• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Hobi / Ada anak laki? jom hantar main bola.

Ada anak laki? jom hantar main bola.

24 March 2019 by meso 2 Comments

Bola sepak, adalah sukan yang sangat popular dan sukan wajib di negara kita. Sebut sahaja bola sepak, semua orang tahu. Malah, bola sepak ini dah menjadi kerjaya, samada sebagai pemain atau staff staff dalam sebuah pasukan.

Dalam entry kali ini, abam ingin berkongsi beberapa manfaat bola sepak kepada kanak kanak, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman abam sendiri.

Bina Disiplin anak anak.

Sebuah kelab yang mempunyai jadual latihan, jurulatih dan aktiviti perlawanan yang lengkap, dalam tak lansung dapat memupuk disiplin dalam diri anak anak.

Jurulatih setiap pasukan, mempunyai pengaruh yang besar pada anak anak ini. Hal ini menyebabkan anak anak mudah mendengar pesanan dan nasihat dari jurulatih.

Disiplin antara perkara paling penting dalam membentuk anak anak
Disiplin antara perkara paling penting dalam membentuk anak anak

Jadual latihan, drill latihan dan hal hal berkaitan dengan pembanggunan teknik dan kecergasan, jika disampaikan dengan betul, akan membuatkan anak anak ini mengikuti dan menjaganya dengan sendiri. Ini adalah disiplin. Pastinya hal hal ini ada manfaat dan hanya disiplin yang menjadi permulaannya.

Pupuk keyakinan diri.

Dalam sesebuah pasukan, pasti wujud persaingan. Persaingan untuk merebut tempat dalam pasukan, persaingan untuk jadi seperti rakan, rasa ingin meningkatkan skill, tahap kecergasan seperti rakan nya, adalah contoh sikap yang baik yang boleh dipelajari dari bola sepak.

Keyakinan diri amat diperlukan untuk anak anak
Keyakinan diri amat diperlukan untuk anak anak

Kesemua ini, memerlukan keyakinan diri. Pada permulaan, anak anak ini akan merasa rendah diri, malu dan tidak yakin. Tetapi, lama kelamaan, disebabkan wujudnya sikap seperti di atas, secara tidak lansung, mereka akan lebih berkeyakinan.

Bimbingan, semangat yang diberikan secara berterusan dari jurulatih dan ibu bapa, akan membantu mereka lebih berkeyakinan.

Semangat berpasukan dan ingin menang

Semangat ini adalah penting dalam pembentukan anak anak. Dalam sesebuah pasukan, jurulatih pastinya akan menyerapkan semangat ini. Kerjasama, sikap bantu membantu, dorong rakan rakan akan diajar pada anak anak.

Dalam sesebuah perlawanan pula, kita akan nampak yang anak anak ini akan ada semangat ingin menang. Sebab itulah, kadang kadang bila mereka kalah, mereka akan menangis. Ini adalah sesuatu yang sangat baik.

Semangat berpasukan dapat mengajar anak anak banyak perkara yang baik
Semangat berpasukan dapat mengajar anak anak banyak perkara yang baik

Aktiviti berfaedah.

Anak anak sekarang, tak lari dari gajet. Perkara ini harus dilihat sebagai sesuatu yang serius. Aktiviti bola sepak boleh membantu mereka untuk tidak terlalu fikirkan tentang gajet.

Dengan jadual latihan yang ketat, dengan disiplin yang diterapkan, anak anak akan lebih memikirkan tentang bola sepaknya. Masa mereka pon akan lebih terisi dan lama kelamaan, gajet bukan lagi menjadi keutamaan mereka.

Aktiviti berfaedah untuk anak anak
Aktiviti berfaedah untuk anak anak

Ibu bapa juga harus terus menerus untuk buat mereka faham tentang aktiviti aktiviti yang beri manfaat pada mereka.

Peranan ibu bapa

Sekian dulu perkongsian kali ini. Pada ibu bapa, jika ada kelapangan, ada kemampuan, boleh la mencari kelab kelab bola sepak di sekitar kawasan anda. Usah fikirkan terlalu jauh, hanya hantar sahaja anak anak ini, dan mereka akan belajar sesuatu.

Kita sebagai ibu bapalah yang perlu terus menerus mencari sesuatu untuk anak kita belajar. Sekolah dan rumah sahaja belum tentu cukup. Bola sepak, boleh membantu.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk beri sokongan pada anak anak
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk beri sokongan pada anak anak

Moga memberi sedikit sebanyak idea pada semua, lagi lagi cuti sekolah dah bermula ini. Jumpa lagi!

Artikel menarik untuk anda:

Pengalaman anak bedah apendiks

Pengalaman anak bedah apendiks

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Sakit apendiks, satu jenis sakit yang biasa kita dengar, tapi tak semua pernah merasainya….... Baca selanjutnya »

Belajar dari anak anak

Belajar dari anak anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Percaya atau tidak, sebenarnya kita boleh banyak belajar dari anak anak sekeliling kita. Menarik…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Hobi, Umum Tagged With: bola sepak, hobi anak, manfaat bersukan untuk anak anak, sukan untuk anak

Previous Post: « 7 Denda popular di zaman sekolah dulu. Budak budak sekarang mungkin dah tak merasa.
Next Post: Tukar kerja. 5 perkara ini, harus diambil berat. »

Reader Interactions

Comments

  1. Ybbaby

    2 April 2019 at 11:34 pm

    Tapi kebanyakkan orang nampak, dengan bola sepak tiada masa depan. Bagaimana tu tuan?
    Ybbaby recently posted…Aku…Bola dan Tiang GolMy Profile

    Reply
    • meso

      4 April 2019 at 12:50 pm

      Takper, suh la diorang datang buat sales 😛

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme