Sejujurnya, tak pernah abam mimpikan untuk punyai sebuah blog sendiri. Ya, bukan abam tak pernah setup blog sebelum ni, bukan tak pernah abam baca blog sebelum ni, bukan tak pernah abam tak tahu pasal blog, cuma ntahlah, abam pon tak tahu. Mungkin belom memahami.
Berusia 36 tahun kini, barulah abam mula faham, mula menyedari, ada sesuatu yang abam boleh sampaikan melaluinya. Maka hari ini, terhasil lah sebuah blog persendirian abam, dan ini lah kisahnya.
sayameso.com ini umpama blog blog lain. Tiada yang super WOW, atau super grand dengan blog abam, cuma ada tujuan, ada matlamat dan ada impian yang ingin abam capai dan sampaikan di sini.
Kenapa sayameso?
sayameso.com, dari nama pon dah cukup mudah untuk mengambarkan tujuan blog abam ni. “Saya bukan siapa siapa, saya meso jer”, memberi mesej jelas tentang diri abam. Betul, abam bukan siapa siapa, abam hanyalah diri abam, insan biasa yang punya matlamat, masih belajar mengumpul pengalaman dan seorang yang punya tanggungjawab sama seperti orang lain.
M.A.T.L.A.M.A.T
Alang alang menulis, biarlah bermanfaat. Alang alang mengarang, biarlah memberi impact yang baik. Itu matlamat besar , impian abam melalui blog ini. Bukan mudah, tapi tak salah kan abam berimpian. Moga dikabulkan.
Jom abam senaraikan antara impian atau matlamat abam melalui penulisan di blog ini;
1) Motivasi kehidupan
Setiap orang, perlukan motivasi yang positif untuk jalani kehidupan kita. Macam tulah abam sendiri. Pengalaman pahit, manis, masam, indah, semuanya adalah pengalaman yang berharga. Priceless!
Jadi, abam rasa, tak salah kan kalau abam berkongsi kisah kisah yang boleh memotivasikan diri abam sendiri dan juga sahabat sahabat lain. Manalah tau, dari setiap kisah, ada hikmah yang boleh kita sama sama gunakan kan?
2) Berkongsi tips dalam perniagaan
Pengalaman selama 6 tahun dalam bidang perniagaan, masih lagi belom cukup untuk dibanggakan. Tapi, abam tahu, masih ramai lagi diluar sana yang masih memerlukan.
Aha, jadi niat abam, hanya untuk berkongsi apa sahaja tips atau teknik yang boleh digunapakai dalam kerjaya ataupon bisnes harian kita. Kita kongsi ilmu dan pengalaman. Indah kan?
Sama sama belajar, sama sama berjaya!
3) Berkongsi minat
Semua orang ada minat. Pelik pula kalau tiada minat kan? Cuma yang selalu jadi masalah, betul ke tak, minat tu betul betul minat?
Yes! Jom kongsi segala minat anda. Pasti ada keistimewaan dan pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari minat masing masing. Asalkan bukan minat yang mengarut dan beri manfaat pada kita semua.Jadi, harapannya, dengan perkongsian di sini, boleh la sahabat sahabat cipta minat yang baru nanti. Seronoknya!
Begitulah..
Cukuplah 3 sahaja dulu kali ini. Fuh, sekali baca, memang mencabar. Tapi inilah keseronokan dan sebab inilah blog ini terhasil. Sesuatu yang baru untuk abam, tapi tak mustahil untuk abam usahakan.
Akhir sekali, jujurnya, abam hanya mengejar SAHAM AKHIRAT! Yang abam harapkan, semoga semua perkongsian kecil abam di ruangan blog ni, dapat beri manfaat dan membantu sedikit sebanyak orang lain.
Moga segala usaha kecil ini diberkati!
“As soon as you seek to inspire others, it inspires the best in you”
Leave a Reply