• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

SayaMeso

  • Kenali Saya
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Motivasi / 3 perkara best jadi orang sales

3 perkara best jadi orang sales

2 May 2019 by meso Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!

2019, cukup 6 tahun sejak abam mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjaya abam sebagai jurutera di salah sebuah syarikat IT di cyberjaya. Sumpah abam sendiri tak sangka, kerjaya yang tak ramai orang minat, dan tak pernah terpikir oleh abam sendiri inilah. sehingga kini menjadi kerjaya paling lama dalam hidup abam setakat ini. Alhamdulillah.

Keputusan yang berat

Sejujurnya, dengan pendapatan yang agak mencukupi, dengan tanggungjawab sebagai bapa kepada 3 orang anak, memang sukar untuk abam buat keputusan yang drastik ini. Berkelulusan dari negara matahari terbit, sememangnya ramai jangkakan abam akan terus dengan kerjaya abam sebagai jurutera.

Allah itu Maha Berkuasa, bidang yang tak pernah abam fikirkan inilah, akhirnya menjadi karier utama abam sekarang. Bermula seperti orang lain, tanpa pengalaman, malah tak pernah menjual pun. Yang abam tahu, pergi kerja, selesaikan tugas dan menunggu gaji hujung bulan.

Buat keputusan adalah sesuatu yang mencabar

Selepas 2 tahun mencuba, memperkasakan apa yang patut dan menambah apa yang perlu tahu, abam akhirnya buat keputusan untuk bekerjaya sebagai jurujual. Mungkin agak lama kan? Tapi itulah, abam tak berani, untuk buat keputusan drastik seperti ini. Banyak yang abam fikir, banyak yang abam runsing, tapi mujurlah, dengan panduan dan support yang baik dari leader dan kawan kawan, akhirnya abam nekad!

3 perkara yang best jadi orang sales

Selama 6 tahun ini, banyak yang abam belajar. Memang lain sangat, dulunya makan gaji, tapi sekarang kita yang tentukan gaji. Cabaran nya sangat tinggi, yer lah, gaji orang sales ni tak menentu kan. Selama 6 tahun inilah, abam sedikit demi sedikit mula jumpa apa yang best disebalik kerjaya yang mencabar ini.

1) Dapat jumpa ramai orang

Peluang untuk berjumpa dan belajar banyak perkara

Antara yang memuaskan hati abam, ialah, dengan menjadi orang sales ni, abam berpeluang untuk jumpa dan kenal ramai orang. Kalau dulu, kawan hanya sekadar kawan di ofis sahaja, tapi sejak bekerjaya sebagai orang sales ini, abam boleh buat ramai kawan dan yang paling best, bila dapat jumpa orang orang yang berjaya di sekeliling abam. Kisah duka, kisah kejayaan, & kisah cabaran mereka, sedarkan abam dan banyak membantu motivasi abam sendiri. Selain dari menjual, abam juga dapat ramai kenalan dan ini yang seronok bagi abam.

2) Masa dan jadual fleksibel

Masa dan pendapatan, dapat ditentukan sendiri

Aha, hati hati. Masa dan jadual fleksible itu bermaksud, kita tak terikat sangat dengan syarikat. Sebagai orang sales, ilmu kemandirian dalam bidang ni, yang diperlukan. Yang best, orang sales sebenarnya mempunyai masa yang banyak dan apa yang perlu dikawal, ialah dari sikap yang suka mengambil kesempatan tentang istilah “Masa dan jadual fleksible. Bagi abam,kelebihan ini memang bagus. Cuma awal awal dulu, memang kena disiplin yang kuat. Dengan kerjaya begini, abam dapat masa yang berkualiti, dan paling best, pendapatan nya sangat lumayan. Jadi, dapat buat keputusan, dapat kira kira tentukan pendapatan, dan dapat susun jadual kerja abam sendiri. Syok! Cuma abam pesan, hati hati ok, kelebihan ini boleh jadi kelemahan bila kita tak bersedia tau.

3) Pupuk disiplin dan semangat berpasukan.

Semangat pasukan, antara perkara best dalam menjadi orang sales

Jujur abam katakan, dulu, abam tak faham apa itu pasukan. Yer lah, kerja semata mata untuk gaji sendiri, yang penting, semua kerja selesai. Betul, senang kalau difikirkan, tapi bagi abam, jangka masa panjangnya, tak membantu untuk abam. Alhamdulillah, dalam kerjaya ini, abam faham tentang disiplin, tentang kepentingan berpasukan dan macam macam lagi. Ini sesuatu yang baru bagi abam, tapi lama kelamaan, insyaallah abam sendiri dapat fahami. Dan selama 6 tahun, itulah konsep yang abam pegang selama ni. Hanya disiplin dan sokongan pasukan lah, kita boleh pergi jauh. Ini yang abam suka dan cuba sedaya upaya untuk memupuk semangat ini sendiri. InsyaAllah, moga membantu.

Cukuplah dulu perkongsian abam kali ini. InsyaAllah ada kesempatan, abam kongsikan lagi apa yang “best” menjadi orang sales ini. Moga bemanfaat dan selamat maju jaya!

SayaMeso

Artikel menarik untuk anda:

Tabiat orang berjaya

Tabiat orang berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Bertemu kita sekali lagi di blog abam meso. Hehe, terima kasih sudi singgah yer. ... Baca selanjutnya »

Lihat orang lain untuk berjaya

Lihat orang lain untuk berjaya

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat!Dalam hidup kita sehari hari, ramai orang yang kita jumpa, yang kita lihat kan?…... Baca selanjutnya »

Pengalaman ramadhan di negara orang

Pengalaman ramadhan di negara orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Bila masuk ramadhan, pastinya abam akan teringat pengalaman abam berpuasa di negara orang. 5…... Baca selanjutnya »

Nak pergi jauh? Percaya 3 perkara ini!

Nak pergi jauh? Percaya 3 perkara ini!

Percaya ataupun TRUST, adalah perkara yang penting dalam hidup seharian kita. Dalam rukun islam sendiri pun, menekankan tentang percaya. Percaya…... Baca selanjutnya »

4 perkara penting untuk karier anda

4 perkara penting untuk karier anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat!Teringat abam ketika masih baru baru sertai pasukan jualan pada 2013 dulu. Ketika tu,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi, pengalaman, Umum Tagged With: 3 perkara best jadi orang sales, beauty of sales, blog meso, pengalaman kerja, pengalaman sendiri

Previous Post: « Hari raya untuk mereka
Next Post: Pengalaman anak bedah apendiks »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman pembedahan meniscus
  • Tips marketing waktu cuti
  • Tukar jawapan, tukar mindset
  • 5 Halangan atau alasan terbesar dalam perniagaan
  • 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya

Recent Comments

  • Sabrijati on 3 sebab kenapa kita perlu jadi kaya
  • meso on Pengalaman pembedahan meniscus
  • meso on Rangeman 2018. 5 sebab kenapa model ini patut anda miliki.
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China
  • meso on Beza Gshock made in Japan, Thailand dan China

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Hiburan
  • Hobi
  • Motivasi
  • pengalaman
  • Perihal kerja
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 SayaMeso on the Foodie Pro Theme