Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!
Bulan ramadhan, adalah bulan yang dinanti nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan yang penuh dengan hikmah dan rezeki. Bulan ini juga, adalah bulan untuk mengajar kita erti kesabaran, namun tak kurang juga yang merasakan yang bulan ini adalah bulan paling mencabar. Yer lah, kena tahan lapar dan dahaga seharian kan.
3 tips kekal cergas di bulan ramadhan
Abam ada google google tentang tips tips untuk kekal cergas di bulan ramadhan nanti. Banyak sebenarnya, tapi cukuplah 3 jer dulu abam kongsikan. InsyaAllah, abam kongsikan semula di sini moga bermanfaat ok.
1) Jaga pemakanan
Dalam bulan ramadhan, nafsu selera kita pastinya akan meningkat. Setelah seharian berpuasa, pastinya lapar dan biasanya kita akan makan banyak kan? Aha, berpuasa sebenarnya bukan tiket untuk kita tak makan apa saja dan makan berlebihan. Makan berlebihan itulah yang sebenarnya melemahkan kita. Makan yang banyak kolestrol, berminyak boleh menyebabkan badan berasa lemah. Disarankan untuk kita menjaga pemakanan. Makanan berkhasiat, sayur sayuran dan seimbang, mampu membantu mengekalkan kecergasan kita dalam seharian berpuasa.
2) Banyak minum air
Air putih yang bersih amat penting dalam bulan puasa nanti. Air yang bersih membantu badan dari terhidrat dan melemahkan tubuh badan kita. Waktu bersahur, waktu berbuka, banyakkan lah minum air masak atau air kosong yang bersih. Kurangkan minuman berkafein kerana kafein mampu untuk menghalang serapan bahan bahan berkhasiat dari makanan dan ia boleh membuatkan badan kita kurang khasiat.
3) Susun waktu kerja dengan baik
Antara sebab yang boleh menyebabkan kita keletihan adalah waktu kerja yang tidak teratur atau tidak tersusun. Keadaan cuaca yang panas, dan keadaan kerja yang tidak tersusun, boleh menyebabkan kita terdedah dan kepenatan dan ini akan menyebabkan kita kurang cergas. Jadi, kita perlulah menyusun jadual kerja mengikut kesesuaian dan elakkan dari terlalu lama bekerja di tempat terdedah dengan matahari ataupun di kawasan yang kurang bersih. Jadual yang baik, akan membantu imbangkan antara kerja dan rehat untuk badan kita.
Sekian dulu perkongsian abam kali ini. Banyak lagi tips di bulan ramadhan ni, cuma kena rajin la membaca ok. Moga bermanfaat dan moga ramadhan kita kali ini lebih cergas dan bermakna.
SayaMeso
Selamat Menyambut Ramadhan
Leave a Reply