Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat!
Dalam hidup kita sehari hari, ramai orang yang kita jumpa, yang kita lihat kan? Tak kiralah jumpa secara fizikal, atau lihat melalui social media atau mana mana sahaja. Dan percaya tak, yang sebenarnya melalui orang lain, banyak yang kita boleh belajar?
Mungkin ada yang nampak, atau mungkin masih ada yang tak mengerti.
Sumber inspirasi
Sebenarnya, kehidupan sekeliling kita adalah sumber inspirasi atau sumber motivasi yang paling jujur, yang boleh kita peroleh secara percuma sahaja. Tak kisah, samada ianya adalah kisah kejayaan, atau kisah tauladan, asalkan kita pandai untuk melihat apa yang tersirat dan tersurat, pastinya kita akan mampu untuk menggunakannya untuk manfaat kepada diri kita sendiri.
Apa perasaan kita, pabila kita lihat sesorang berjaya atau mencapai apa jua kejayaan dalam hidup mereka? Aha, pernah kan, jumpa atau kenal sesorang yang dulunya tiada apa apa, dan sedikit demi sedikit, dia berjaya mengubah hidupnya dan kini, kehidupan nya kadang kala jauh lebih baik dari kita?
Kita juga biasa kan, jumpa atau kenal sesorang yang dulunya ada kehidupan yang baik, tiba tiba ditimpa ujian atau musibah, menyebabkan hidupnya jadi terumbang ambing. Pernah kan? Dalam social media, dalam drama pun banyak kisah begini. Apalah perasan dan berat mana dugaan yang menimpa, kita sekadar mampu untuk bayangkan sahaja. Pernah kan?
Apa yang kita pelajari dan fahami
Apa jua keadaan, apa jua cerita, apa jua kisah yang kita pernah dengar, kita pernah lihat atau kita pernah ketemu, semuanya ada makna masing masing. Yang menjadi persoalan, bagaimana kita belajar, mengambil iktibar dan bagaimana kita melihat itu sebagai suatu pelajaran bagi kita ya?
Disinilah, ianya menguji cara kita berfikir. Kisah yang baik, dan bertauladan, sejauh manakah kita jadikan iktibar? Kisah peringatan, kisah menginsafkan, sejauh mana pula ianya menjadi pelajaran pada kita? Sebenarnya, ia bergantung kepada kita. Baik yang kita nampak, baik la jadinya. Buruk yang kita nampak, buruklah jadinya.
Lihat orang lain dan berjaya
Kisah kejayaan atau kisah inspirasi orang lain, adalah pelajaran yang paling berharga untuk kita sebenarnya. Banyak dah yang kita dengar, dan sepatutnya ia menjadi panduan untuk kita. Kita mungkin selama ini tak sedar yang di kuar sana, masih ramai yang dugaannya lebih berat dan ramai juga yang sebenarnya lebih gigih dari kita.
Bila kita hayati dan memahami kisah kisah orang lain, dan jika kita boleh faham iktibar dan pengajaran daripadanya, kita sebenarnya mampu untuk mengaplikasikan dalam kehidupan kita. Bak kata kata orang yang berjaya, “nak berjaya, tirulah orang yang berjaya”.
Dalam kehidupan seharian, dalam kerjaya kita, dalam apa apa jua aspek, pastinya ada orang terlebih dahulu yang dah merasai. Tak perlu kita nak susahkan diri, tak perlu kita nak bebankan kepala, lihat dan belajarlah. Lihat dengan positif, faham dan gunakan setiap pengajaran itu sebagai bekalan diri kita sendiri untuk lebih berjaya.
Tak susah kan? Ilmu, pengalaman, segalanya disekeliling kita. Apa yang penting, kita kena mula bersedia untuk belajar, peka dengan sekeliling & belajar lihat sesuatu dari sudut yang lain. InsyaAllah, akan ada perubahan positif dalam hidup kita nanti.
Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya!
SayaMeso Suka dengar kisah kejayaan kejayaan orang
Leave a Reply