• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / 4 perkara penting untuk karier anda

4 perkara penting untuk karier anda

9 April 2019 by meso Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Teringat abam ketika masih baru baru sertai pasukan jualan pada 2013 dulu. Ketika tu, abam masih bekerja, dan sambil sambil sertai pasukan jualan. Biasalah, nak cari “extra income”.

Sebagai orang baru, tanpa pengalaman, permulaannya memang abam rasakan agak sukar. Malu, tiada pengalaman, bagaimana nak bermula, apa yang abam perlu tahu, dan macam macam lagi bermain di minda. Sambil buat, sambil soalan soalan itu bermain di minda. Biasala kan, dugaan awal.

4 perkara wajib

Ketika sedang berbual di kedai kopi berdekatan ofis, soalan soalan yang sama abam tujukan pada “leader” abam. Tak boleh tak tanya, sebab selagi abam masih diselubungi, abam tahu yang abam akan “stuck”.

Jadi, leader abam pesan 4 perkara, yang perlu diambil berat dan perlu abam kuasai untuk bantu perjalanan abam.

1) KNOWLEDGE (Ilmu pengetahuan)

Tak kiralah apa yang kita lakukan. Perkara pertama paling wajib, adalah ilmu pengetahuan. Segalanya perlukan ilmu. Perkara asas yang perlu kita cari, adalah “ilmu pengetahuan”

Tak semestinya kita perlu tahu semua, tapi untuk permulaan, cukuplah kita ambil tahu apa yang penting, terutamanya yanh berkaitan dengan apa yang kita buat. Contohnya, seperti yang abam pernah kongsikan sebelum ini.

Ilmu asas, ilmu bagaimana hendak bermula, dan lain lain. Tak perlu jadi pakar, tapi kita tidak akan boleh bermula jika tanpa ilmu sedikit pun.

2) ATTITUDE (Sikap)

Belajar, perlukan masa. Belajar, perlukan praktikal. Belajar perlukan disiplin dan untuk belajar, untuk buat kita terus minat, kita perlukan sikap yang positif!

Apa pun yang kita terima, apa pun yang diajar, takkan berhasil jika kita tiada sikap yang sesuai terhadap apa yang kita belajar dan terhadap apa yang kita hendak capai.

Sikap inilah, yang akan buatkan kita disiplin, yang akan buat kita kuat dan akan buat kita bertanggungjawab terhadap impian kita. Ilmu dan sikap, memang berkawan rapat.

3) SKILL (Kemahiran)

Ilmu dan dengan sikap yang positif terhadap kerja, akan bantu kita untuk bina kemahiran terhadap kerja kita. Dari ilmu asas tadi, ditambah dengan sikap ingin pergi jauh, pastinya buatkan kita akan mencari jalan untuk lebih berkembang.

Dari sinilah, kita akan mencari kemahiran baru, kita akan terus menerus cuba untuk memperkasakan dan membina kemahiran baru, yang mana, semuanya ini akhirnya akan bantu perkembangan kita dalam kerjaya kita.

Ada beza ya, antara tahu dengan mahir. Tahu sekadar tahu, belum cukup untuk kita pergi jauh. Tetapi, kemahiran, akan pastikan kita bertahan dan terus berkembang lama.

4) HABIT (Tabiat)

Dengan ilmu, sikap yang betul dan di tambah dengan kemahiran tertentu, akhirnya kita akan capai apa yang kita impikan. Kita akan berjaya laksanakan apa yang dirancang.

Tapi, kejayaan takkan kekal lama dan disinilah, kita perlu untuk “push” diri kita untuk terus menerus buat dan terus menerus belajar. Lama kelamaan, ianya akan menjadi tabiat.

Tabiat orang yang berjaya, adalah berbeza dengan yang belum berjaya, dan berbeza dengan orang yang tidak berjaya. Jika diperhatikan, jika dilihat betul betul, ada sesuatu tabiat yang membuatkan seseorang itu berjaya.

Tabiat kerja, tabiat cara berfikir, tabit disiplin dan macam macam lagi. Tabiat ini bermaksud kebiasaan. Pastikan kita ada tabiat yang positif dan membantu. Inilah faktor utama yang perlu kita ada untuk pastikan kita terus berusaha untuk ke depan.

Konklusi

4 perkara tadi, adalah perkara utama yang perlu difahami dan dikaji. Begitu pesan “leader” abam. Mungkin sekali baca atau sekali dengar, ianya ringkas atau biasa sahaja, tapi itulah sebenarnya.

Mungkin ianya nampak sebagai asas, kerana tugas kita untuk fahami dan praktikkan. Ianya memang makan masa, tapi semakin lama kita terus cuba memahami, semakin lama kita teruskan buat dan semakin lama kita terus disiplin, insyaAllah, kita akan faham.

Moga perkongsian kali ini bermanfaat. Kita sama sama terus belajar dan berkongsi idea atau pengetahuan ok. Jangan segan untuk tinggalkan komen komen dan tips ya. Jumpa lagi!

Sayameso Belajar terus belajar!

Artikel menarik untuk anda:

Tabiat orang berjaya

Tabiat orang berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Bertemu kita sekali lagi di blog abam meso. Hehe, terima kasih sudi singgah yer. ... Baca selanjutnya »

3 sikap jurujual yang patut dielakkan

3 sikap jurujual yang patut dielakkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Menjadi jurujual, bukan lah cita cita yang popular oleh kebanyakan orang. Tapi di zaman…... Baca selanjutnya »

Nak pergi jauh? Percaya 3 perkara ini!

Nak pergi jauh? Percaya 3 perkara ini!

Percaya ataupun TRUST, adalah perkara yang penting dalam hidup seharian kita. Dalam rukun islam sendiri pun, menekankan tentang percaya. Percaya…... Baca selanjutnya »

Tips untuk kekal disiplin dalam kerja

Tips untuk kekal disiplin dalam kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Disiplin, salah satu faktor utama dalam membentuk atau memberi impak dalam kehidupan sesorang….... Baca selanjutnya »

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

5 alatan mudah untuk cuci Gshock anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Hi geng Gshock! Dah basuh jam kesayangan anda? Aha, kena rajin rajin basuh ok,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi, Perihal kerja, Umum Tagged With: 4 perkara penting dalam kerjaya, blog meso, KASH, kongsi ilmu, motivasi kerja, perihal kerja, tips kerjaya

Previous Post: « Tabiat orang berjaya
Next Post: 3 perkara asas bezakan GShock Original dan Palsu »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme