Why Factor. Kita selalu dengar istilah ini. Apa sahaja dalam kehidupan, sebut sahaja pasal usaha, pastinya dikaitkan dengan why factor.
Dalam bahasa mudahnya, why factor ini bermaksud, impian atau tujuan yang kita perlu ada, dalam hendak mendisiplinkan diri kita untuk terus berusaha dan tidak putus asa. Why yang besar, akan buatkan sesorang itu bekerja keras, berusaha dan terus gigih demi mencapai impian dan cita cita tadi.
Betul, dalam hidup, kita mesti ada why factor. Ia umpama sesuatu yang memegang kita, supaya kita tidak lalai dan lari dari apa yang kita sedang usahakan. Tanpa why factor yang kuat, kita akan mudah hilang focus dan luntur semangat, kerana kita akan keletihan, bekerja tanpa tahu apa yang kita kejarkan.
Tidak akan cukup
Why factor sahaja, tidak akan cukup. Why factor sahaja, tidak akan membantu sepenuhnya. Kenapa? Mari kita fahamkan semula, apa itu why factor.
Why factor ini, lebih kepada impian hidup, sesuatu yang ingin dicapai atau sesuatu yang diinginkan dalam hidup. Yang menjadi kebiasaanya, bila kita bercakap tentang keinginan dan impian, sudah menjadi lumrah manusia, untuk menginginkan atau mengimpikan sesuatu yang jauh , sesuatu yang seronok, sesuatu yang kadang kala tidak cukup relevan untuk mereka. Impian kan percuma!
Contohnya, Osman impikan untuk mempunyai sebuah rumah banglo berharga 1 juta. Osman memang dah lama impikan rumah yang besar dan selesa untuk keluarganya.
Ok, impian Osman atau why factor abu tidak salah. Cuma risiko nya di sini,
Osman sudahpun memiliki rumah yang baik. Betul, tak berapa besar, tapi sudah cukup untuk Osman dan keluarganya selesa menjalani hidup seharian.
Impian hanya sekadar impian
Jadi, di sini, sebenarnya impian Osman, memang hanya impian, seperti orang orang lain. Dalam keadaan sudah memiliki rumah yang baik sekarang, Osman ada potensi untuk menangguhkan impian beliau tadi.
Adakah impian itu cukup untuk mengerakkan Osman untuk bekerja keras? Lama kelamaan, Osman akan ada potensi untuk menukar, untuk beralih arah, atau mencipta impian yang lain, jika ianya tak begitu kuat. Jadi ini akan memperlahankan momentum Osman, dan akhirnya, berkemungkinan untuk menghentikan semangat Osman.
Akhirnya, Osman berisiko untuk berada di tempat yang sama, lama kelamaan, hilang sudah impian dan mungkin lebih merisaukan, abu masih tidak berjaya mencapai objektif awal beliau.
Terlalu jauh
Selain itu, kebiasaannya, why factor ini adalah sesuatu yang mengambil masa yang lama untuk dicapai. Sesuatu yang ingin dicapai dalam masa terdekat, tidak boleh dikira sebagai why factor, tetapi ia lebih kepada target masa pendek (short term target)
Jangka masa yang panjang ini, boleh merisiko kan sesorang. Kecuali pada mereka yang betul betul jelas dengan apa yang ingin dicapai, risiko untuk menjadi suam suam kuku adalah tinggi.
Why factor terlalu besar atau terlalu subjektif, akan menyebabkan kita terpaksa untuk mengambil masa yang lama. Tidak menjadi masalah sebenarnya untuk why factor atau impian yang besar, cuma ia sangat memerlukan disiplin dan semangat yang betul betul kuat. Dan yang paling penting, jika betul betul jelas, barulah ianya dapat dicapai.
Sesuatu impian yang kita tahu ianya akan mengambil masa yang lama, terlalu subjektif dan tidak di pantau dengan baik, akan berisiko menyebabkan sesorang itu akan tersasar. Ini kerana, hasilnya tidak akan nampak segera dan selalunya akan dibina sedikit demi sedikit.
Hal ini, akan menguji kesabaran sesorang. Logiknya, tak semua dari kita yang mampu bersabar atau faham kesan jangka masa panjang. Jadi, keputusan yang lambat, boleh berisiko menyebabkan kita menjadi penat, lesu dan mudah berputus asa.
Hati hati ya!
S.M.A.R.T
Why factor tidak bersalah. Ianya sangat bagus dan sangat diperlukan dalam hidup kita. Tiada why, umpama memandu tanpa tahu destinasi.
Akhirnya hanya akan memenatkan. Why factor yang kuat, yang jelas, pastinya akan membantu kita untuk lebih bersemangat dan akan membantu kita untuk jadi lebih kreatif, lebih berinovasi & lebih disiplin dalam mengejar cita cita.
Antara panduan yang boleh kita rujuk dalam mencipta sesuatu why, adalah dengan menggunakan teknikSMART.
S – Specific. Harus jelas dan wajib kita faham apa yang kita mahukan. Lebih terperinci, lebih baik.
M – Measurable. Hendaklah boleh diukur dan bukan terlalu subjektif atau samar. Ini penting untuk anda lebih peka dengan perkembangan usaha anda.
A – Achievable. Wajib untuk logik, ataupon mampu untuk dicapai mengikut kemampuan semasa. Ianya supaya anda tidak kepenatan mengejar perkara yang tidak logik atau tidak sesuai untuk masa sekarang.
R – Realistic. Haruslah ianya logik atau masuk akal untuk dicapai. Impian yang tidak logik jika dibandingkan dengan situasi semasa kita, hanya akan menyebabkan kita akan banyak menghadapi kekecewaan dan akhirnya tewas.
T – Timely. Sesuatu impian itu, haruslah ada tempoh masa yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk melatih kita bertanggungjawab dengan apa yang kita ingin capai. Jangan terlalu lama atau terlalu pendek masa, ianya haruslah masuk akal, berdasarkan situasi semasa diri kita.
Konklusi
Why factor adalah sangat penting. Tetapi, hati hati, jika tidak dicipta dengan betul, tidak mengikut garis panduan, dan hanya dicipta kerana terpaksa, maka ianya akan memberi impak yang negatif pada kita.
Carilah ilmu, carilah sesorang yang boleh membantu untuk anda jumpa dengan why factor anda yang betul. Why yang betul dan jelas, pastinya akan membantu anda untuk lebih berdaya saing, positif dan mampu untuk memberi hasil yang lumayan, seperti yang kita impikan.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Kita betulkan yang mana salah dan usaha untuk menambahbaik dan mengekalkan apa yang sudah betul.
Selamat maju jaya!
Sayameso
inspire to success
Leave a Reply