• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / Kisah “suatu permulaan yang baik”

Kisah “suatu permulaan yang baik”

11 April 2019 by meso 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Semalam, abam ada sedikit diskusi dengan rakan rakan sekerja abam. Biasala, berdiskusi tentang kerja, diskusi tentang perancangan pasukan dan berbual bual apa yang boleh.

Sedang kami berdiskusi, “leader” abam masuk ke bilik diskusi dan sertai perbincangan kami sebentar. Tak lama, tapi sebelum dia beredar, ada kisah menarik yang beliau sampaikan. Sebuah kisah tentang “suatu permulaan yang baik”.

Jom, abam kongsikan di sini. Ada sesuatu yang boleh dipelajari.

Kisah seorang pekerja

Ada seorang jurujual yang baru sertai sebuah syarikat jualan. Seorang yang rajin dan bersungguh sungguh. Seperti yang lain lain, dia sertai dan selepas belajar, dia terus memulakan aktiviti jualannya.

Bulan pertama, sebagai permulaan, dia berjaya buat jualan sebanyak 5 unit. Dengan gembiranya, dia beritahu “leader” nya dan leadernya berkata “Tahniah, satu permulaan yang baik”. Hati pekerja itu berbunga bunga. Baginya satu kejayaan.

Bulan kedua, pekerja itu lebih bersemangat. Jualan nya meningkat ke 10 unit. Satu pencapaian buatnya dan seperti biasa, dia beritahu leader nya tadi. “Tahniah, satu permulaan yang baik”. Ringkas pujian dari leadernya. Pekerja rasa pelik, tapi mungkin belim cukup baik fikirnya.

Bulan ketiga, dia berjaya meningkatkan lagi jualannya. Kali ini 15 unit. Satu jumlah yang calang calang orang boleh lakukan. Dia pergi beritahu leadernya dengan rasa teruja dan sekali lagi, leadernya membalas “Tahniah, satu permulaan yang baik”

Kali ini, pekerja itu rasa pelik. Tak cukup lagikah 15 unit? Kenapa leader nya balas begitu sahaja. Dia ada peningkatan, tapi mengapa dirasakan macam biasa sahaja? Kali ini, pekerja itu membuka bicara, menanyakan leader nya tentang ini.

Satu permulaan yang baik

Leadernya hanya tersenyum dah dengan tenang, diterangkan pada pekerjanya satu persatu.

Setiap kejayaan, sebenarnya adalah permulaan untuk kejayaan yang lebih besar. Kejayaan yang dicapai, bukan tiket untuk kita hentikan potensi dan untuk kita sempitkan peluang kita. Setiap kejayaan, pastinya ianya adalah permulaan untuk sesuatu yang lebih mencabar dan yang lebih baik.

Setiap tahap kejayaan, pastinya berbeza. Tapi sebelum mencapainya, perlu ada permulaan. Jika dirai tanpa kawalan, kemungkinan kita akan terasa dah mencukupi, sedangkan hakikatnya, dengan setiap kejayaan itu adalah bukti yang kita sebenarnya mampu untuk capai lebih besar.

Hargai dan raikan sesebuah kejayaan atau pencapaian itu, cuma jangan disebabkan setiap kejayaan itu, kita terasa selesa, kita terasa untuk memperlahankan usaha dan rentak. Sedangkan, ada banyak lagi peluang yang boleh dicapai dan sepatutnya, momentum yang sedang dibina itu, boleh kita gunakan untuk capai lebih pencapaian dan kejayaan, sedangkan kita sebenarnya mampu untuk terus ke tahap seterusnya.

Kerana itulah, setiap pencapaian dan kejayaan itu, adalah sebenarnya suatu permulaan yang baik dan suatu permulaan ke arah yang lebih tinggi. Tugas kita, adalah untuk memahami dan disebabkan itulah, selalu kita lihat orang yang sudah berjaya, masih lagi terus menerus gigih usaha mereka. Selagi mampu, selagi terdaya dan selagi diberikan peluang, teruslah rebut dan terus capai apa yang ditawarkan. Akhir sekali, ia semua adalah untuk diri dan masa depan kita sendiri.

Suatu yang tersirat

Begitu penerangan leader tadi pada anak buahnya. Cukup untuk menyampaikan apa yang tersirat dan tersurat. Kini, fahamlah sudah dia, kenapa leader nya itu bertindak begitu. Tanpa perlu berfikir panjang, dia kini tersenyum kepuasan dan lebih berkeyakinan.

Dapat sesuatu dari kisah ini? Moga dapat sampaikan sesuatu pada semua dan juga untuk diri abam sendiri. Moga bermanfaat dan jumpa lagi!

SayaMeso
Belajar lihat lebih jauh, untuk pergi lebih jauh!

Artikel menarik untuk anda:

Suka apa yang kita buat

Suka apa yang kita buat

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Pernah dengar dengan ungkapan “Do what you love and love what you do” kan?…... Baca selanjutnya »

3 sikap jurujual yang patut dielakkan

3 sikap jurujual yang patut dielakkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Menjadi jurujual, bukan lah cita cita yang popular oleh kebanyakan orang. Tapi di zaman…... Baca selanjutnya »

4 perkara penting untuk karier anda

4 perkara penting untuk karier anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Teringat abam ketika masih baru baru sertai pasukan jualan pada 2013 dulu. Ketika tu,…... Baca selanjutnya »

Tabiat orang berjaya

Tabiat orang berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Bertemu kita sekali lagi di blog abam meso. Hehe, terima kasih sudi singgah yer. ... Baca selanjutnya »

Kolam Baru

Kolam Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat!Kolam baru, adalah istilah yang selalu orang orang sales gunakan dalam kerjaya…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi, Perihal kerja, Umum Tagged With: blog meso, kisah kejayaan, motivasi kerja, perihal kerja, permulaan yang baik

Previous Post: « 3 perkara asas bezakan GShock Original dan Palsu
Next Post: 3 perkara dalam hidup seharian. Simple tapi cukup bermakna »

Reader Interactions

Comments

  1. Amirul Hayyad Hussain

    11 April 2019 at 4:13 pm

    moga menjadi inspirasi untuk semua
    Amirul Hayyad Hussain recently posted…Bahayanya StrokMy Profile

    Reply
  2. Sabrijati

    28 April 2019 at 11:55 pm

    Kisah yang sangat memberi inspirasi. Sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dan jangan pernah berpuas hati dengan sesuatu pencapaian. Kerana ada lebih banyak lagi cabaran yang bakal ditempuh.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme