Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!
Hi geng Gshock! Dah basuh jam kesayangan anda? Aha, kena rajin rajin basuh ok, barulah gshock anda sentiasa nampak cantik dan seperti baru. Kalau tak dijaga, lama kelamaan gshock anda akan nampak kusam dan kelihatan lama. Tak hensem la nanti kan?
Jika anda baca entry sebelum ini, abam ada ceritakan tips tips ringkas, bagaimana hendak menjaga jam Gshock anda. Salah satu darinya ialah dari segi pembersihan jam atau cuci jam anda.
Kenapa perlu basuh
Jam Gshock, kebanyakannya dibuat dari getah atau resin. Material ini, jika tidak dicuci, ia mudah untuk berhabuk dan senang lekat kotoran. Lama kelamaan, jika tidak dibasuh dengan betul, lama kelamaan, jam kesayangan anda akan kelihatan kusam dan tidak lagi menyerlah warnanya. Kualiti jam juga akan menurun.
Jadi kali ini, abam nak berkongsi tentang alatan yang perlu anda ada, untuk proses mencuci jam Gshock kesayangan anda. Mungkin juga, alatan mudah ini boleh digunakan untuk membasuh jam tangan jenama lain. Yang penting, pastikan jam kesayangan kita sentiasa terjaga ok. Lagipun, jam yang terjaga baik, mudahlah untuk kita jual balik sekiranya perlu. Hehehe
5 alatan mudah untuk cuci Gshock
Jom, kita baca perkongsian abam kali ini. Hasil dari belajar belajar dengan otai otai Gshock yang lain, dapatlah abam tulis di sini sekadar perkongsian.
1) Sabun Bayi – untuk jam yan bewarna seperti gshock ini, seeloknya, pastikan anda basuh menggunakan sabun bayi. Sabun biasa mempunyai bahan kimia dan kuat. Bahan yang terlalu kuat, boleh menyebabkan “discoloration” ataupun penyahwarnaan. Jadi, gunakan sabun bayi kerana sabun bayi kurang bahan kimia dah tidak terlalu kuar bahan kimianya.
2) Putik kapas – putik kapas adalah pilihan terbaik untuk anda gunakan untuk menyental kotoran bahagian luar. Putik kapas adalah lembut dan ini dapat mengelakkan jam dari tercalar. Pastikan putik kapas anda basah sedikit sebelum menyental kotoran.
3) Kain lap cermin mata (kain microfiber)– kain lap cermin mata adalah lembut dan tidak kasar. Ini adalah pilihan terbaik sekiranya ingin menggosok atau mengelap kotoran tanpa mencalarkan jam. Jangan guna kain yang kasar kerana khuatir mencalarkan bahagian jam. Balut kain lap cermin mata tadi dengan jari dan tonyohlah kotoran di jam anda.
4) Pencungkil gigi – pilihan tepat untuk membersihkan ruangan sempit dan kecil jam anda. Bahagian ini sukar disentuh dengan tangan, jadi pencungkil gigi sangat efektif. Balut hujung pencungkil gigi dengan kain dah bersihkan lah di bahagian yang hendak dicuci.
5) Besen – akhir sekali, disarankan untuk menggunakan besen yang besar berbanding baldi atau gayung, terutamanya jika basuh jam dalam kuantiti yang banyak. Besen yang luas, bantu untuk mengelakkan jam jam anda dari bergesel dan bercalar.
Kena rajin
Proses mencuci jam Gshock, kadang kala dirasakan rumit. Akan tetapi, jam Gshock tetap harus dimandikan atau dicuci dengan kerap. Rutin cucian menggunakan alatan di atas, dan kerap, akan membantu mengekalkan warna dan kecantikan jam Gshock kesayangan anda. Nak cantik, kena lah rajin bukan? Hehehe
Sekian dulu perkongsian ringkas abam kali ini. Khas untuk peminat peminat jam, terutamanya Gshock. Moga bermanfaat dan hingga berjumpa lagi sahabat!
SayaMeso
Kena cuci, barulah hensem!
Leave a Reply