• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Umum / pengalaman / 7 Denda popular di zaman sekolah dulu. Budak budak sekarang mungkin dah tak merasa.

7 Denda popular di zaman sekolah dulu. Budak budak sekarang mungkin dah tak merasa.

23 March 2019 by meso

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kelmarin, abam terbaca satu posting dalam facebook, berkenaan dengan isu ibu bapa mengamuk disebabkan anak anak mereka di denda duduk di atas jalan tar sekolah.

Tak pastilah apa sebabnya, sebab abam pon takderlah beria baca. Cuma bila lihat budak budak sekolah dengan uniform, dan berkenaan denda, abam teringat zaman zaman sekolah dulu.

Fuh, dah 19 tahun abam meninggalkan zaman persekolahan. Nostalgia jer abam rasa. Antara yang paling menjadi kenangan, ialah bab kena denda ini lah. Tergelak sorang sorang plak bila terkenangkan perangai perangai dulu. Budak budak.

zaman sekolah adalah yang paling manis.
kredit gambar: gpsbestari.com

Kenangan kena lempang.

Peristiwa abam yang paling abam ingat, ialah ketika di sekolah rendah. Darjah 6 ketika itu. Abam dan rakan rakan bertugas membersihkan kawasan lorong pejalan kali di satu sudut di sekolah abam. Biasa lah, setiap kelas memang ada kawasan masing masing untuk di bersihkan.

Bayangkan sahaja lah, budak budak, berkumpul ramai ramai, sambil bertugas, dah pasti lah sempat bermain, bergurau, gelak ketawa, ejek mengejek dan macam macam lagi. Seronok, sebab tak perlu duduk dalam kelas dengar cikgu mengajar. Hehehe.

Hari itu, cikgu Jamal tak tahan. Di panggilnya kami beratur dalam satu barisan. Membebel dia pagi itu, kerana kami bising sangat. Abam berada antara yang terdekat di belakang nya. “Orang suruh bersihkan, bukan main. Bukan bising. Kalau bising macam ni, bila nak bersih? Siapa faham apa saya cakap ni?” soalan cikgu Jamal, masih abam ingat.

Pengalaman kena lempang masih teringat – ingat.

Abam masa tu dengan perasaan sucinya, pon angkat lah tangan. Yer lah, dah cikgu tanya faham ke tak, abam pon angkatlah tangan tanda focus dan faham dengan apa yang cikgu tanya.

Pang, laju tangan cikgu Jamil lekat di pipi abang. Fuh, padu jugak, pedih campur sakit. Abam terpinga pinga, tak mengerti. “Dah kenapa aku yang kena? Aku angkat tangan pon salah?” bisik hati abam. Nak tanya takut kena lagi. Abam gosok pipi sahajalah yang mampu. Kawan kawan abam, duk gelak gelak perlahan. Kurang asam betul. Hahaha.

Syahdu jer bila teringat, tapi bila teringat sekarang, bikin senyum sorang sorang. Hehehe.

Antara denda yang popular zaman sekolah dulu.

Abam nak ajak anda semua mengimbau. Yang pernah rasa, pasti teringat. Sesekala mengimbau pon best kan? Ok ni abam listkan antara denda denda paling hot zaman zaman sekolah dulu.

1) Denda : Ketuk jari guna pembaris
Kesalahan : kuku panjang, kuku itam
Kadar kesakitan: 7/10 , bergantung pada kekuatan ketukan. Kalau cikgu guna bucu pembaris tu, pedih oii.

2) Denda: gunting rambut sampai tobek
Kesalahan: rambut panjang, tak kemas
Kadar kesakitan: 0/10
Kadar malu: 9/10, malu oi nak abiskan sehari sekolah dalam keadaan rambut yang tobek. Sadis!

Hukuman rotan, antara yang paling popular di sekolah.
Hukuman rotan, antara yang paling popular di sekolah.

3) Denda: rotan – punggung, telinga atau tangan
Kesalahan: pelbagai
Kadar kesakitan: 9/10, bergantung kepada mood cikgu hari itu. Hahaha. Yang penting, cikgu dulu dulu, no mercy beb. Pedih campur insaf la jugak bila kena tu. Huhuhu.

4) Denda: lari keliling padang
Kesalahan: Pelbagai
Kadar kesakitan : 1/10. Tak sakit serta merta. Tapi keletihan adalah di tahap maksima. Selepas 1-2 hari, baru rasa sakit lenguh lenguh kaki. Bergantung juga pada keluasan padang, mana sekolah padang besar tu, memang menagislah!

Jalan itik. Boleh tahan lenguhnya.
Jalan itik. Boleh tahan lenguhnya.

5) Denda : jalan itik keliling padang / sekolah
Kesalahan: Pelbagai
Kadar kesakitan: 9/10 (lenguh).
Kadar malu: 7/10, sebab jalan itik ni biasanya bising sebab kena buat bunyi itik sekali. Habis semua dengar, maka jadi tontonanlah. Hahaha

6) Denda: berdiri atas kerusi
Kesalahan: Tak siap kerja rumah dan pelbagai lagi.
Kadar kesakitan: 1/10
Kadar malu: 6/10. Malu oi. Sepanjang kelas kena berdiri atas kerusi. Lagi sadis kalau kena berdiri di luar kelas. Aduh, abis semua orang tengok. Hahaha.

Kredit foto: UdeyIsmail.com

7) Denda: berjemur tengah panas
Kesalahan: Biasa sebab datang lambat & pelbagai.
Kadar kesakitan: 5/10
Kadar berpeluh: 9/10. Panas oi. Kena berdiri, kadang ditambah pula suruh menyanyi, mau basah baju sekolah. Aduhh, lemau dibuatnya.

Cukup 7 dulu. Banyak lagi yang “Rare-rare” sebenarnya, tapi jarang dibuat. So setakat ini lah denda yang paling hot dan popular di zaman sekolah dulu. Menarik kan? Malah ada yang nampak macam kejam. Hehehe.

Disiplin dan pengajaran.

Bagi abam, denda denda ini adalah untuk mendisiplinkan. Kesalahan, tidak boleh dilayan dengan nasihat sahaja. Sekali sekala, denda boleh lebih mengajar dan memberi kesan lebih panjang. Bagi abam, denda ini untuk memupuk rasa takut melakukan kesalahan dan bertanggungjawab sekiranya bersalah dan ini adalah bagus.

Disiplin adalah kunci kejayaan.
Disiplin adalah kunci kejayaan.

Selain itu, bagi abam, ini adalah pengalaman. Di usia begini, semua itu menjadi kenangan manis bagi abam. Seronok jika dikenang, lebih lebih lagi kalau ada geng sekepala/sekolah yang sama sama merasa. Habis keluar cerita cerita dulu dan masing masing gelak ketawa. Best!

Sekian dulu sesi mengimbau kenangan. Ada lagi jenis denda yang ingin dikongsi, jangan lupa komen di bawah ya. Jumpa lagi!


Discipline, is choosing between what you want now and what you want most

Artikel menarik untuk anda:

Teringat permainan zaman kanak kanak dulu

Teringat permainan zaman kanak kanak dulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Pagi ini, seperti biasa, abam hantar anak ke sekolah. Yang nom 1, tak sihat,…... Baca selanjutnya »

Ilmu baru dalam hutan

Ilmu baru dalam hutan

6 tahun aku di coway, jarang benar ada…... Baca selanjutnya »

Filed Under: pengalaman, Umum Tagged With: denda, disiplin pelajar, kenangan di sekolah, zaman sekolah

Previous Post: « Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
Next Post: Ada anak laki? jom hantar main bola. »

Reader Interactions

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme