Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat.
Jika anda pernah mencari cari Gshock, anda pasti pernah dengar tentang Gshock Collab. Terma yang popular di kalangan peminat peminat tegar gshock. Apa maksud collab? Apa itu gshock collab? Apa keistimewaannya, dan apa yang best tentang gshock collab ni? Ok, jom abam cerita sikit pada anda semua ok.
GShock Collab
Collab ini sebenarnya singkatan kepada collaboration atau dalam bahasa malaysianya, usahasama, kolaborasi atau gabungan. Pernah dengar kan tentang perkataan ini?
Antara yang menjadi keunikan Gshock, adalah gshock mempunya banyak model collab, atau maksudnya banyak model yang berkolaborasi. Jam gshock collab, dianggap unik dan antara model yang popular di kalangan peminat gshock.
Jangan salah faham, gshock collab ini bukannya model jam itu sendiri, tapi ianya adalah Gshock yang berkolabrasi dengan jenama lain. Ianya adalah gabungan antara gshock dan juga jenama jenama tertentu yang popular di luar sana.
Tujuan kolaborasi ini adalah lebih kepada teknik pemasaran jenama yang digunakan oleh syarikat syarikat jenama yang terkenal. Maksudnya, samada gshock atau syarikat jenama itu sendiri, bergabung menghasilkan siri jam kolaborasi, istimewa untuk pihak masing masing. Itulah yang dimaksudkan dengan gshock collab.
Biasanya, gshock akan berkolaborasi dengan jenama jenama popular atau dikeluarkan khas untuk selebriti terkenal. Ada juga yang berkolaborasi dengan kelab kelab sukan, dan badan badan ngo besar dunia, jadi sebenarnya, gshock collab ini memang banyak. Dari segi model pula, kebanyakan model yang paling banyak berkolaborasi ialah model DW6900. Tapi ada juga model model lain yang lebih premium, seperti Rangeman, Frogman dan MTG/MRG. Selain itu, gshock collab juga ada dikeluarkan mengikut anime, atau siri siri superhero yang popular seperti One Piece, Justice League dan sebagainya.
Kelebihan Collab
Gshock collab ini dianggap sebagai model “limited edition”. Ini kerana, pengeluaran satu satu jam collab itu sendiri adalah sedikit atau hanya untuk musim musim tertentu. Malah ada yang dikeluarkan hanya 100 unit atau setahun sekali sahaja.
Bila bercakap pasal “limited edition”, sudah pasti gshock collab ini menjadi rebutan. Jam gshock collab berbeza dengan model model biasa, terutamanya dari segi corak jam itu sendiri. Contohnya, ia berbeza dari segi corak band, back case khas dengan logo jenama, ada diantaranya mempunyai kad nombor siri atau dichop pada jam, mempunya backlight dengan logo tersendiri dan yang pastinya, jam collab ini adalah satu pelaburan yang berbaloi, kerana, harganya yang boleh melonjak naik sangat tinggi dan peminatnya tak pernah putus.
Jangan terkejut, gshock collab mampu dijual sehingga berpuluh ribu. Selain itu, corak corak dan ada yang mempunyai siri nya tersendiri, dan ini sangat menarik jika dikumpul. Corak, warna dan bentuk, menjadikan jam collab ini rebutan ramai peminat tegar Gshock.
Alah membeli, menang memakai
Dikalangan peminat peminat gshock, pengumpul gshock collab boleh dikatakan antara otai otai dan peminat tegar. Tak semua model mudah dicari dan ada kalanya harga memang tak disangka sangka. Tapi jangan risau, yang harga biasa biasa pun masih banyak. Ini disebabkan, tak semua gshock collab itu diminati. Ini bergantung kepada populariti jenama yang dicollab itu sendiri atau bergantung pada pengeluaran. Jadi jangan risau tentang harga. Anda boleh bermula dari yang murah murah dahulu.
Apa apa pun, semuanya adalah pilihan masing masing. Terpulang pada minat masing masing dan pastinya bergantung pada niat, plan dan bajet masing masing. Bagi abam, gshock collab memang alah membeli, menang memakai.
SayaMeso
Peminat Gshock Collab!
Leave a Reply