• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / Kolam Baru

Kolam Baru

22 April 2019 by meso 2 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat!

Kolam baru, adalah istilah yang selalu orang orang sales gunakan dalam kerjaya mereka. Sebenarnya, istilah ini sinonim dengan apa jua bidang bisnes. Istilah ini adalah istilah universal untuk kesemua cabang bisnes, dan istilah kolam baru ini, memang antara perkara wajib untuk diambil tahu, untuk memastikan kelansungan bisnes kita dalam jangka masa yang panjang.

Hakikat persaingan

Kolam baru, sebenarnya membawa maksud, supaya kita sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, sentiasa cerdas melihat segala peluang yang ada, tak kira samada besar ataupun kecil.

Dalam berbisnes, kita tidak boleh atau tidak akan mampu untuk mendapat keuntungan yang besar, sekiranya kita hanya nampak 1 cabang atau 1 jalan sahaja. Faktor faktor seperti lambakan pengusaha dalam bidang yang sama, agen jualan yang bertambah ramai, populariti sesuatu bisnes atau produk, akan menyebabkan channel bisnes yang kita usahakan itu, lama kelamaan akan menjadi sesak.

Persaingan sepatutnya memberi impak positif pada kita.
Persaingan sepatutnya memberi impak positif pada kita.

Faktor ini juga akan menghasilkan saingan yang sangat hebat. Saingan yang hebat atau terlalu ramai, akan menyebabkan mereka mereka yang belum cukup kental, mereka yang tidak kuat dari segi modal atau marketing, akan mengalami kesukaran. Usaha yang berlipat kali ganda diperlukan untuk menempatkan diri dan mendapat hasil, dan hakikatnya, tak semua cukup bersedia. Akhirnya, berisiko untuk membantutkan terus apa yang sedang kita usahakan.

Persaingan itu sendiri adalah tidak salah. Kita takkan mampu dan kita tidak berhak untuk menyekat atau menghalang orang lain untuk berada di bidang atau lapangan yang sama. Ini bukan soal siapa dulu, tapi sebenarnya ini adalah soal siapa yang pantas, siapa yang lebih usahanya dan siapa yang kental.

Sentiasa cari peluang

Satu sikap yang perlu dididik dalam setiap orang bisnes, adalah sikap sentiasa mencari peluang. Sikap atau habit ini, sangat sangat wajib untuk kita latih, supaya kita tidak tersekat dalam masalah masalah persaingan tadi.

Peluang sentiasa terbuka pada yang mampu melihatnya.
Peluang sentiasa terbuka pada yang mampu melihatnya.

Jika dilihat dalam dunia pemasaran sekarang pun, pelbagai jenis idea, pelbagai jenis strategy dan pelbagai jenis marketing, sentiasa muncul biarpun dalam bidang yang sama. Semua ini wujud disebabkan masing masing berusaha untuk bertahan dan berusaha untuk menonjolkan diri dalam sesuatu bidang itu. Tak salah, malah inilah yang wajib kita buat sebagai orang sales.

Sebagai orang bisnes, tugas wajib kita adalah sentiasa mencari jalan dan harus sentiasa belajar melihat sesuatu dari sudut yang lain. Di sini, kreativiti amat penting. Tugas kita adalah untuk sentiasa peka, ambil tahu keadaan terkini bisnes kita, mencuba dan terus mencari jalan menguatkan apa yang kita usahakan.

Dilarang negatif

Peluang itu sentiasa ada sebenarnya. Jika kita hanya nampak 1 peluang, kita akan buntu dan akan “stuck” dan akhirnya kita akan beranggapan bidang yang kita sedang usahakan itu, sudah tak relevan. Akhirnya kita akan berputus asa, walhal, masih ramai lagi yang terus menerus berusaha dan memang mereka sedang mendapat hasil. Pelik bukan?

Negativiti hanya akan membantutkan perjalanan anda
Negativiti hanya akan membantutkan perjalanan anda

Inilah yang dikatakan sebagai negatif. Yang sebenarnya, kita belum cukup menguasai, memahami tentang selok belok apa yang kita usahakan itu. Disebabkan itu, kita menjadi kurang kreatif, kurang ketahanan menahan ujian dan akhirnya kita memilih untuk berada dalam pemikiran yang negatif.

Elakkan diri dari negativiti. Ini tidak sihat dan ini tidak akan membantu kita pun. Tak kiralah apa jenis cabang bisnes sekalipun, negativiti hanya akan merosakkan kreativiti, merosakkan usaha dan merosakkan keyakinan kita.

Kolam baru

Idea kemandirian dalam sesuatu yang kita lakukan inilah yang sebenarnya berkait dengan istilah kolam baru tadi.

Umpama, sebuah kolam ikan yang dipenuhi dengan pemancing, pastinya agak sukar berhasil, kerana lama kelamaan, jumlah ikan yang dapat dipancing, akan berkurangan jika dibandingkan dengan pemancing. Ikan tak boleh dipersalahkan, cumanya kita sebagai pemancinglah yang harus mencari jalan lain. Betul, kolam lain yang masih penuh dengan ikanlah yang harus kita cari dan harus kita sentuh.

Carilah kolam baru untuk pastikan kejayaan yang berterusan
Carilah kolam baru untuk pastikan kejayaan yang berterusan

Begitu juga kita dalam berniaga. Kita takkan mampu dan memang tidak boleh untuk paksa orang membeli dengan kita. Maka pelanggan tak boleh dipersalahkan. Kita yang menjual inilah yang harus mencari jalan, bagaimana memantapkan jualan kita, bagaimana untuk mencari golongan baru atau mencari channel yang baru untuk memaksimumkan jualan kita.

Maka begitulah, moga kita sentiasa dikurniakan ilham dan kekuatan dalam apa yang kita lakukan. Marilah kita berdoa supaya kita sentiasa cekal, dan rajin untuk terus jadi yang terbaik dalam apa yang kita lakukan. InsyaAllah, jika kita sentiasa rajin untuk berusaha dan tidak putus asa, latih diri untuk melihat peluang baru, pastinya kita akan bertahan lama dan mampu untuk mendapat hasil yang baik dalam apa yang kita lakukan.

SayaMeso
Terus menerus cari peluang!

Artikel menarik untuk anda:

Tips marketing waktu cuti

Tips marketing waktu cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Tak lama lagi, kita nak bercuti raya kan? Ataupun, memang dalam setahun, memang negara…... Baca selanjutnya »

Waktu kerja fleksible

Waktu kerja fleksible

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Flexible time. Istilah popular yang sering digunakan dalam bidang kerjaya. Selalu kita dengar…... Baca selanjutnya »

Suka apa yang kita buat

Suka apa yang kita buat

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Pernah dengar dengan ungkapan “Do what you love and love what you do” kan?…... Baca selanjutnya »

4 perkara penting untuk karier anda

4 perkara penting untuk karier anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Teringat abam ketika masih baru baru sertai pasukan jualan pada 2013 dulu. Ketika tu,…... Baca selanjutnya »

Tabiat orang berjaya

Tabiat orang berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Bertemu kita sekali lagi di blog abam meso. Hehe, terima kasih sudi singgah yer. ... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi, Perihal kerja, Umum Tagged With: blog meso, blue ocean strategy, kolam baru, peluang dalam kerjaya, perihal kerja, tips kerjaya

Previous Post: « Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
Next Post: Work At Home Mama (WAHM) »

Reader Interactions

Comments

  1. paksu

    22 April 2019 at 12:11 am

    Kalau jumpa kolam baru jangan lupa ajak saya sekali yer.
    paksu recently posted…Bagaimana pH badan menjadi pemangkin penyakit kronikMy Profile

    Reply
    • meso

      22 April 2019 at 12:20 am

      Paksu, pasti! jom keep cari kolam baru!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme