• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Umum / pengalaman / Malam untuk mereka

Malam untuk mereka

18 April 2019 by meso Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Semalam, abam menganjurkan satu majlis makan malam kepada pemenang pemenang “Contest” anjuran abam dan para manager abam. Sebenarnya contest ini adalah pada bulan februari lepas, cuma baru berkesempatan untuk meraikan.

Pening juga mulanya nak memilih tempat dan masa. Hajat dihati nak la juga beri sesuatu yang wow kan. Sekali sekala. Masa juga penting, jika dibuat siang, macam tak best. Malam pula, takut susah nak tinggalkan anak anak, terutama kaum wanita.

Restoran Me’nate di bangi

Alhamdulillah, cari punya cari, akhirnya abam memilih Me’nate Bangi untuk majlis ini. Mujurlah semua pemenang pun “free” semalam. Berjaya jugalah kami berkumpul makan bersama sama.

Me’nate

Memang niat di hati, nak belanja mereka di tempat yang wow sikit. Harap Me’nate dapat lah happykan mereka. Tiadalah yang mahal mahal, cuma ada diantara mereka yang baru pertama kali datang ke Me’nate, jadi bagi abam, syukur sangat kerana dapat beri sesuatu yang bermakna pada mereka.

Lebih kurang jam 830, acara makan makan bermula. Masing masing gembira di meja makan. Seronok dan nampak kepuasan. Iya lah, abam tau, mereka penat berusaha, jadi malam ini adalah malam untuk mereka. Masing masing makan sambil berborak, gelak ketawa meriuhkan restoran. Seronok lihat suasana semalam.

Meriah makan semalam
Wajah wajah gembira
Wajah wajah gembira

Kami seramai 17 orang semalam, dinner bersama sama. Alhamdulillah, En. Saiful, incharge booking kami semalam dah sediakan semua hidangan. Tak perlu la kami tunggu lama. Terima kasih dan terbaik!

Masa untuk hadiah

Selesai makan, kami sambung majlis dengan acara pemberian hadiah. Kali ini, abam beri pilihan pada mereka untuk memilih antara Gshock dan cincin emas. Terima kasih pada manager manager abam, kerana sudi bersama sama keluar modal untuk hadiah hadiah ini. Semua nak memberi, terima kasih!

Ini lah yang ditunggu tunggu. Nampak wajah tiap seorang sangat gembira bila nama dipanggil ke depan. Alhamdulillah. Mereka usaha sungguh sungguh dan mereka layak. Ada yang untuk kegunaan sendiri, dan ada juga untuk hadiahkan pada insan tersayang. Abam ok jer, asalkan mereka happy.

Pemenang pemenang dapat hadiah
Manager pun dapat hadiah

Seorang demi seorang dipanggil, untuk menerima hadiah dan bergambar. Habis giliran mereka, giliran manager pula. Untuk manager pon ada hadiah. Jadi alang alang, sekalikan sahaja. Baru lebih kegembiraan kan. Sekali lagi, kecoh restorang dibuatnya, masing masing gembira menerima hadiah. Alhamdulillah, seronok lihat wajah wajah mereka.

Malam yang gembira

Selesai semuanya. Masing masing bergaya dengan hadiah masing masing. Mengabadikan kenangan mereka. Sayangnya abam tak lama kerana anak sulung tak sihat. Jadi terpaksala pulang awal. Tak apalah, asalkan mereka semua gembira.

Bergambar kenangan bersama sama

Apapun, melihat keseronokan mereka semalam, buat abam gembira dan lebih semangat. Mereka memang berusaha sungguh sungguh. Begitu juga yang lain, walaupun tidak menang kali ini. Inilah yang selalu jadi motivasi abam dalam kerja abam sekarang. Semangat mereka, jadi semangat abam sekali. Terima kasih semua.

Sempat bergambar sebelum pulang

InsyaAllah, moga ada rezeki lebih lagi untuk buat lagi. Penat penat bekerja, boleh luang masa sama sama begini. Terasa hilang penat bekerja. Lagipun, rezeki kan untuk dikongsi bersama. Tahniah dan terima kasih semua.

SayaMeso
Moga ukhwah terus terjalin

Artikel menarik untuk anda:

Hari raya untuk mereka

Hari raya untuk mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Tak lama lagi, puasa dah nak tiba. Bermakna, jika dipanjangkan umur, nanti…... Baca selanjutnya »

Menghargai untuk lebih bahagia

Menghargai untuk lebih bahagia

Siapa yang tak sukakan penghargaan kan? Sifat semulajadi manusia, ada kalanya penghargaan dapat memberikan sesuatu, dan dari sebuah penghargaan kecil, mampu untuk…... Baca selanjutnya »

Tragedi menjadi motivasi

Tragedi menjadi motivasi

Teringat peristiwa banjir besar di kelantan satu ketika dulu. Banjir yang sangat beri kesan pada ramai penduduk, terutamanya di kawasan kuala krai….... Baca selanjutnya »

4 perkara penting untuk karier anda

4 perkara penting untuk karier anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Teringat abam ketika masih baru baru sertai pasukan jualan pada 2013 dulu. Ketika tu,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: pengalaman, Umum Tagged With: blog meso, makan malam pasukan, malam penghargaan, motivasi kerja, pasukan jualan, raikan pemenang

Previous Post: « Whatsapp Broadcast – salah satu fungsi bermanfaat dalam whatsapp
Next Post: Teringat permainan zaman kanak kanak dulu »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme