Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!
Sejak sebulan yang lepas, abam sedang cuba untuk menulis dalam blog abam ini. Bermula tanpa apa apa pengalaman menulis, abam bermula bersama sama rakan rakan sekerja abam dan sehingga kini, kami dalam proses untuk terus menulis.
Sebenarnya, abam sedang dalam proses belajar tentang menulis blog. Memang satu benda yang baru, tak pernah terpikir pun sebelum ni, tapi bagi abam, tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru kan? Ada benda yang kami sedang usahakan. Hehe
Cabaran
Bila bermula dengan tanpa pengalaman apa apa ni, dah pasti banyak cabaran yang muncul. Benda tak pernah pun terpikir akan buat, memang agak terkejut pada mulanya. Jujur abam katakan, memang ada lah suara suara biawak yang membisik, seksa juga nak menghadap nya.
Terasa berat jer nak mulakan, hampir negatif dah pemikiran ni jadinya. Biasalah, tak nampak lagi kan kepentingan dan apa manfaat nya. Tapi atas dasar tanggungjawab dan atas faktor jawatan, abam gagahkan jua. Yerlah, bila kita berjawatan, nak taknak, kena ada tanggungjawab sikit kan? Sebaga contoh untuk anak anak buah, dan Itulah jadi bahan penggerak awal awal ni.
Alhamdulillah, semakin lama, semakin faham dan nampak, kemana semua ini terarah, apa objektif dan apa yang nak diharapkan nanti. Bila dah mula nampak, walaupun bukan 100%, tapi dah cukup buat abam bersemangat. Optimis mungkin atau dalam erti kata lain, dengan harapan menjadilah.
Menulis untuk menyampaikan
Antara yang menjadi motivasi bagi abam meneruskan penulisan ini ialah, dari kata kata cikgu kami sendiri iaitu “Menulis untuk menyampaikan perkara yang bermanfaat kepada ramai orang”. Masih teringat lagi, kami masing masing mencari sebab dan kekuatan untuk menulis dulu, jadi itulah antara yang cikgu kami pesan.
Pada mulanya memang tak faham, tapi abam cuba kaitkan dengan kerjaya abam sekarang. Memang betul, kerja seharian abam, memang menuntut untuk berkomunikasi dengan ramai orang. Kadang untuk mendengar masalah, kadang untuk beri motivasi, kadang untuk mengajar, pendek kata macam macam lah tugasan yang ada. Begitulah, bila bekerja dengan orang kan.
Tapi, disebabkan faktor inilah, abam mengubah persepsi abam tentang penulisan blog ini, dan bagi abam, abam anggap medan ini adalah salah satu medan untuk abam sampaikan kepada anak anak buah atau orang lain, apa yang abam rasakan bermanfaat. Sama sahaja konsepnya. hanya untuk mengajar, tapi dalam bentuk yang bertulis. Mungkin, ada dikalangan mereka, yang boleh terkesan melalui pembacaan. Apapun, “menulis untuk menyampaikan” jadi motivasi abam sendiri untuk terus istiqomah menulis, selagi terdaya.
Moga istiqomah
Masih panjang perjalanan ini. Masih banyak yang abam harus belajar, harus tempuhi, dan harus kuasai. InsyaAllah, moga abam terus dikurniakan ilham untuk terus menyampaikan apa yang dirasakan bermanfaat.
Cuma bagi abam, abam setuju dengan idea “menulis untuk menyampaikan” ini. Mungkin agak janggal sebab belum biasa, tapi abam yakin dengan panduan dan tunjuk ajar dari cikgu, niat abam tadi boleh tercapai. Apapun, abam hanya harapkan yang semua penulisan ini, membantu sedikit sebanyak, kepada ramai orang di luar sana. Moga dapat beri impak positif kepada orang lain.
Doakan abam ok, dan marilah, kita gunakan semua peluang yang ada untuk terus beri sedikit sebanyak manfaat pada orang lain. Itulah kejayaan yang hakiki kita!
SayaMeso Moga istiqomah menyampaikan!
Leave a Reply