• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / 3 sikap jurujual yang patut dielakkan

3 sikap jurujual yang patut dielakkan

10 May 2019 by meso Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

Menjadi jurujual, bukan lah cita cita yang popular oleh kebanyakan orang. Tapi di zaman yang bergerak laju ini, jurujual dah menjadi satu kerjaya yang popular di kalangan kita.

Masa yang fleksibel, pendapatan yang tinggi dan lambakan pelbagai produk jualan, antara sebab yang membuatkan ramai yang ingin mencuba menjadi jurujual, atau berbisnes.

Jadi jurujual tak mudah

Menjadi jurujual bukan lah mudah. Namun, ia tak menghalang ramai orang yang dah berjaya di arena ini. Kerjaya sebagai jurujual, lebih kepada kreativiti, berani dan optimis.

Kerjaya menjadi jurujual, selalunya lebih kepada kreativiti dan usaha sendiri, dan bukan terlalu bergantung pada SOP, atau manual. Menjadi jurujual yang hebat, memerlukan cubaan yang tak henti henti, pengalaman yang luas dan paling penting, selalu ada sikap untuk terus belajar harus ada.

Perlu diingat, menjadi jurujual atau bisnes sendiri ini, yang paling perit ialah tentang pendapatan. Tak seperti makan gaji, kebanyakan kerja sebagai jurujual, tidak mempunya gaji pokok. Pendapatan kebanyakan nya bergantung kepada komisen dan pasti ada fasa naik turun pendapatannya. Hanya yang kental sahaja akan bertahan lama.

3 sikap jurujual yang perlu dielak

Ada 3 sikap dalam diri kita yang harus kita ubah ataupun buang jika hendak menjadi seorang jurujual yang baik. 3 sikap ini, sebenarnya boleh merencatkan progress diri kita menjadi jurujual yang baik. 3 sikap tersebut ialah:

1) Nak kerja senang dan tak bertanggungjawab

Kebanyakan pada kita, semestinya inginkan tugas yang mudah kan? Sifat manusia, sememangnya inginkan perkara yang mudah dan tidak membebankan. Aha, jika nak menjadi jurujual yang baik, sila tune mindset kita. Dalam dunia kejurujualan, tidak ada istilah kerja senang. Jika kita belajar tentang flow jualan itu sendiri, langkah awal iaitu “mencari prospek” itu pun memang sukar bagi sesetengah orang. Selain itu, menjadi jurujual juga, bermakna harus ada tanggungjawab dengan amanah pelanggan, order sendiri dan harus ada tanggungjawab untuk jangka masa panjang. Sikap acuh tak acuh menguruskan order, hanya akan beri kesan negatif pada kita di kemudian hari.

2) Berfikir dan buat andaian awal

Ini sikap yang harus diubah. Sikap memikirkan bagi pihak pelanggan atau mengandaikan untuk pihak pelanggan sebelum cuba untuk approach, adalah salah sebagai seorang jurujual. Susah nak buat promosi, jika dalam fikiran kita, penuh dengan andaian. Contohnya, kita terlalu memikirkan masalah tentang harga, seolah olah kita tahu tahap kewangan orang lain. Jadi, proses jualan tidak akan berlaku, atau mungkin hasil tak boleh ke tahap maksimum, disebabkan kita akan menjadi takut dan salah tafsiran mengenai pelanggan kita. Apa yang patut, kita sebagai jurujual, haruslah membuat “fact finding” untuk mengenal pasti masalah dan supaya kita mampu mesyorkan produk yang tepat berdasarkan masalah mereka tadi.

3) Cepat putus asa dan tiada misi

Sebagai jurujual, putus asa adalah satu sifat yang membahayakan. Jadi jurujual, cabaran dan dugaan adalah makanan harian. Tanpa semangat yang kuat, kesemua ini boleh melemahkan semangat. Akhirnya, apa perancangan takkan boleh diteruskan. Selain itu, bekerja tanpa misi yang khusus, juga berisiko membantutkan progress kita. Umpama bekerja tanpa hala tuju, akhirnya hanya bekerja untuk cukup makan sahaja.

Semoga bermanfaat dan semoga menjadi panduan untuk semua. Selamat maju jaya!

Artikel menarik untuk anda:

Kisah “suatu permulaan yang baik”

Kisah “suatu permulaan yang baik”

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Semalam, abam ada sedikit diskusi dengan rakan rakan sekerja abam. Biasala, berdiskusi…... Baca selanjutnya »

Suka apa yang kita buat

Suka apa yang kita buat

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Pernah dengar dengan ungkapan “Do what you love and love what you do” kan?…... Baca selanjutnya »

Tabiat orang berjaya

Tabiat orang berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Bertemu kita sekali lagi di blog abam meso. Hehe, terima kasih sudi singgah yer. ... Baca selanjutnya »

4 perkara penting untuk karier anda

4 perkara penting untuk karier anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Teringat abam ketika masih baru baru sertai pasukan jualan pada 2013 dulu. Ketika tu,…... Baca selanjutnya »

5 panduan asas untuk bermula sebagai seorang jurujual

5 panduan asas untuk bermula sebagai seorang jurujual

Assalamualaikum & selamat sejahtera.Ada yang baru bermula dan masih mencari cari rentak? Atau ada yang masih berfikir untuk…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi, Perihal kerja, Umum Tagged With: blog meso, motivasi kerja, sikap patut elak, tips jadi jurujual, tips kerjaya

Previous Post: « Suka apa yang kita buat
Next Post: Pengalaman “Dry Socket Management” »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme