• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan

5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan

14 May 2019 by meso Leave a Comment

Perniagaan, sememangnya punya banyak halangan. Jarang sekali kita dengar orang yang boleh berjaya tanpa tempuh halangan atau cabaran. Semuanya bermula dengan kesusahan, dan sepanjang perjalanan mereka. dah tentunya mereka hadapi bermacam macam halangan dan dugaan.

Dalam bermacam macam halangan tadi, halangan yang terbesar untuk seseorang berjaya dalam berniaga adalah DIRI SENDIRI! Semua orang punyai cabaran ini dan yang betul betul berpegang pada impian dan misi sahaja yang biasa mampu untuk bertahan. Tak pastilah, sebenarnya ini adalah cabaran atau sebenarnya hanya alasan. Macam macam sebenarnya alasan yang biasa kita dengar.

Antara contoh contoh alasan atau cabaran diri sendiri tadi ialah:

  1. Saya malu nak promote
  2. Saya tiada pengalaman
  3. Saya ada anak kecik
  4. Saya tiada masa
  5. Saya belum bersedia

Kali ini, abam nak kongsikan perkongsian dari seorang otai perniagaan yang pernah abam baca. Ringkas tapi penuh bermakna sebenarnya. Jom sama sama kita baca dan hayatinya ok.

  • SAYA MALU NAK PROMOTE
    Kalau kita malu nak promote, orang takkan tahu kita ni ada kedai. Lebih-lebih lagi jika kedai kita ni online. Kedai di alam maya, jika tidak diiklankan, takkan ada yang menjenguk. Betul tak?
  • SAYA TIADA PENGALAMAN
    Semua orang bermula dari bawah. Bermula daripada tidak tahu apa-apa dan tidak pernah melakukan, tetapi sanggup belajar dan praktis supaya lebih pandai akan selok-belok perniagaan. Selagi kita belum bermula selagi tu kita takkan ada pengalaman. Selagi tu lah kita takkan berjaya.
Setiap orang pastinya ada alasan dan cabaran sendiri
  • SAYA ADA ANAK KECIK
    Sebab kita ada anak kecik ni lah kita jadikan sebagai motivasi untuk terus berusaha sehingga berjaya. Sebab kita nak menyediakan dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita sepanjang dia membesar. Jika kita nak tunggu anak-anak dah besar baru kita nak bermula, dikhuatiri kita dah tua pada masa tersebut dan dah kekurangan tenaga. Sementara masih bertenaga muda yang kuat ni, GO FOR IT!
  • SAYA TIADA MASA
    Sesiapa pun boleh cakap dengan mudahnya ‘Saya takde masa’. Pepatah Inggeris ada mengatakan, ‘Where there’s a will, there’s a way’ Kalau kita nak, kita akan dapatkan. Sesemput mana pun masa, kita akan gagahkan jugak. Berniaga online seperti trend sekarang ni, tak perlu guna tenaga dan masa untuk jaga kedai pun. Semuanya hanya di hujung jari anda. Selagi kita sempat bukak facebook, Instagram tu, sempat sangat nak promote. Itu sudah dikira sebagai satu usaha. Jangan lupa doa. Insyaa Allah dimakbulkan
  • SAYA BELUM BERSEDIA
    Bersedia ni sangat umum. Jika ni yang anda rasa satu halangan bagi anda, nyatakan apakah yang akan membuat anda bersedia. Cepat-cepat sampai ke garisan bersedia tu. Kalau tak sampai jugak, ada satu pepatah ‘where there’s an excuse, you’ll always lose’ . Mulakan sahaja, itu kunci utama!
Lawan semua alasan untuk berjaya

Apapun ia, tak salah sebenarnya jika kita ada cabaran dan alasan begini. Cumanya, kita tahu yang alasan alasan inilah yang akan buat kita tersekat dan tak boleh pergi jauh. Jadi, kitalah yang harus cuba melawan dan carik jalan bagaimana nak hadapinya. Tugas kita adalah untuk itu. Kita yang tentukan dan kita sahajalah yang boleh mengubahnya. Moga dengan usaha kita yang secukupnya, dapat membantu kita hadapi segala alasan dan cabaran ini. InsyaAllah.

Moga bermanfaat dan selamat maju jaya!

If you wanna do business, let’s kick out all these excuses. Let’s strive for excellence

SayaMeso
Berperang dengan diri, untuk jadi lebih baik!

Artikel menarik untuk anda:

Work At Home Mama (WAHM)

Work At Home Mama (WAHM)

Working at home mama atau WAHM, adalah salah satu impian setiap wanita. Mana wanita atau kaum ibu yang tak mahukan…... Baca selanjutnya »

Teori Maslow dan aplikasinya dalam kehidupan seharian kita

Teori Maslow dan aplikasinya dalam kehidupan seharian kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat.Dalam artikel yang lepas, abam ada kongsikan tentang impian dan risiko disebaliknya. Betul,…... Baca selanjutnya »

Tips untuk kekal disiplin dalam kerja

Tips untuk kekal disiplin dalam kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Disiplin, salah satu faktor utama dalam membentuk atau memberi impak dalam kehidupan sesorang….... Baca selanjutnya »

Proses kunci kejayaan

Proses kunci kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Dalam kehidupan kita, pastinya semua bermula dengan proses tersendiri. Bermula dari kita…... Baca selanjutnya »

3 perkara dalam hidup seharian. Simple tapi cukup bermakna

3 perkara dalam hidup seharian. Simple tapi cukup bermakna

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Berjumpa lagi dalam blog abam meso. Terima kasih sudi singgah ya.... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi, Perihal kerja, Umum Tagged With: alasan, blog meso, cabaran, halangan dan alasan dalam perniagaan, motivasi diri, motivasi hidup, perkongsian, tips kerjaya

Previous Post: « 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
Next Post: Tukar jawapan, tukar mindset »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme