• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Perihal kerja / Fantastic 4 & memilih kerja

Fantastic 4 & memilih kerja

19 March 2019 by meso 4 Comments

Hi semua,

Ada yang sedang mencari kerja atau ada sahabat sahabat abam yang sedang mencari peluang bisnes? Ya lah, zaman sekarang, zaman mencarik kerja atau mencari peluang menambah income kan?

borang minta kerja.

Hari ni abam nak share sikit pasal ilmu ataupon tips sebelum anda nak memulakan sesuatu bisnes atau boleh juga di aplikasikan dalam mencari pekerjaan.

Abam masih ingat lagi, ilmu yang di kongsi oleh bos abam ketika abam baru baru menceburi bidang sales ni. Katanya, dalam berbisnes, bukan semata mata hasil cepat yang kita kejar, tapi kita mengejar untuk bertahan lama. Sayanglah kalau kita tak mampu bertahan kan? Takut tak sempat kita buat sehabis baik, kita dah mengalah. Paling rugi, kita tak sempat pon gali keupayaan sebenar kita.

Jadi kali ni, abam lebih nak berkongsi tentang apa faktor penting yang kita kena nilai, sebelum kita buat keputusan untuk sertai atau menceburi satu satu pekerjaan ataupun bisnes itu.

THE FANTASTIC 4.

Pernah dengar tentang “Fantastic 4”? Chop! bukan cerita superhero tu yer, walaupon cerita tu agak best. Hehehe, ini fantastic 4 bisnes tau.

Ok, mari abam ceritakan.

Pertama, Syarikat. sebelum buat apa apa keputusan, adalah lebih baik jika kita luangkan masa dan buat kerja rumah tentang syarikat yang kita nak sertai tu. Sudah tentu kita nak pastikan, syarikat yang kita nak sertai tu betul betul meyakinkan kan?

Antara perkara yang anda wajib periksa tentang sesebuah syarikat adalah:

a) Dah berapa lama syarikat itu bertapak. Ini adalah penunjuk sesebuah syarikat itu samada sudah stabil ataupon masih baru di pasaran. Sudah tentu, kita inginkan sebuah syarikat yang dah lama bertapak, kerana kita inginkan sebuah syarikat yang stabil.

Bukan bermaksud syarikat baru itu tak stabil, tapi jika dah lama bertapak, maksudnya operasi syarikat itu dah berjalan dengan pengalaman yang lama. Jadi sudah tentulah lebih memberi jaminan.

b) Jika anda betul betul rajin, adalah lebih baik jika anda dapat buat kajian sedikit tentang “Market Share”, “Revenue” dan “market…” sesebuah syarikat itu. Anda boleh google sahaja dan kebanyakan syarikat yang bagus, memang akan menyediakan maklumat ini kerana sudah tentu data data ini boleh menaikkan kepercayaan orang ramai.

Data data ini, boleh membantu anda untuk mengkaji samada sesebuah syarikat itu stabil atau tidak, boleh memberi keuntungan atau tidak jika kita menyertai mereka.

Syarikat yang stabil, menentukan perjalanan karier yang lebih terjamin.
Syarikat yang stabil, menentukan perjalanan karier yang lebih terjamin.

Kedua, Produk. Cubalah ambil pendekatan untuk mengetahui tentang produk yang dijual dan rajin rajin lah untuk buat sedikit kajian tentang pasaran produk itu. Bukan apa, untuk kita boleh membuat jualan, dah tentu kita harus yakin dengan produk itu sendiri. Jika kita perhatikan, produk itu adalah satu produk yang kurang mendapat sambutan, bukankah susah bagi kita yang baru nak mula ni?

Pilihlah produk yang menjadi keperluan dan logik untuk dijual dipasaran. Ini akan membantu anda untuk jangka masa yang panjang. Produk keperluan, sememangnya akan tahan lama berbanding produk kehendak. Sapa yang tak mahu lengkapkan keperluan kan?

Produk yang baik, memenuhi keperluan pelanggan membantu dalam hasil anda.
Lebih tinggi keperluan, lebih tinggi peluang penjualan.

Ketiga, Pelan Pendapatan, atau bahasa mudahnya, pelan gaji. Aha, sapa yang tak pentingkan gaji kat sini? Sudah tentu bab ini sangat penting untuk kita kan?

Ok, anda wajib untuk tahu tentang pelan pendapatab anda jika anda nak menyertai sesebuah syarikat. Anda kena tahu, berapakah yang akan dibayar atau berapakah komisen yang anda akan dapat atas setiap jualan anda. Kaji dan buat sedikit perbandingan dan pastikan anda betul betul berpuas hati dan yang paling penting untuk anda bertahan ialah, fahamkan tentang peluang perjalanan karier anda di situ. Perjalanan karier yang jelas, akan membantu anda untuk setia untuk sesebuah syarikat itu. Semoga segala usaha kita berbaloi kan?

Pelan pendapatan atau pelan gaji, adalah faktor terpenting dalam memilih kerjaya.
Siapa yang tak mahukan gaji yang setimpal kan?

Keempat, Pasukan. Pasukan disini memberi maksud tentang bagaimana kah prestasi pasukan yang anda ingin sertai itu. Adakah ianya sesuai dengan anda? Adakah anda rasa boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sesebuah pasukan itu?

Selain itu, pasukan ini memberi gambaran tentang dengan golongan bagaimanakah yang anda akan sertai. Positif atau negatif? Seronok atau hambar? Apakah akan membantu anda untuk perjalanan pendapatan dan kerjaya anda?

“If you want to go fast, go alone and if you want to go far, go together”

Pasukan amat penting. Lebih lagi jika sistem syarikat itu sememangnya yang menjurus kepada pasukan. Maksudnya di sini, pasukan yang punya rekod cemerlang, pasukan yang seronok untuk kita bekerja, pasukan yang ada pelbagai support, akan membantu untuk anda bekerja dengan seronok dan pastinya anda akan bertahan lama.

Pasukan yang baik, akan mewujudkan suasana kerja yang positif.
Pasukan yang baik, akan mewujudkan suasana kerja yang positif.

Jadi konklusinya, Fantastic 4 tadi ialah, Syarikat, Produk, Pelan Pendapatan dan juga Pasukan. Lengkaplah kesemua 4 faktor yang wajib anda nilai, sebelum bermula di sesebuah syarikat.

Takkan ada tempat yang betul betul sempurna, tiada kerja tanpa letih, tiada satu kerja pon yang bebas dari tekanan dan ujian. Jadi inilah fantastic 4! Keempat empat ini saling melengkapi dan keempat empat perkara inilah yang anda perlu selidik dan pertimbangkan demi masa depan anda dalam sesebuah syarikat.

Ok, cukuplah ulasan dan perkongsian abam kali ni. Abam doakan kita semua sentiasa dilimpahi rezeki.

Abam juga berharap, perkongsian ini dapatlah memberi manfaat terutamanya pada sahabat sahabat yang sedang mencari pendapatan ataupun kerja. Selamat maju jaya!

sayameso
Inspire to success

Artikel menarik untuk anda:

5 panduan asas untuk bermula sebagai seorang jurujual

5 panduan asas untuk bermula sebagai seorang jurujual

Assalamualaikum & selamat sejahtera.Ada yang baru bermula dan masih mencari cari rentak? Atau ada yang masih berfikir untuk…... Baca selanjutnya »

Tukar kerja. 5 perkara ini, harus diambil berat.

Tukar kerja. 5 perkara ini, harus diambil berat.

Bertukar kerjaya adalah perkara lumrah bagi kita. Keadaan ekonomi, peluang kerjaya dan ata sebab sebab tersendiri seseorang itu, menyebabkan ramai…... Baca selanjutnya »

Tips untuk kekal disiplin dalam kerja

Tips untuk kekal disiplin dalam kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Disiplin, salah satu faktor utama dalam membentuk atau memberi impak dalam kehidupan sesorang….... Baca selanjutnya »

Waktu kerja fleksible

Waktu kerja fleksible

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Flexible time. Istilah popular yang sering digunakan dalam bidang kerjaya. Selalu kita dengar…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Perihal kerja Tagged With: mencari kerja, panduan cari kerja, tips cari kerja, tips kerjaya

Previous Post: « Tips penjagaan GShock
Next Post: Koleksi pickup line terbaik »

Reader Interactions

Comments

  1. Alpetito

    19 March 2019 at 10:39 am

    Terbaik info ni….good stuff
    Alpetito recently posted…4 Perisian Voice-To-Text PERCUMA Yang Boleh Membantu Korang Kerja Lebih PantasMy Profile

    Reply
  2. Mysutori

    19 March 2019 at 10:59 am

    Terima kasih untuk perkongsian mantap ni, memang harus diambil kira semua ciri yang disenaraikan untuk kesinambungan kerjaya yang baik.
    Mysutori recently posted…Elakkan basuh telur dan simpan dalam peti aisMy Profile

    Reply

Trackbacks

  1. Work At Home Mama (WAHM) | SayaMeso says:
    23 April 2019 at 12:35 am

    […] faktor yang dalam mencari peluang yang sesuai dengan keadaan masing masing. Ini adalah contoh antara tips yang boleh digunapakai dalam pemilihan anda. Apapun, sebelum bermula, haruslah rajin untuk mencari peluang dan buat kajian secukupnya. Banyak […]

    Reply
  2. Pentingnya pasukan dalam perjalanan karier kita | SayaMeso says:
    24 April 2019 at 11:38 pm

    […] entry yang lepas, abam ada menceritakan tentang 4 faktor utama yang perlu diambil kira sebelum kita membuat keputusan untuk menyertai satu satu bidang pekerjaan, terutamanya dalam bidang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme