul di bahagian apendiks ini. Ianya perlu dicuci dengan kerap dengan banyak minum air masak. Maka, dengan kekurangan air dalam badan, membuatkan sisa tadi tak dicuci. Lama kelamaan, sisa makanan tadi akan berkumpul dan bila terlalu lama, ruang apendiks tidak boleh lagi dimasuk sebab penuh dan akhirnya keadaan ini lah menyebabkan sakit apendiks.

Apapun, syukur alhamdulillah semuanya selamat. Kesan di perut yang agak besar, jadi bukti yang dia pernah alami pembedahan. Dinasihatkan untuk banyak makanan berkhasiat, sayur dan pastikan minum yang bersih. Satu lagi, perhatikan keadaan anak dari mula. Jika mereka mengadu sakit sakit perut di belah kanan, cepat cepatlah bawa ke hospital ok.

Alhamdulillah syukur dan pengalaman ini sangat bermakna untuk abam.

SayaMeso
Pengalaman bermakna!

Artikel menarik untuk anda:

Belajar dari anak anak

Belajar dari anak anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Percaya atau tidak, sebenarnya kita boleh banyak belajar dari anak anak sekeliling kita. Menarik…... Baca selanjutnya »

Pengalaman kerja sambilan di jepun

Pengalaman kerja sambilan di jepun

Abam dahulu, ambil ijazah di University of Yamanashi, Japan. Selepas menduduki SPM pada tahun 2000, abam melanjutkan pengajian di Ambang…... Baca selanjutnya »

Pengalaman di tahan polis Jepun

Pengalaman di tahan polis Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat.Mungkin ramai sahabat abam yang ada pengalaman di tahan polis kan? Tak kiralah kesalahan…... Baca selanjutnya »

Pengalaman berkunjung ke perkuburan Ma’la

Pengalaman berkunjung ke perkuburan Ma’la

Assalamualaikum & Salam sejahtera sahabat!Hi semua, berjumpa lagi kita di blog abam meso ni. Terima kasih sudi singgah. ... Baca selanjutnya »

Pengalaman ramadhan di negara orang

Pengalaman ramadhan di negara orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Bila masuk ramadhan, pastinya abam akan teringat pengalaman abam berpuasa di negara orang. 5…... Baca selanjutnya »

Filed Under: pengalaman, Umum Tagged With: apendiks, blog meso, buang apendiks, pengalaman sendiri, sakit biasa

Previous Post: « 3 perkara best jadi orang sales
Next Post: 3 tips kekal cergas di bulan ramadhan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme