• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Hiburan / Koleksi pickup line terbaik

Koleksi pickup line terbaik

20 March 2019 by meso 5 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat.

Pickup line! Rasa rasa, ramai pernah dengar pasal ni kan? Sebut sahaja pickup line, pasti kita kaitkan dengan baris ayat “mengorat” atau ayat ayat manis, dan bisa bikin orang cair gitu.

Tak pasti plak abam, mana asal datang nya pickup line ni. Tapi yang abam tau, pickup line ni dipopularkan, malah jadi “trademark” untuk ahli kumpulan lawak tersohor negara kita, iaitu kumpulan Sepahtu. Sebut sahaja pickup line, terus buat kita teringat dengan lawak lawak dari kumpulan ini. Tak kering gusi dibuatnya.

Pickup line ini, menjadi popular di kalangan anak anak muda sekarang. Mana taknya, memang baris ayat ayat nya boleh bikin cair. Mungkin dah ramai dapat jodoh disebabkan ayat pickup line ni agaknya. Hehehe.

Dan pickup line ini juga selalu digunakan untuk melawak, berbual dan untuk wujudkan suasan ceria di kalangan rakan rakan atau kepada sesiapa yang kita berbual. Kalau tak percaya, cubalah! Pasti suasana akan jadi ceria,

kumpulan sepahtu yang sinonim dengan pickup line dalam setiap persembahannya.
Kumpulan sepahtu: Jep, Rahim dan Shuib.

Cia cia cia..

Oklah, kali ini abam nak ajak semua santai santai sahaja. Disini, abam ingin kongsikan sedikit ayat ayat pickup line terbaik yang abam pernah dengar. Abam kumpulkan untuk anda semua.

Jom layan, hiburkan hati bersama sama ok!

Pickup Line 1:
A: Eh awak, awak ni tak penat ke?
B: kenapa ya?
A: Bukan apa, sebab awak tak henti henti berlegar di kepala saya. Cia cia!

Pickup Line 2:
A: Saya nak tanya awaklah, sehari ada berapa jam ya?
B: Sehari ada 24 jam awak. Kenapa ya?
A: Haa, 24 jam itu lah untuk awak. Cia cia cia!

Pickup Line 3:
A: Assalamualaikum, boleh tak minta tolong tunjukkan saya jalan shortcut?
B: Jalan shortcut ke mana ya?
A: Jalan shortcut ke hati awak. Cia cia cia!

Pickup Line 4:
A: Awak, awak pernah tak gagal dalam hidup awak?
B: Mestilah ada, tapi kenapa ya?
A: Oh bukan apa, sebab saya tak pernah gagal menyayangi awak. Cia cia!

Pickup Line 5:
A: Nak tanya la, awak dulu kerja arkitek ke?
B: Eh taklah. Kenapa ya?
A: Sebab awak dah bina cinta di dalam hati saya. Cia cia cia!

Pickup Line 6:
A: Awak, nanti kalau awak nak pindah, beritahu saya tau.
B: Tapi kenapa ya awak?
C: Sebab, ruang di hati saya ni, masih luas untuk awak. Cia cia cia!

Pickup Line 7:
A: Cuba awak pilih, yang kanan atau yang kiri?
B: Saya pilih kanan.
A: ala, kenapa kanan, kalau kedua duanya milik awak? Cia cia cia!

Pickup Line 8:
A: Aduh, penatnya hari ini.
B: Kenapa awak penat?
A: Ntahlah, tapi saya dah tersesat dalam hati awak hari ini. Cia cia cia!

Pickup Line 9:
A: You suka iphone?
B: Suka. Kenapa ya?
A: Hehe, i-fon suka you. Cia cia cia!

Pickup Line 10:
A: Apa beza spiderman dengan awak?
B: Tak tahu, apa bezanya?
A: Oh, spiderman melekat di dinding, awak melekat di hati saya. Cia cia!

Adui, tak menahan pickup line. Jom sambung lagi!

Pickup Line 11:
A: Awak nak tau tak, apa beza ais krim dengan awak?
B: Apa bezanya?
A: Ais krim dijilat, tapi awak dicintai. Cia cia cia!

Pickup Line 12:
A: Alamak! awak ada nampak tak?
B: Awak cari apa? Boleh saya tolong?
A: Erm, saya carik bibit bibit cinta kita. Cia cia cia!

Pickup Line 13:
A: Saya teringin sangat nak jadi ketua.
B: Wah, ketua apa ya?
A: Saya nak jadi ketua keluarga kita. Cia cia cia!

Pickup Line 14:
A: Eh awak memang pandai jahit ke?
B: Ya, saya dulu belajar kursus menjahit. Kenapa ya?
A: Boleh tak, awak jahit hati kita, biar bersatu? Cia cia cia!

Pickup Line 15:
A: Awak, awak nak tau tak apa maksud bahagia?
B: Apa maksud bahagia?
A: Awak dan saya, jadi kita. Cia cia cia!

Pickup Line 16:
A: Awak, boleh tak lepas ni, awak panggil saya amin boleh?
B: Tapi kenapa?
A: Supaya saya sentiasa ada dalam doa awak. Cia cia cia!

Pickup Line 17:
A: Saya rasa, dah sampai masa la untuk awak tukar kerja.
B: Tapi, nak kerja apa lepas ni?
A: Tiba masa untuk awak tukar kerja jadi suri rumah tangga kita. Cia cia!

Pickup Line 18:
A: Saya baru balik dari klinik mata. Doktor cakap mata saya sakit.
B: Kenapa awak? Kenapa dengan mata awak?
A: Doktor cakap, dalam mata saya, hanya ada awak. Cia cia cia!

Pickup Line 19:
A: Awak tau tak, apa beza awak dengan toyol.
B: Toyol? tak tau lah. Apa dia?
A: Toyol tu curi duit, tapi awak, curi hati saya. Cia cia cia!

Pickup Line 20:
A. Kalau hujung minggu, awak suka hari sabtu atau ahad?
B: Saya suka hari ahad. Kenapa ya?
A: Kalau begitu, sabtu kita nikah, ahad kita bersanding ya. Cia cia cia!

Ok, cukuplah 20 koleksi pickup line yang sempat abam kumpulkan. Abam pon dah tak tahan cia cia cia dah ni. Tak sanggup nak menambah dah. Kahkah.

hidup tak boleh selalu stress. Gelak ketawa boleh bantu mengurangkan stress.
Moga terhibur semua.

Semoga terhibur dan selamat santai sahabat! Apa pon, ini hanyalah hiburan sahaja, jangan sampai gunakan untuk tujuan yang tak baik ok. Jumpa lagi di lain entry.

Laughter is an instant vacation.

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Hiburan Tagged With: ceria, hiburan, koleksi pickup line, pickup line, pickup line terbaik, sepahtu

Previous Post: « Fantastic 4 & memilih kerja
Next Post: Cita – cita dan impian. Hati hati, ia mampu beri kesan yang buruk pada kita. »

Reader Interactions

Comments

  1. mysutori

    20 March 2019 at 8:35 am

    lain macam boss kita… mana satu pickup line yang boss dok guna pikat suri hati? hahahah
    mysutori recently posted…Berjalan di atas eskalator melambatkan semua orangMy Profile

    Reply
  2. Amirul Hayyad Hussain

    20 March 2019 at 10:03 am

    Selalu pick up line yng mana paling best untuk kahwin dua?
    Amirul Hayyad Hussain recently posted…Pengalaman pahit di Nur Lembah PangsunMy Profile

    Reply
  3. Alpetito

    20 March 2019 at 12:03 pm

    Amboi pickup line pulak…untuk siapa la agaknya pikap line ni
    Alpetito recently posted…Silap Besar Kau Pecat Aku – Kisah Joe Girard.My Profile

    Reply
  4. Mr. Han

    20 March 2019 at 3:19 pm

    Haha.. Seriously lawak, boleh pakai kt bila blk rumah nnt kt isteri.. hihi
    Mr. Han recently posted…CENDOL DURIAN BEST IN KUALA LUMPURMy Profile

    Reply
  5. Yb Baby

    21 March 2019 at 1:17 am

    Paling best pickup line…. “macam tak sampai je” hahhahahaha
    Yb Baby recently posted…Jiwa Yang BesarMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme