Kaum wanita, atau kaum ibu, adalah golongan yang paling sibuk seharian. Setuju atau tidak, itulah hakikatnya. Lebih lebih lagi jika yang bekerjaya.
Tugas tugas di pejabat harus diselesaikan, dan bila pulang ke rumah, mereka akan sibuk untuk menguruskan anak anak dan rumahtangga pula seperti memasak, membasuh baju, menyediakan pakaian anak anak, suami dan lain lain. Pendek kata, kaum wanita memang penuh jadualnya.
7 benda idaman setiap kaum ibu.
Selain perhiasan diri seperti emas, handbag, dan baju, ada beberapa lagi peralatan yang menjadi idaman mereka dan jika dilihat, memang peralatan ini dah menjadi wajib untuk mereka miliki. Antaranya ialah:
1) Pengering pakaian
Tugas membasuh dan menjemur baju, adalah tugas wajib setiap kaum ibu.Sekali seminggu, atau mungkin 2,3 kali seminggu, bergantung kepada ahli keluarga mereka. Tugas membasuh mungkin mudah kerana adanya mesin basuh, tapi jangan lupa bab menjemur. Jadi, pengering pakaian inilah yang mampu meringkan beban menjemur pakaian. Cuma hati hati, pengering pakaian banyak guna elektrik.
2) Seterika power
Salah satu tugas rumit kaum ibu adalah menggosok pakaian. Baju kerja suami, baju sekolah anak anak, tudung dan baju mereka sendiri, dah jadi tugas harian 7 hari seminggu. Memang leceh dan disinilah pentingnya seterika yang power. Seterika yang power, membantu mempercepatkan gosokan dan ini menjadi impian setiap kaum ibu.
3) Periuk Nasi Ajaib
Periuk ini bukan lah ada kuasa ajaib. Tapi yang pasti, periuk ni memang membantu kaum kaum ibu dari segi masa memasak. Sesuatu yang menjimatkan masa mereka di dapur, pastinya menjadi idaman kaum ibu. Dengan tugas tugas yang lain, pastinya mereka tidak mahu menghabiskan masa yang lama di dapur.
4) Ketuhar
Memanaskan masakan menggunakan periuk adalah leceh dan makan masa. Selepas memanaskan, terpaksa pula dibasuh peralatan itu. Ini menjadikan masa di dapur itu bertambah. Ketuhar masakan amat berguna untuk kaum ibu. Hanya letakkan masakan yang hendak dimasak, dan boleh la sambil buat tugasan lain. Memang ketuhar menjadi idaman mereka.
5) Mesin penapis air pelbagai suhu
Antara yang menjadi kepentingan bagi kaum ibu sekarang ialah penapis air dengan pelbagai suhu. Disamping menjimatkan masa memasak air, dapur juga kemas kerana tidak perlu lagi menyimpan air dalam botol. Lebih lebih lagi terasa berguna sekali pada yang ada anak anak kecil dan yang masih menyusu botol. Ruangan dalam peti ais juga dapat dijimatkan, kerana tidak perlu lagi gigih untuk isi semula air di dalam peti ais. Penapis air pelbagai suhu, wajib mereka miliki.
6) Mesin cuci pinggan
Mencuci pinggan mangkuk sememangnya tugas yang leceh, tapi wajib dilakukan. Sudahlah ambil masa yang lama untuk masak, ditambah pula dengan masa untuk mengemas dan membasuh pinggan mangkuk, pastinya buat kaum ibu stress. Kalaulah ada mesin cuci pinggan mangkuk di dapur, pastinya mereka akan tersenyum setiap hari, terutamanya selepas makan.
7) Mesin lipat baju
Aha! Ramai yang tak suka tugas ini kerana tugas ini tak pernah habis. Lebih lebih lagi mereka yang punya keluarga yang besar. Jika tidak dilipat pakaian, susah pula hendak mencari. Mesin lipat baju, pastinya jadi idaman setiap kaum ibu kerana melipat baju, memang makan masa yang lama. Tanya sahaja kaum ibu, tiada siapa yang tidak mahukan mesin ini.
Bantu membantu
Walaupun berbagai bagai peralatan yang ada untuk memudahkan kerja, bantuan dari suami atau anak anak, sememangnya masih diperlukan. Mesin adalah mesin, bukannya robot yang boleh bergerak sendiri. Jadi, tanpa bantuan keluarga, tugasan pasti akan lambat disiapkan, dan tertunda. Jadi, kaum bapa dan anak anak, hulurkan la bantuan. Kerja yang banyak, dapat diselesaikan dengan cepat jika lakukan bersama sama.
Jadi, untuk memudahkan pihak suami sendiri, cubalah untuk sediakan peralatan peralatan di atas tadi. Memang mahal, tapi dah jadi tanggungjawab kita kan. Kerja keras sedikit, belikan dan insyaAllah kita pon senang. Hehehe.
Apapun, respek pada semua kaum ibu. Mereka memang multitasking dan belum tentu kaum lelaki mampu lakukan. Oleh sebab ini, mereka berhak untuk dihargai. Terima kasih kaum ibu!
SayaMeso Mereka senang, kita pon lega!
Terima Kasih🌹
sama samaaa