• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / Hari raya untuk mereka

Hari raya untuk mereka

1 May 2019 by meso Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Tak lama lagi, puasa dah nak tiba. Bermakna, jika dipanjangkan umur, nanti kita semua akan menyambut hari raya pula. Hari kemenangan, hari seronok, hari gembira dan hari yang sangat sangat ditunggu oleh anak anak kita.

keriangan mereka, kepuasan kita
keriangan mereka, kepuasan kita

Sebut sahaja hari raya, kanak kanak la yang paling gembira. Walaupun tak faham apa itu puasa dan raya, tapi bagi mereka, raya adalah hari untuk pakai cantik cantik, hari berjumpa sepupu sepapat, hari kebebasan bermain dengan kawan kawan dan paling pasti, hari untuk mereka kumpul duit raya. Seronok sangat tengok anak anak gembira di hari raya kan?

Cabaran dan tanggungjawab kita

Bila terkenang tentang anak anak, pastinya kitalah yang terkesan. Sebagai ibu bapa, pastinya kita la yang bertanggungjawab menentukan, bagaimana raya anak anak kita nanti. Adakah kita nak anak anak kita gembira seperti anak anak orang lain, atau kita nak tetapkan supaya anak anak kita beraya “biasa biasa” sahaja.

Tugas kita untuk sediakan yang terbaik untuk mereka
Tugas kita untuk sediakan yang terbaik untuk mereka

Menjelang raya, pastinya kos akan meningkat 2-3 kali ganda dari biasa. Dah la sebulan puasa, perbelanjaan meningkat, ditambah pula dengan komitmen kita menyediakan persiapan raya. Belum kira kos perjalanan pulang ke kampung nanti, bajet duit raya untuk mak ayah, anak anak saudara dan lain lain, plan nak buat open house , dan macam macam la lagi. Memang nak tak nak, akan pakai banyak duit setiap kali musim raya.

Ini cabaran kita. Sebagai ibu bapa, semua itu jatuh di bahu kita. Betul, kita boleh bersederhana untuk kita, tapi untuk anak anak, semacam tak adil pula kan kalau kita sengaja untuk tak mampu sediakan untuk mereka. Tak pastilah, masing masing punya pendapat sendiri. Yang pasti, sebagai ibu bapa, kita hanya mampu untuk cuba sedaya upaya sediakan yang terbaik untuk mereka.

Hari raya kenangan untuk mereka

Peluang sebenarnya sentiasa ada. Jika kita rajin dan betul betul usaha, pastinya kita akan dapat lebih dan lebihan itu jugalah untuk kita gunakan untuk mereka.Tak salah kan, jika sebulan dua ini, kita push lebih sikit dan dapatkan lebihan tadi? Kudrat kita masih ada, peluang kita masih banyak, tinggal sejauh mana kita nak usaha sahaja lah.

Usaha kita, akan menentukan kegembiraaan mereka
Usaha kita, akan menentukan kegembiraaan mereka

Masih ramai di luar sana yang lebih kekangannya dari kita. Keadaan yang memaksa, kadang lebih perit dan teruk dari kita. Tak semua ada peluang dan tak semua mampu untuk rebut peluang akibat macam macam faktor. Bersyukurlah, kita masih ada kudrat untuk bekerja keras. Peluang yang ada, kita gunalah sebaiknya.

Apapun, ini semua demi hari raya mereka. Demi hari raya yang paling seronok untuk mereka. Apa salahnya kalau kita buat lebih sikit untuk mereka kan? Kita berikan yang terbaik, semampu mungkin. Seperti yang kita tau, mereka tak faham pun tentang keadaan ekonomi, bajet dan lain lain. Yang mereka tahu, mereka mengharapkan dapat yang terbaik sahaja dari ibu bapa sendiri, seperti anak anak yang lain.

Kita yang tentukan

Kita lah yang tentukan, bagaimana hari raya anak anak kita nanti. Hati hati, kadang kita takkan tahu apa sebenarnya yang anak anak kita rasai, yang anak anak kita pendam. Biasa lah, bila lihat kawan kawan, sepupu sepapat yang lain, kadang perasaan jeles itu ada. Pasti mereka juga nak begitu.

Perasaan mereka tak salah. Itu normal, dan mereka tak memahami apa apa pun. Semua itu, tanggungjawab kita dan pilihan kita. Lebih lebih lagi, kalau kita tahu yang sebenarnya kita mampu untuk buat lebih kan?

wajah wajah kegembiraan anak anak, sumber kekuatan kita (credit lensanurkasih.blogspot.com)
wajah wajah kegembiraan anak anak, sumber kekuatan kita (credit lensanurkasih.blogspot.com)

Marilah, kalau sebelum sebelum ni, biasa biasa, kali ni, kita usaha betul betul untuk mereka. Kita pun tak tahu samada kita sempat atau tak lagi nanti kan. Apapun dugaan, cabaran atau alasan, kita hadap demi lihat anak anak kita gembira seperti orang lain di hari raya nanti. InsyaAllah, kita yang akan tersenyum kepuasan nanti.

Jom, kita sama sama jadikan raya kali ini, paling lengkap dan paling bermakna untuk kita dan anak anak semestinya. Selamat maju jaya!

SayaMeso
Jom kerja keras!

Artikel menarik untuk anda:

Malam untuk mereka

Malam untuk mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Semalam, abam menganjurkan satu majlis makan malam kepada pemenang pemenang “Contest” anjuran abam dan…... Baca selanjutnya »

Selamat Hari Polis Abah!

Selamat Hari Polis Abah!

Semalam, tanggal 26 mac 2019, merupakan sambutan hari polis yang ke-212 dan disambut oleh semua warga polis di seluruh negara….... Baca selanjutnya »

Work At Home Mama (WAHM)

Work At Home Mama (WAHM)

Working at home mama atau WAHM, adalah salah satu impian setiap wanita. Mana wanita atau kaum ibu yang tak mahukan…... Baca selanjutnya »

4 perkara penting untuk karier anda

4 perkara penting untuk karier anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Teringat abam ketika masih baru baru sertai pasukan jualan pada 2013 dulu. Ketika tu,…... Baca selanjutnya »

Lihat orang lain untuk berjaya

Lihat orang lain untuk berjaya

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat!Dalam hidup kita sehari hari, ramai orang yang kita jumpa, yang kita lihat kan?…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi, Umum Tagged With: blog meso, demi anak anak, hari raya, usaha dan tanggungjawab

Previous Post: « Belajar dari anak anak
Next Post: 3 perkara best jadi orang sales »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme