Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!
Percaya atau tidak, sebenarnya kita boleh banyak belajar dari anak anak sekeliling kita. Menarik kan? Kadang kadang, dalam kita menyuruh, beri semangat atau push anak anak kita dalam apa jua aktiviti, sebenarnya dalam masa yang sama, kita juga merasa tempiasnya.
Abam sendiri pun, banyak belajar dari anak anak abam. Tiap hari, ada sahaja cerita cerita dari sekolah yang ada sesuatu yang boleh dipelajari. Anak abam bersekolah di sekolah intergrasi agama, dengan subjek subjek yang diajar di sekolah mereka, ada silibus yang kadang kadang abam pun baru tahu.
Lebih lagi dalam subjek subjek agama seperti sirah, fiqah dan lain lain. Malu pun ada kadang tu, tapi abam terima nya sebagai ilmu je. Tak salah kan kita belajar? Selain itu, banyak juga la mereka cerita cerita tentang sekolah, tentang subjek, jadi dalam tak sedar, abam belajar tentang perjalanan sekolah dan pendidikan itu sendiri. Menarik tau.
Selain itu, anak abam memang sertai kelab bolasepak. Latihan, perlawanan memang sentiasa ada. Kadang kesian pula abam tengok anak abam. Dengan jadual sekolah yang penuh, dengan latihannya lagi. Tapi yang pelik, dia nampak happy sangat.
Dari aktiviti ini, memang banyak yang abam boleh belajar. Tak sangka tau, kita nampak mereka masih kecil, tapi semangat, keinginan dan kepuasan mereka memang terserlah. Biar penat atau letih macam mana pun, dia tetap nak turun latihan dan perlawanan. Benda yang betul betul minat, pastinya kita akan terus buat walaupun ada halangan kan?
Dari segi disiplin, jujur abam katakan yang kita dewasa ni pun boleh kalah. Semangat setiakawan, semangat berpasukan yang mereka tunjukkan, memang betul betul mengajar abam dalam menguruskan pasukan kerja abam. Tak sangka, kadang dari kanak kanak pun kita boleh belajar sesuatu. Abam cuba faham, dan kaitkan dan gunakan dalam kerja abam.
Itulah ilmu, kadang tak sangka dari mana sumbernya. Dari anak anak kita pun, banyak yang boleh kita pelajari. Apa yang kita tahu, tak semestinya dah lengkap. Ada yang kita pernah tahu, mungkin sekarang dah tak cukup relevan. Sebab itulah, ilmu sentiasa harus dicari dan ilmu itu ada di sekeliling kita. Tugas kita la yang perlu mencari nya.
Apapun, marilah kita terus peka dan terus mencari apa jua bentuk ilmu yang boleh beri manfaat pada kita, dan kongsi kongsikanlah, untuk terus sebar manfaat pada orang lain.
SayaMeso
Leave a Reply