• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / Berbelanja guna rumus 2 nisbah 1

Berbelanja guna rumus 2 nisbah 1

29 April 2019 by meso Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Aha, topik berbelanja abam coretkan hari ini. Siapa yang tak suka berbelanja ataupun ber “shopping” kan? Berbelanja beli aset, berbelanja beli barang barang idaman, berbelanja melancong, berbelanja untuk orang tersayang, berbelanja untuk hobi dan minat sendiri, dan macam macam lagi lah. Yang pasti, semua orang suka berbelanja kan? Anda suka berbelanja untuk apa ya? hehehe

Semua orang suka berbelanja
Semua orang suka berbelanja

Belanja ada sebab

Ada bermacam sebab tersendiri, kenapa seseorang itu berbelanja. Ada yang jadikan ia sebagai sumber motivasi, ada juga yang jadikan ia sebagai “push factor” untuk bekerja lebih kuat, dan ada yang memang enjoy untuk mereward diri. Tak kisahlah apa jua sebab atau niat masing masing, asalkan ianya berbaloi. Berbaloi bagaimana, itu kena lah tanya ampunya diri masing masing kan?

Sebab dan niat yang betul, sebenarnya sangat membantu dalam kita buat sebarang keputusan untuk berbelanja besar. Macam macam cara dan ilmu ada diluar sana jika kita hendak belajar tentang “financial”. Rakan rakan pun banyak dah dah berjaya, jadinya, tak susah pun untuk kita mencari ilmu berkaitan “berbelanja” dan “financial” ini. Tanya, belajar dan praktikkan terus.

Tip berbelanja dengan gembira

Aha, berbelanja memang menyeronokkan. Tapi hati hati, terlebih berbelanja, tersala pengiraan boleh menimbulkan rasa menyesal atau rasa tak berbaloi untuk kita. Tapi yang paling utama, ialah kebanyakan kita berbelanja tanpa plan persediaan yang cukup. Fuh, nak berbelanja pun kena da stratey rupanya kan?

Oklah, malam ini, abam nak kongsikan salah satu tip yang abam belajar dari sesorang , dan memang abam praktikan sampai la sekarang. Takder la hebat pun, cuma bagi abam, banyak membantu, lagi lagi memang abam pentingkan yang selepas berbelanja tu, bukan sekadar berbelanja tu sahaja.

Baki selepas berbelanja, jangan abaikan.
Baki selepas berbelanja, jangan abaikan.

Sebenarnya, abam praktikkan rumus 2:1 dalam berbelanja. Haa, mungkin ini nama sendiri jer abam letak, suka suka jer kan? hehehe. Ok, rumus 2:1 ini ialah, sebelum berbelanja apa yang abam inginkan, abam akan pastikan baki simpanan atau wang abam adalah 2 kali ganda dari jumlah yang abam belanjakan tu.

Contohnya, jika abm ingin berbelanja sebanyak RM5000, abam akan pastikan selepas abam berbelanja, baki yang abam ada (wang semasa) abam adalah sebanyak RM10000. Jadi 2 kali ganda dari apa yang abam belanjakan tadi. Ada sebab kenapa abam set kan begitu. Nampak macam susah kan? Nampak macam lambat nak kumpul kan? Rasa macam lambat lah kita nak beli apa apa benda idaman kita kan? Ahaa, betul, tapi mari abam ceritakan kenapa abam guna rumus ini ok.

Persediaan selepas itu penting

Bagi abam, bukan yang nak dibeli itu sahaja yang penting. Tapi sebenarnya selepas abam berbelanja tadi. Betul, pastinya gembira jika dapat beli apa apa yang disukai kan? Tapi jangan lupa, jikalau berjaya membeli sekalipun, kehidupan selepas itu masih perlu diteruskan. Bukan bermaksud dah dapat barang yang diingini, abam sudah boleh gembira dan rileks rileks.

Sebenarnya, bagi abam, ianya lebih kepada persediaan emosi dan mental selepas itu. Cuba bayangkan, kita berbelanja besar, tapi selepas itu, kita terpaksa ikat perut atau kita tak mampu untuk bersedia, sekiranya apa apa kecemasan atau musibah menimpa. Duit sangat penting untuk semua itu kan? Lagipun, jika selepas berbelanja besar tadi, wang simpanan atau wang tabung abam terjejas teruk, abam pasti akan rasa penat, rasa letih untuk mulakan balik dari sikit. Tiba tiba, angka yang banyak tadi, jadi sikit balik. Fuh, perasaan nya sangat lah sedih.

Nak berbelanja boleh, tapi pastikan baki masih kukuh
Nak berbelanja boleh, tapi pastikan baki masih kukuh

Fahamkan? Haa itulah abam. Jadi selain berjaya memiliki sesuatu yang disukai, abam juga amat pentingkan baki selepas itu. Bahaya jika terus habiskan, takut nanti timbul pula rasa menyesal selepas itu. Bagi abam, abam nak berbelanja tanpa abam perlu risau selepas itu dan bagi abam, itulah berbelanja yang menggembirakan.

Tangguh dulu jika perlu

Apapun, semua ini memerlukan disiplin dan kesabaran. Ya lah, siapa yang sanggup bersabar kan? Lagi lagi bila tahu yang memang ada bajet untuk itu. Tapi beringatlah sebelum seronok. Kita nak gembira dan berbaloi bukan? Jadi, jika sesuatu itu belum cukup kecemasan ataupun menjadi keperluan, tak salah jika selain dari menabung untuk benda yang nak dibeli, kita juga harus fikirkan untuk menabung untuk selepas itu. Tak lain tak bukan, memang kita harus lah kerja kuat. Barulah ada motivasi dan barulah cara kerja kita akan betul kan? Biar lambat, asalkan berbaloi.

Tidak salah jika perlu tangguhkan, asalkan cukup bersedia
Tidak salah jika perlu tangguhkan, asalkan cukup bersedia

Selamat mencuba dan moga impian kita semua tercapai!

SayaMeso
Berbelanja, haruslah puas hati!

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Motivasi, Umum Tagged With: berbelanja dengan bijak, berbelanja yang berbaloi, bijak berbelanja, blog meso, rumus 2:1, tips berbelanja, tips kewangan

Previous Post: « Lihat orang lain untuk berjaya
Next Post: Belajar dari anak anak »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme