• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Hobi / Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

21 April 2019 by meso 8 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat!

Khas untuk peminat peminat Gshock, khususnya yang masih baru, anda pasti tertanya tanya tentang ini bukan? Jangan risau, abam pun dulu keliru. Ingatkan semua model GShock dibuat di jepun. Rupanya abam salah.

Buatan mana Gshock anda?
Buatan mana Gshock anda?

Jadi, kali ini, abam ingin berkongsi sedikit info yang abam dapat dari sahabat “otai otai gshock” abam, berkenaan perbezaan antara Gshock buatan Jepun, Thailand dan China ini.

Kilang Gshock

Yang sebenarnya, Casio mempunyai 3 kilang besar di tiga tiga negara ini, iaitu Jepun, Thailand dan China. Ketiga tiga kilang ini, adalah kilang utama yang menghasilkan jam jam getah ini. Dalam entry kali ini, abam akan ceritakan secara ringkas, apakah beza diantara ketiga tiga kilang ini.

1) Kilang Gshock Jepun

Kilang di Yamagata, Jepun ini, lebih kepada menghasilkan Gshock kategori premium. Model model seperti Frogman, MTG, MRG adalah contoh model premium yang dibuat dan dipasang di Jepun. Material binaan, bahan mentah, terdiri daripada bahan bahan berkualiti dan proses membuatnya adalah eksklusif. Tidak hairanlah, jam jam dalam kelas ini sememangnya mahal harganya dan salah satu ciri jam Gshock keluaran jepun adalah tali yang diperbuat dari Carbon Fiber.

Kilang Casio di Yamagata, Jepun.
Kilang Casio di Yamagata, Jepun.

2) Kilang Thailand

Kilang di Thailand, menghasilkan Gshock kelas pertengahan atau model model mid-range. Model seperti Rangeman, Master of G, Riseman adalah contoh model model yang dikeluarkan dari kilang di Thailand. Namun begitu, kilang di Thailand juga mengeluarkan Gshock untuk pasaran jepun dan negara lain. Contohnya, model rangeman memang dikeluarkan dari kilang thailand, tetapi buckel nya bertulis “Casio Japan”. Maknanya jam tersebut adalah untuk pasaran Jepun.

Keadaan di kilang Gshock Thailand
Keadaan di kilang Gshock Thailand

3) Kilang China

Akhir sekali, model model yang murah atau entry model dan tidak memerlukan kepakaran kompleks dari segi pembuatan dan pemasangannya, kebanyakannya dihasilkan dari kilang di China. Selain itu, kilang Casio China bertanggungjawab dalam pengeluaran model model popular contohnya seperti model GA, di mana hampir 90% model ini, datang dari kilang China. Model model lain seperti DW 6900, 5600 juga, kebanyakannya dibuat di kilang China.

Contoh siri Gshock yang dikeluarkan di kilang China.
Contoh siri Gshock yang dikeluarkan di kilang China.

Jangan risau

Jika diperhatikan, sebenarnya, beza antara kilang Jepun, Thailand dan China ini adalah dari segi pengeluaran model sahaja. Maksudnya, tiada kena mengena pun dari segi kualiti. Walaupun ketiga tiga negara ini berbeza, tapi kesemua kualiti, dikawal ketat dan dipantau berterusan oleh pihak Casio.

Usah risau dengan kualiti Gshock. Asalkan ianya Original.
Usah risau dengan kualiti Gshock. Asalkan ianya Original.

Ia hanyalah pendapat umum sahaja, yang mengatakan model Jepun sahaja berkualiti daripada Thailand dan China. Jadi, jangan risau lagi. Tak kiralah dari mana pun Gshock anda dibuat, yang pasti kualiti nya tetap sama.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Moga membantu mengurangkan kerisauan dan moga dapat membantu anda miliki Gshock tanpa ragu ragu lagi ok. Jumpa lagi!

SayaMeso
Asalkan Ori, Kualiti pasti terjaga!

Artikel menarik untuk anda:

Tips penjagaan GShock

Tips penjagaan GShock

Sebut sahaja jam getah, pastinya peminat peminat jam akan teringatkan GShock. Terutamana di negara kita ni, gelaran jam getah ini,…... Baca selanjutnya »

Terma terma yang anda perlu tahu sebelum membeli jam GShock.

Terma terma yang anda perlu tahu sebelum membeli jam GShock.

GShock, jenama jam yang popular di negara kita, malah dikenali di serata dunia. Gshock sudah mula bertapak di dalam pasaran…... Baca selanjutnya »

3 perkara asas bezakan GShock Original dan Palsu

3 perkara asas bezakan GShock Original dan Palsu

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Hi semua. Lama abam rasa tak menulis tentang GShock. Jadi kali ini, abam rasa…... Baca selanjutnya »

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Hi geng Gshock! Dah basuh jam kesayangan anda? Aha, kena rajin rajin basuh ok,…... Baca selanjutnya »

Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.

Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.

Januari 2018, casio co. ltd telah mengumumkan pelancaran gshock terbaru dalam siri rangeman, iaitu model Rangeman GPR-B1000. Model ini adalah kesinambungan kepada…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Hobi, Umum Tagged With: anda perlu tahu tentang Gshock, blog meso, gshock, panduan membeli gshock, perihal gshock

Previous Post: « Teori Maslow dan aplikasinya dalam kehidupan seharian kita
Next Post: Kolam Baru »

Reader Interactions

Comments

  1. Nur Fatin Shafawani

    11 November 2019 at 1:59 pm

    I buy dw6900nb7. Isn’t ori? Because it’s made in thailand. So i just wondering

    Reply
    • meso

      3 January 2020 at 2:26 pm

      Hi Fatin, Yup, because Gshock do have factory in thailand. So the dw6900 model are assembled in thailand. No issue on quality since its all original parts form gshock. It just factory different due to model production. Enjoy your gshock 🙂

      Reply
  2. Helmi Encem

    12 January 2020 at 4:41 pm

    Salam Meso. Klu blh, tolong buat full list jenis gshock dari Jepun, Thailand, n China?

    Reply
    • meso

      7 August 2020 at 12:25 pm

      Fuhhh. Banyak tu Helmi. InsyaAllah kalau ada kesempatan, saya try ok.

      Reply
  3. Fariz

    25 January 2020 at 9:11 am

    Some of seller jual hrga gshock mcm dw,ga dgn harga yg lbih mahal jika japan set..adakah sbb kualiti ataupun ad sebab lain..

    Reply
    • meso

      7 August 2020 at 12:24 pm

      Kualiti sama Fariz. But normally, Japan set ni ada harga balik kalau resell. Plus costing dorang. So these factors buat japan set jadi sket mahal.
      Tapi kalau u dont mind or takder plan nak jual balik, set biasa pon ok jer. Kualiti sama.

      Reply
  4. Hanan Jebat

    12 April 2020 at 2:25 am

    Gud Info For Me , Tq Sir.
    I got one G SHOCK DW-5600MS-1

    Reply
    • meso

      7 August 2020 at 12:22 pm

      Ohsem bro. Enjoy your GSHOCK

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme